Mengapa Perlu Sponsor Untuk Menjadi Ahli BE?

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya Daddy Will dan saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Osaka Castle

Di atas adalah gambar saya dan isteri saya, Mommy Lynn ketika kami berkunjung ke Osaka, Jepun.

Pakej perlancongan ke Jepun kami di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya dan isteri saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi agen untuk syarikat BE.

Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants
  • Aulora Socks
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf

Salah satu produk Aulora Series yang paling popular adalah Aulora Pants.

Aulora Pants dengan Kodenshi kini sedang trending di medan sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.

Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang berkongsi testimoni-testimoni daripada pengguna Aulora Pants.

Untuk memastikan produk-produk Aulora yang di beli secara online adalah yang tulen, anda adalah di galakkan untuk mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian terus daripada BE International.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja atau sponsor.

Mengapa anda perlu seorang sponsor untuk mendaftar sebagai ahli BE International?

Di artikal ini, saya akan berkongsi tanggungjawab seorang sponsor apabila anda mendaftar sebagai ahli BE.

Berjumpa prospek

Pada tahua 2021, saya dan isteri saya telah pergi ke Kulai, Johor untuk jalankan home party.

Ketika kami berada di Kulai, saya menerima mesej di Whatspp.

Mesej tersebut adalah daripada seorang wanita yang bernama Pn. K.

Pn. K telah membaca salah satu artikal yang di terbitkan di blog ini dan dia amat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk Aulora Pants.

Lokasi Pn. K berada di Melaka.

Oleh kerana dalam perjalanan kami balik dari Johor ke Kuala Lumpur ada melalui Melaka, kami telah membuat temujanji untuk jumpa Pn. K di rumahnya.

Pada keesokan hari, saya dan isteri saya bersama-sama dengan 2 anak kami telah pergi ke rumah Pn. K di Melaka.

Apabila kami di rumah Pn. K, isteri saya telah berkongsi produk katalog Aulora Pants dengannya.

Selepas isteri saya menjelaskan manfaat-manfaat Aulora Pants, Pn. K kata dia juga berminat untuk mengenali peluang perniagaan BE dengan lebih teliti.

Isteri saya pun terus berkongsi pelan pemasaran peluang perniagaan BE dengan Pn. K.

Business opportunity sharing

Di atas adalah gambar isteri saya berkongsi info di ruang tamu rumah Pn. K.

Semasa perbincangan, Pn. K tanya, “Mengapa dia memerlukan seorang sponsor untuk mendaftar sebagai ahli BE International?”

Jawapannya senang sahaja.

Isteri saya memberitahu Pn. K bahawa tugas atau tanggung jawab seorang sponsor atau penaja adalah memberikan khidmat pelanggan kepadanya.

Daripada pengalaman kami, ada 2 sebab mengapa kebanyakan orang mendaftar sebagai ahli BE.

Sebab-sebab tersebut adalah:

  • Membeli produk sebagai pengguna
  • Berminat untuk menggunakan peluang perniagaan BE

Seorang pengguna

Sebab pertama mengapa seseorang berminat untuk mendaftar sebagai ahli BE adalah untuk membeli dan menggunakan produk sebagai pengguna.

Oleh itu, tanggung jawab sponsor ialah memberikan khidmat pelanggan atau customer service.

Sebagai contoh, katakan anda berminat untuk membeli sehelai Aulora Pants untuk kegunaan sendiri.

Tentunya anda tahu Aulora Pants adalah produk premium yang di import daripada Jepun.

Oleh itu, harganya agak premium jugak.

Bila anda beli produk yang premium, tentunya anda nak mendapatkan tahap customer service yang premium.

Betul tak?

Kalau anda ada soalan mengenai Aulora Pants seperti:

1) Bagaimana untuk pilih saiz seluar yang sesuai untuk anda?
2) Apakah efek yang anda akan alami semasa memakainya?
3) Apakah cara mencuci dan penjagaannya?

Siapakah yang anda boleh tanya soalan-soalan di atas?

Takkan anda kena telefon BE International General Phone Line setiap kali anda ada soalan.

Oleh itu, untuk mendapatkan customer service yang premium, anda memerlukan seorang sponsor untuk mendaftar sebagai ahli BE International.

Sponsor anda akan menjawab semua soalan anda mengenai produk-produk BE.

Peluang perniagaan

Jika seseorang mendaftar sebagai ahli BE untuk menggunakan peluang perniagaan, tanggung jawab dan peranan seorang sponsor adalah berbeza.

Peranan seorang sponsor adalah lebih kepada seorang jurulatih (coach) atau mentor.

Tanggung jawab pertama seorang mentor ada mengenal pasti mengapa orang tersebut ingin membina bisnes BE.

Sponsor harus tahu apakah impian mereka dan bila mereka nak mencapai impian tersebut.

Sponsor juga akan menemani ahli baru untuk berjumpa dengan prospek mereka untuk menunjukkan cara yang betul untuk berkongsi produk-produk BE.

Aulora Pants sharing session in Petaling Jaya, Selangor.

Di atas adalah gambar isteri saya menemani ahli baru berjumpa dengan prospek.

Untuk ahli baru, sponsor juga akan menunjukkan kelas latihan dan pembelajaran yang perlu di hadiri.

Sponsor juga akan membantu ahli tersebut untuk menetapkan sasaran bisnes dan jangka masa untuk mencapai sasaran tersebut.

Setelah menetapkan sasaran bisnes, sponsor akan membantu menyediakan pelan untuk mencapai sasaran tersebut.

Sebagai pemilik perniagaan, ahli baru tersebut adalah bertanggung jawab untuk melaksanakan pelan tersebut.

Sponsor akan membantu untuk membuat review untuk memastikan ahli baru tersebut menghala ke arah yang betul.

Berapa cepat atau lambat untuk mencapai sasaran bergantung kepada pemilik bisnes tersebut.

Sponsor BE International

Saya telah merakam satu video di TikTok untuk menjelaskan mengapa anda perlu seorang penaja atau sponsor untuk mendaftar sebagai ahli BE International.

Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di TikTok atau klik sini.

Selepas kami berbincang dengan Pn. K dia kata dia berminat untuk mendaftar sebagai ahli BE untuk mendapatkan Aulora Pants.

Tetapi, dia tidak dapat membina bisnes BE buat masa kini.

Kami memberitahu Pn. K tidak apa dan dia boleh mulakan bisnes BE apabila dia sudah sedia.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2023-10-29T17:02:02+08:00 October 28th, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment