4 Kebaikan & Fungsi Shiruto Dari BE International

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Di artikal ini, saya akan berkongsi 4 kebaikan dan fungsi produk Belixz Shiruto daripada BE International.

Mommy Lynn with Shiruto

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Shiruto.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Peluang perniagaan BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk makan berfungsi yang paling laris daripada BE ialah Belixz Shiruto yang di import daripada negara Jepun.

Terlebih dahulu, sebagai penafian, saya bukan seorang doktor.

Info-info yang saya berkongsi di dalam artikal ini adalah berdasarkan pencarian dan pembacaan saya di internet daripada laman-laman web yang bereputasi.

Saya juga akan memaparkan pautan ke laman-laman tersebut sebagai rujukan anda.

Kalau anda tidak pasti, sila buat pembacaan dan rujukan anda sendiri.

Artikal ini adalah untuk perkongsian info sahaja.

Kalau anda mempunyai isu-isu yang di sebabkan oleh penyakit yang serius, saya akan cadangkan anda dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal atau doktor-doktor pakar.

Info produk

Apa itu Belixz Shiruto?

Di dalam bahasa Jepun, Shiruto bermaksud “perisai”.

Shiruto adalah sejenis makanan yang berfungsi untuk penjagaan kesihatan badan kita.

Shiruto bukan sejenis ubat, oleh itu, kalau anda mempunyai isu-isu yang di sebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius, sila dapatkan nasihat daripada seorang doktor pakar.

Shiruto adalah sejenis produk buatan negara Jepun.

Jenama Belixz Shiruto di milik oleh syarikat BE International.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BE juga mempunyai pejabat dan saluran pemasaran dan pengedaran produknya di negara lain seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Belixz Shiruto di lancarkan di Malaysia oleh BE International pada bulan Januari 2019.

Sejak perlancarannya, produk Shiruto telah mendapat sambutan yang amat baik di pasaran.

Apakah fungsi Shiruto?

Apakah manfaat-manfaat kegunaan Shiruto?

Sebelum saya menjelaskan keunikan Shiruto, anda perlu mengetahui peranan dan kepentingan sejenis cell di dalam badan kita yang di kenali sebagai Makrofaj.

Apa itu makrofaj?

Mengikut portal MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

“Makrofaj berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorganisma di dalam sel.

Kehadiran bakteria akan menyebabkan makrofaj mengeluarkan sejumlah bahan kimia dan sitokin serta merangsang pengaktifan sel T.”

Makrofaj adalah sel-sel yang amat penting untuk badan kita kerana ia dapat melaksanakan banyak fungsi.

Berdasarkan satu artikal yang bertajuk “Exploring the full spectrum of macrophage activation” yang di terbitkan di journal Nature Reviews Immunology:

“In this Review we suggest a new grouping of macrophage populations based on three different homeostatic activities — host defence, wound healing and immune regulation.”

Berikut adalah info-info yang saya dapati daripada katalog produk Belixz Shiruto yang di sediakan oleh BE International.

Makrofaj memainkan pelbagai peranan dalam sistem imun seperti:

  • Melindungi badan
  • Mengawalatur sistem imuniti
  • Penyinkiran sel
  • Membaik pulih sel

1) Melindungi badan – Salah satu fungsi makrofaj ialah menentang dan menelan patogen.

Ia juga berkomunikasi dengan sel-sel imun lain untuk menyerang patogen bersama-sama.

2) Mengawalatur sistem imuniti – Makrofaj juga berfungsi mengawalatur sel-sel imuniti badan kita untuk menghentikan serangan.

3) Penyinkiran sel – Makrofaj menyinkirkan sel yang tua dan sel-sel yang tidak normal.

4) Membaikpulih sel – Makrofaj juga berfungsi untuk membaikpulihkan sel-sel badan.

Ia akan melepaskan faktor-faktor imun untuk menggalakkan pembaikan tisu sel yang rosak.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan katalog Belixz Shiruto, anda boleh mesej saya di WhatsApp dan saya akan berkongsi file PDF katalog tersebut.

Sel makrofaj

Walaupun sel makrofaj penting untuk sistem imuniti kita, kadangkala ia akan menjadi tidak aktif.

Terdapat banyak sebab mengapa sel makrofaj menjadi tidak aktif.

Contoh sebab-sebab yang menjadikan makrofaj tidak aktif yang tertera di dalam katalog Belixz Shiruto adalah:

  • Peningkatan umur
  • Percemaran persekitaran
  • Suhu tinggi
  • Suhu rendah
  • Bunyi bising
  • Gaya hidup

Makrofaj yang tidak aktif akan mengganggu sistem imuniti badan kita.

Bagaimana kita boleh memastikan makrofaj berfungsi normal 24 jam?

Apakah cara untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj yang tidak aktif?

Di sinilah Belixz Shiruto dapat memberikan kebaikan dan fungsinya.

Bahan aktif di dalam kandungan Shiruto di kenali sebagai IP-PA1.

Apa itu IP-PA1?

IP-PA1 adalah ramuan yang unik di dalam Shiruto yang di dapati daripada ekstrak kulit gandum yang melalui proses penapaian yang berpaten di Jepun.

Pada tahun 2011, tiga orang saintis memperoleh Hadiah Nobel dalam Perubatan kerana menemui prinsip utama pengaktifan sistem imun.

Bruce A. Beutler dan Jules A. Hoffman telah menerima Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi atau Perubatan kerana menemui prinsip utama dalam pengaktifan imuniti.

Manakala Ralph M. Steinman pula di anugerahkan Hadiah Nobel kerana penemuannya berkaitan sel dendritik dan peranannya dalam imuniti adaptif. (Sumber: Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan 2011. NobelPrize.org. Nobel Media AB 2018. Fri. 14 Dec 2018)

Bila makrofaj di aktifkan, ianya dapat melakukan fungsi-fungsi seperti:

  • Melindungi badan
  • Mengawalatur sistem imuniti
  • Menyingkirkan sel penuan dan sel tidak normal
  • Membaik pulihkan sel-sel badan

Oleh itu, penggunaan Shiruto adalah bermanfaat kerana kandungan utamanya, IP-PA1 dapat mengaktifkan sel-sel makrofaj di dalam badan kita.

Notis terbaru

Pada bulan Ogos 2021, BE International telah mengeluarkan notis di bawah.

Anda boleh baca notis tersebut di sini.

Notis Shiruto palsu

BE International telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai Shiruto yang di jual dengan harga yang amat murah di platform pihak ketiga seperti Lazada, Shopee, Qoo10 dan sebagainya.

Pihak pengurusan BE telah mengambil masa untuk mengumpul maklumat dan bukti dalam kes ini.

Kini, ianya terbukti memang ada penjual yang menjual Shiruto palsu atau tiruan di pasaran dengan harga yang murah.

Oleh itu, BE International telahpun membuat laporan polis justeru menghantar surat peguam kepada platform pihak ketiga untuk menurunkan semua barangan syarikat.

Jika anda nampak penjual yang menjual barangan BE International di platform pihak ketiga, berhati-hati kerana anda mungkin memberi produk palsu atau tiruan.

Jangan mengambil risiko!

Jangan sekali-kali membeli Shiruto yang murah di platform pihak ketiga kerana anda mungkin membeli produk palsu yang akan memudaratkan kesihatan anda dan keluarga anda.

Daftarlah sebagai ahli BE International dan membeli Shiruto tulen daripada syarikat BE.

Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.

Kalau anda ada isu-isu yang di sebabkan penyakit yang serius, anda harus dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal yang pakar.

Berapakah harga ahli Shiruto?

Bagaimana membeli Shiruto secara online?

Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-02-08T10:00:30+08:00 February 7th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment