Langkah Mendapatkan Nombor Tracking Dalam BE4U

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Mommy Lynn at Dubai

Di atas adalah gambar saya (kiri) dan adik saya ketika kami berkunjung ke Dubai, United Arab Emirates (UAE).

Pakej perlancongan kami ke Dubai di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk-produk daripada BE International boleh di bahagikan kepada beberapa kategori:

1. Pakaian-pakaian Aulora Series seperti Aulora Pants, Aulora Socks, Aulora Basic Top (T-shirt), Aulora Panties, Aulora Boxer, Aulora Arm Sleeves dan Aulora Scarf.

2. Makanan berfungsi seperti Belixz Shiruto, Befil, I-Vxion, SlendGlow, Slendezmeal, Maqnifiq dan Zencoso Chewable Ball.

3. Produk-produk penjagaan kulit Beyul daripada Korea Selatan.

Di artikal ini, saya akan berkongsi langkah-langkah untuk mendapatkan nombor tracking parcel di laman ahli BE International.

Selepas anda membuat pembelian di laman ahli, BE International akan menggunakan servis kourier professional untuk membuat penghantaran di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Sebagai seorang ahli BE International, anda juga akan menerima invois pembelian rasmi di email anda selepas anda membuat pembelian.

Nombor tracking

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana anda boleh mendapatkan nombor tracking parcel anda.

1) Pergi ke laman ahli BE International

Langkah pertama, pergi ke laman ahli BE International di be4u.beintl.com/.

2) Cari invois pembelian

Langkah kedua, anda perlu mencari invois pembelian anda.

Penyenaraian Pembelian BE International

Di dasboard ahli, pergi ke Pembelian IBO > Penyenaraian Pembelian Peribadi.

Kemudian, pergi ke seksyen Invoice Date untuk memilih tarikh bila anda masukkan order terakhir anda.

Klik butang “Carian” anda mulakan pencarian invois anda.

Tarikh invois

Sistem akan menunjukkan semua invois pembelian pada bulan tersebut.

Cari kolum “Status Pesanan”.

Untuk melihat Status order anda, klik link [Lihat].

Status order

Di bawah kolum Nota Konsainan, anda akan nampak satu jaring nombor.

Nombor berikut adalah nombor tracking parcel pembelian anda.

Apabila ada klik jaringan nombor tersebut, anda akan pergi ke laman tracking servis kourier.

Nombor tracking

Sebagai alternatif, nombor tracking parcel anda juga akan di hantar ke email anda.

Sekian terima kasih.

Di harapkan perkongsian saya di atas dapat membantu anda.

By | 2024-04-18T09:09:46+08:00 October 21st, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment