Kesan Sampingan Pembedahan Untuk Masalah Slipped Disc

Adakah anda mengalami masalah slipped disc?

Adakah anda sedang mencari penyelesaian untuk mengurangkan sakit belakang?

Jika ya, kini ada satu penyelesaian yang unik untuk anda.

Masalah slip disc

Terlebih dahulu, apakah sebenarnya slipped disc?

Mengukit portal The Malaysian Medical Gazette:

Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).

Jika anda mengalami sakit tulang belakang yang teruk, anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar.

Ada kemungkinan besar, anda mengalami masalah slipped disc.

Apakah punca yang menyebabkan slipped disc?

Mengikut laman web www.myhealth.gov.my:

“Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.”

Apakah ciri-ciri slipped disc?

Gejala-gejala slipped disc yang tertera di laman myhealth.gov.my termasuk:

  • sakit belakang
  • rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah
  • Cauda equina syndrome ataupun kegagalan mengawal air besar atau air kencing

Jika anda mempunyai masalah slipped disc yang serius, penyelesaian yang di syorkan adalah dengan menjalani proses pembedahan.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak kesan sampingan pembedahan slip disc yang anda mungkin mengalami.

Untuk mengetahui kesan sampingan pembedahan, sila klik pautan di bawah untuk membaca pengkongsian seorang pesakit slip disc yang bernama Aisya.

[Perjalanan Seorang Pesakit Slip Disc]

Mengikut perkongsian Aisya:

“Saya telah kehilangan banyak benda yang saya sukai seperti aktiviti mendaki gunung, bercuti di luar negara, memandu jarak jauh dan lain-lain aktiviti yang melibatkan tenaga.

Kekuatan dan tenaga saya tidak lagi seperti dahulu.

Memandu sekitar 30 minit juga mampu membuatkan badan tidak lagi selesa.

Mengangkat barang seberat 3 kilo juga amat berat bagi saya kini.”

Bagaimana proses pembedahan untuk sakit slipped disc?

Berikut adalah info daripada laman Harian Metro:

“Bahagian belakang badan pesakit di bedah secara pemotongan terbuka dan mereka juga terpaksa berada dalam posisi meniarap selama berhari-hari sebelum boleh berjalan, selain perlu tinggal di hospital sehingga seminggu lamanya.”

Pakar Perunding Ortopedik dan Tulang Belakang PPUKM, Datuk Dr Mohd Hisam Muhammad Ariffin berkata, pembedahan tulang belakang pada masa dulu amat menyukarkan pesakit sebelum teknik pembedahan kurang invasif (MIS) diperkenalkan.

Bagaimana pembedahan kurang invasif untuk isu slipped disc tulang belakang di lakulakan?

Mengikut laman Health Savvy:

“Pembedahan yang sedikit invasif memerlukan pembukaan kecil, ia memerlukan insisi bersaiz lebih kurang 2 sm.

Kadang-kadang insisi boleh menjadi sekecil 0.5 hingga 0.8 sm.

Insisi yang lebih kecil dapat mengurangkan kesakitan dan kehilangan darah, dan seterusnya mengurangkan jangka masa penginapan di hospital.

Pesakit-pesakit hanya perlu tinggal di hospital selama 1 hingga 3 hari, bergantung kepada keadaan individu.”

Kalau di berikan pilihan, saya rasa kebanyakan orang yang mengalami masalah sakit belakang yang di sebabkan oleh slipped dics akan memilih pembedahan yang sedikit invasif berbanding dengan pembedahan tulang belakang biasa.

Sampai sini sahaja artikal ini.

Sebelum anda pergi, izinkan saya membuat penafian atau disclaimer.

Saya bukannya seorang doktor. Infomasi yang saya akan berkongsi adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran sahaja.

Kalau anda tidak pasti, saya akan recommend anda dapatkan nasihat daripada seorang doktor pakar.

Penyelesaian alternatif

Ada tak penyelesaian ataupun solusi alternatif untuk mengurangkan rasa sakit teruk yang di sebabkan oleh masalah slipped disc di tulang belakang?

Solusi untuk mengurangkan sakit slipped disc tanpa melalui pembedahan memang ada di pasaran.

Rasa sakit belakang dapat di kurangkan dengan sejenis “peranti yang boleh di pakai” yang di import daripada negara Jepun.

Kalau anda berminat untuk mengenali peranti tersebut, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2023-01-19T12:35:56+08:00 January 18th, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment