Multi Level Marketing Terbaik Di Malaysia – Bukan Setakat Pelan Pemasaran

Adakah anda seorang professional yang sedang menceburi industri MLM di Malaysia?

Adakah anda sedang mencari syarikat MLM yang terbaik di Malaysia?

Jika ya, kemungkinan besar anda pernah dengar syarikat jualan langsung (direct sales) yang terletak di Link 2 Bukit Jalil, Kuala Lumpur iaitu BE International.

BE adalah sebuah syarikat jualan langsung yang mengalami perkembangan yang sangat pesat di Asia Tenggara.

BE trusted business platform

Kebanyakan orang yang berpengalaman dan berjaya di dalam bidang MLM bertanya kepada saya:

“Apa kelebihan BE International?”

“Pelan komisennya macam mana?”

“Apakah perbezaan khas pelan pemasaran BE International?”

Saya dan suami saya telah membina bisnes MLM kami dengan menggunakan platform yang di sediakan oleh BE International sejak awal tahun 2018.

Kini, ranking ataupun pangkat kami dengan BE adalah agak tinggi, iaitu Crown Council Ambassador (CCA).

Di artikal ini, saya akan berkongsi 6 sebab mengapa kejayaan bisnes BE adalah bukan setakat pelan pemasarannya.

Jika anda adalah seorang yang berpengalaman di dalam bidang MLM dan network marketing, di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda mengenali organisasi BE International.

6 tiang kejayaan BE

Jika anda sedang membina rangkaian untuk pemasaran network marketing anda, tentunya anda telah mengetahui bahawa kejayaan bisnes anda bukannya hanya bergantung pada usaha anda sendiri.

Untuk berjaya di dalam bidang MLM, anda juga perlu berkerjasama dengan sebuah syarikat yang stabil dan sokongan daripada pasukan anda ataupun Line of Sponsorship.

Di bisnes BE, ini di kenali sebagai tiang-tiang kejayaan.

Di bahagian seterusnya, saya akan kongsi 6 tiang kejayaan bisnes BE yang menjadikannya salah sebuah syarikat MLM yang berkembang dengan pantas di Asia Tenggara.

1. Tanggapan kerohanian syarikat serta pengasasnya

BE International di asaskan pada tahun 2017 oleh 3 individu yang sangat berjaya di bidang Multi-level marketing (MLM).

Pengasas-pengasasnya adalah:

  • Ir. Lee Suet Sen – jurutera yang di iktiraf
  • Ho Huey Chuin – jutawan yang paling muda di bekas syarikat MLM
  • Karen Leong – 40+ tahun berpengalaman di industri kecantikan dan MLM. Karen telah berjaya memupuk lebih 21 jutawan sehingga hari ini.
BE International Marketing 3 Founders

Syarikat BE International adalah ahli Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Anda boleh meneliti senarai ahli DSAM di sini.

BE juga adalah ahli Direct Selling Association of Singapore (DSAS). Anda boleh meneliti senarai ahli DSAS di sini.

Pejabat berdaftar BE International adalah terletak di Link 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

Ianya juga mempunyai pejabat-pejabat di luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Bandar Seri Begawan, Brunei.

2. Produk unggul

Jika anda ingin membina sebuah rangkaian MLM, pemilihan produk jualan anda adalah sangat penting kerana jualan produk adalah sumber pendapatan anda.

Jika anda menjual produk yang salah untuk bisnes anda, tentunya anda akan mengalami kekecewaan, pendapatan yang kecil serta membuang masa.

Di dalam aspek penyelidikan pasaran dan penjualan produk yang betul, BE International telah membuat yang terbaik.

Saya percaya kejayaan pemasaran produk BE adalah daripada pengalaman di dalam bidang jualan langsung oleh ketiga-tiga pengasas syarikat.

Pemilihan produk yang di betul untuk bisnes MLM seharusnya unik, berkualiti tinggi dan mempunyai potensi untuk pembelian berulangan oleh pelanggan.

Produk yang di jamin laris untuk syarikat MLM di seluruh dunia adalah di pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan.

BE International telah melancarkan pelbagai produk khasnya untuk pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan seperti:

Salah satu sebab mengapa produk-produk BE begitu laris di pasaran seperti Aulora Pants with Kodenshi dan Shiruto adalah perlaksanaan Strategi Lautan Biru.

Blue Ocean Strategy book

Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy adalah buku bisnes dan pemasaran yang sangat popular.

Secara umumnya, strategi yang di syorkan di dalam buku tersebut adalah dengan memperkenalkan ataupun mereka cipta satu kategori ruang pemasaran di mana ruang tersebut tiada persaingan.

Apabila sesuatu produk mempunyai permintaan yang tinggi dan tiada pesaing lain, oleh itu jika anda membina bisnes MLM anda dengan menggunakan platform bisnes BE akan menjadi lebih mudah.

Aulora Pants & Befil Awards

Gambar di atas menunjukkan 2 anugerah yang di menangi oleh produk BE iaitu Aulora Pants and Befil pada tahun 2018.

Apabila anda menggunakan platform BE, anda akan menjual produk-produk yang berkualiti tinggi, bermargin tinggi dan yang paling penting ialah ulangan pembelian daripada pelanggan-pelanggan anda yang tinggi.

3. Pelan pemasaran yang sejajar dengan aliran dunia dan adil

Kebanyakan orang yang berpengalaman di dalam bidang MLM fokus di aspek ini semasa mereka menyelidiki dan menerokai bisnes BE.

Bisnes BE International menggunakan konsep Satu akaun di seluruh dunia.

Integrasi lancar

Anda boleh menaja atau sponsor ahli baru di tempatan ataupun antarabangsa ke dalam rangkaian anda dengan senang dan lancar.

Kini, ranking saya dengan BE adalah CCA in Malaysia.

Apabila saya dan suami saya pergi ke Singapura, Brunei ataupun Hong Kong untuk membina rangkaian kami, ranking kami masih kekal CCA di negara-negara tersebut.

Itu adalah satu-satunya manfaat satu akaun di seluruh dunia BE International.

4. Pendidikan sistem yang mudah di duplikasi

Apabila anda membina rangkaian anda, salah satu faktor yang penting adalah latihan and pembelajaran untuk ahli-ahli baru.

Bila rangkaian anda masih kecil dengan beberapa ahli yang aktif, anda boleh mengajar ahli-ahli baru secara individu ataupun dalam sessi latihan yang kecil.

Tapi, apakah yang akan berlaku jika anda mempunyai ahli-ahli baru yang berada di bandar, negeri ataupun di luar negara?

Ia adalah mustahil untuk anda melatih and mengajar semua orang!

Apakah penyelesaiannya?

Sistem pendidikan BE

Ya, penyelesaiannya terletak pada tiang yang keempat kejayaan bisnes BE iaitu pendidikan sistem yang mudah di duplikasi.

Di dalam gambar di atas, ianya menunjukkan program pelajaran BE yang bermula dengan latihan asas sehingga ke latihan pendidikan sistem untuk ahli-ahli yang berpangkat tinggi.

Ketika masa pandemik, semua kelas-kelas latihan kini di adakan di atas talian dengan menggunakan Zoom cloud meetings dan webinars.

Kelas-kelas latihan juga di adakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin dan juga Cantonese.

Apabila rangkaian anda berada di luar negara, anda boleh menggunakan sistem pendidikan BE untuk mengajar dan mendidik ahli-ahli anda yang aktif justeru memastikan topik ajaran dan strategi yang terbukti dapat di duplikasikan ke seluruh rangkaian anda.

5. Budaya BE

Tiang kejayaan BE yang seterusnya adalah budayanya.

Budaya di BE adalah agak sukar untuk di jelaskan. Untuk memahami budaya BE, anda perlu menghadiri acara yang di anjurkan BE ataupun menghadiri perlancongan kumpulan ke luar negara.

Ada satu perkataan yang saya boleh gunakan untuk menyatakan budaya BE iaitu KEKELUARGAAN.

Kesemua ahli-ahli di dalam bisnes BE adalah seperti sebuah keluarga yang besar.

Malangnya, oleh kerana pandemik dunia, pada masa ini anda tidak berpeluang untuk menghadiri acara-acara BE.

Oleh demikian, saya cuma boleh berkongsi gambar-gambar yang di ambil ketika rombongan perlangcongan ke luar negara dengan rakan-rakan saya di BE.

Hokkaido, Japan

Gambar di atas di ambil ketika rombongan incentif ke Hokkaido, Jepun.

Dubai Trip 6

Gambar di atas di ambil ketika rombongan incentif ke Dubai, United Arab Emirates.

Dubai-7

Gambar di atas di ambil dengan pengasas-pengasaa BE di padang pasir Dubai.

BE International founder

Gambar saya di ambil dengan salah seorang pengasas BE, Ir Lee Suet Sen.

My BE Family

Gambar di atas adalah saya dengan rakan-rakan saya di acara yang di anjurkan oleh BE International.

6. Teknologi inovatif

Tiang yang terakhir kejayaan bisnes BE adalah menggunaan teknologi yang inovatif.

Semenjak hari pertama syarikat BE di tubuhkan, pengasas-pengasasnya telah melabur wang yang banyak ke atas sistem komputer and menggunakan teknologi online untuk menjalankan operasi-operasi harian syarikat.

Laman web dan aplikasi BE2U adalah sangat canggih.

Cara yang lama membina bisnes MLM adalah dengan mendapatkan barangan jualan daripada stokist and menghantar stok kepada pelanggan.

Untuk bisnes BE, apabila seseorang ahli mendapat jualan, dia cuma perlu menggunakan aplikasi BE2U dan masukkan order dengan menggunakan telefon pintarnya.

Pambayaran untuk pembelian juga boleh di buat dengan menggunakan aplikasi smartphone.

Apabila order anda telah di masukkan, operasi pembungkusan di gudang dan penghantaran akan di kendalikan oleh pekerja-pekerja di BE.

Aplikasi BE2U juga boleh melakukan operasi seperti berikut:

  • Pendaftaran ahli baru
  • Pembelian produk-produk di atas talian (online order)
  • Pembayaran dengan menggunakan kad kredit atau pindahan bank (bank transfer)
  • Sistem E-wallet
  • Laporan bonus dan komisen
  • Sistem penjejakan penghantaran produk (product delivery tracking) yang berhubung dengen sistem servis courier
  • Sistem baucer produk
  • Sistem sokongan pelanggan
  • Analisis rangkaian dan ahli-ahli
  • Pembelian produk merentasi sempadan
  • Sistem laporan dan notifikasi
  • Dan lain-lain
BE2U App

Gambar di atas skrin menunjukkan aplikasi BE2U yang boleh di muat turun daripada Google Playstore ataupun Apple Appstore.

Selain menggunakan teknologi untuk operasi-operasi harian, BE International juga menggunakan teknologi terkini untuk melancarkan produk baru.

Mereka adalah syarikat jualan langsung pertama di dunia yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) untuk perlancaran produk baru.

Untuk keterangan lanjut, sila klik link di bawah.

[MLM Company In Malaysia Used Augmented Reality (AR) For New Product Launch]

Perjalanan saya dengan BE

Di bahagian ini, saya akan berkongsi perjalanan kerjaya MLM saya dengan BE International.

Saya di perkenalkan dengan BE dan pelan pemasarannya di bulan November 2017. Ketika itu, saya tidak faham pelan tersebut kerana ianya amat mengelirukan.

Namun demikian, saya nampak potensi produk Aulora Pants justeru saya bersetuju untuk mencubanya.

Selepas memakai Seluar Aulora untuk 2 minggu, saya rasa seluar tersebut amat bagus dan berkesan. Pengalaman positif itu memberikan saya keyakinan untuk berkongsi manfaat-manfaat seluar tersebut dengan keluarga dan kawan-kawan saya.

Selepas 3 bulan berkongsi manfaat-manfaat Seluar Aulora kepada keluarga, rakan-rakan dan juga orang yang tidak di kenali, saya mula memahami pelan memarsaran BE.

Pada mulanya, saya tidak mendapat banyak kejayaan kerana saya tidak pasti apa yang saya harus lakukan.

Banyak aktiviti-aktiviti yang saya buat tidak berkesan.

Saya berbincang dengan suami saya dan dia memberikan beberap cadangan.

Kami mencuba banyak idea baru tetapi kebanyakannya tidak berkesan.

Bisnes kami mula berkembang selepas saya dan suami saya menghadiri satu sessi pengajaran untuk ahli BE yang baru.

Perkembangan business

Selepas menghadiri sessi pengajaran yang di kenali sebagai Intensive Training 1.0 (IT) pada bulan Januari 2018, bisnes saya mula berkembang dan banyak ahli baru memasuki rangkaian saya.

Aktiviti-aktiviti saya menjadi lebih berkesan kerana saya boleh menjelaskan pelan pemasaran BE dengan lebih baik.

Saya berjaya memberi keyakinan kepada ahli baru kerana saya betul-betul mempercayai business ini.

Ketika saya membina rangkaian, saya amat rapat dengan mentor saya, Cyndy.

My mentor
Gambar saya, suami saya dan mentor saya, Cyndy

Saya mencapai tonggak sejarah di dalam bisnes BE apabila saya mencapai ranking Ambassador pada bulan Mac 2018.

Pada bulan April 2018, saya mambantu 2 rakan bisnes saya menjadi Ambassador, justeru saya di naikkan pangkat ke Ruby Ambassador.

Pada bulan Julai 2018, saya dan suami saya berjaya mencapai ranking Diamond Ambassador apabila kita berjaya menolong 5 rakan bisnes mencapai pangkat Ambassador.

Pada masa itu, saya berjaya mendapatkan Dana Kereta dan Dana Rumah yang di sediakan oleh BE.

Dana Kereta adalah satu bonus khas yang di bayar setiap bulan untuk 4 tahun dan Dana Rumah adalah bonus khas yang di bayar setiap bulan untuk 20 tahun!

BE Car Fund & House Fund

Gambar di atas adalah saya bila di anugerahkan Dana Kereta dan Dana Rumah dari BE International.

Super Link Houses

Di atas adalah model rumah baru saya dan suami saya bercadang untuk beli.

Show unit visit

Di atas adalah saya apabila mengunjungi rumah pameran.

Buying our dream home

31 Oktober 2020 adalah hari yang sangat bermakna untuk saya dan suami saya. Pada hari ini, pinjaman bank untuk membeli rumah baru telah di luluskan.

Hari tersebut, kami menandatangani surat tawaran pinjaman bank untuk membeli rumah baru.

Dana Rumah daripada BE telah membolehkan saya membeli rumah imadan keluarga saya. Ia adalah sebuah rumah superlink 26′ x 90′ di kawasan premium yang di kenali sabagai Hampton Residences, Bandar Seri Coalfields.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kini anda tahu bahawa kejayaan BE International adalah bukan setakat pelan pemasarannya.

Syarikat BE adalah berbeza berbanding dengan syarikat jualan langsung ataupun MLM yang lain di tempatan mahupun luar negara.

Keunikan dan kelebihan BE International terletak pada 6 tiang-tiang kajayaannya.

Jika anda ingin berjaya di dalam bidang MLM, syarikat yang anda bekerjasama mesti mempunyai 6 tiang kejayaan yang tertera di atas.

Tiang-tiang kejayaan adalah amat penting jika anda ingin membina rangkaian yang besar dan stabil di tempatan dan antarabangsa

Terima kasih kerana membaca artikal ini dan di harapkan ianya dapat membantu anda.

Kalau anda ada sebarang soalan, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2020-11-02T14:59:27+08:00 November 2nd, 2020|Bahasa Malaysia|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Maslina 25/11/2020 at 2:52 pm - Reply

    Hello, boleh saya tanya. Kalau saya seorang yg tiada banyak kawan, bagaimana nak buat bisnes BE ni?

    • Lynn 25/11/2020 at 4:09 pm - Reply

      Hi Maslina. Sebelum saya bina bisnes BE, saya adalah seorang suri rumah tangga. Saya punya tiada banyak kawan. Walau bagaimanapun, kami ada cara bagaimana boleh mendapat pelanggan dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Kalau anda berminat, sila hubung saya di WhatsApp.

Leave A Comment