3 Tips Bagaimana Nak Berjaya Dalam Perniagaan MLM

Perniagaan MLM ataupun Multi Level Marketing adalah salah satu bisnes yang sesiapa pun boleh mulakan dari rumah mereka.

Bisnes dari rumah

Ianya tidak perlu modal pelaburan yang banyak dan anda juga tidak perlu menyimpan stok produk.

Kini kebanyakan syarikat MLM di Malaysia akan memproses order dan juga membuat penghantaran barangan ke rumah pelanggan anda.

Pendapatan daripada bisnes MLM juga tidak terhad dan anda boleh membina rangkaian anda di mana sahaja asalkan terdapat WiFi dan internet.

Oleh itu, banyak orang di Malaysia amat tertarik dengan bisnes MLM khasnya dengan sistem pemasaran rangkai (network marketing).

Walaubagaimanapun, mengikut kajian Federal Trade Commission (FTC) di America Syarikat , 99% orang yang menyertai bisnes MLM tidak dapat menjana apa-apa pendapatan pun.

Oleh itu, hanya 1% golongan yang berkecimpung di dalam bisnes MLM dapat menjanakan keuntungan yang bersih daripada perniagaan mereka.

Kebanyakan orang yang menyedari statistik di atas terutamanya golongan yang bekerja sepenuh masa (employee) akan berasa terkejut dan elak daripada membina perniagaan MLM.

Saya faham situasi ini.

Peluang perniagaan MLM di Malaysia adalah terbuka untuk semua orang.

Ianya tidak menghalang sesiapa pun menyertai syarikat MLM sebagai ahli.

Oleh itu majoriti orang yang menyertai sebagai ahli adalah golongan pekerja yang mempunyai impian untuk berjaya di dalam bisnes.

Seperti yang di nyatakan dalam statistik di atas, 99% akan gagal.

Mengapa majoriti gagal dalam bisnes MLM?

Daripada pengalaman saya, kebanyakan orang gagal oleh kerana pemikiran ataupun mindset mereka.

Kalau anda menggunakan pemikiran seorang pekerja untuk membina bisnes…tidak kira apa bisnes pun, tentunya anda akan gagal.

Tetapi, kalau pemikiran anda seorang pemilik perniagaan atau business owner, peluang untuk anda berjaya dalam bisnes MLM adalah amat tinggi.

Sebagai contoh, mengikut statistik 99% orang gagal dalam perniagaan MLM, betul tak?

Ianya juga bermaksud 1% daripada golongan yang membina bisnes MLM berjaya!

Kalau anda mempunyai pemikiran seorang pemilik perniagaan, anda akan bertanya, apakah yang menolong golongan 1% berjaya di dalam bisnes MLM?

Ini adalah perbezaan di antara pemikiran seorang pekerja dengan seorang pemilik perniagaan.

Saiz industri

Berapa besarkah saiz industri jualan langsung di Malaysia?

Masyarakat yang tidak pernah berkecimpung di dalam industri jualan langsung, tidak tahu bertapa besarnya saiz industri.

Mengikut lembaran fakta dan data daripada World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), sebuah organisasi yang mewakili organisasi-organisasi jualan langsung daripada 170 buah negara, Malaysia berada di posisi ketujuh secara global di segi jumlah jualan.

Pada tahun 2020, jumlah jualan industri jualan langsung di Malaysia adalah lebih daripada USD6.97 Billion!

Mengikut statistik daripada WFDSA, 10 pasaran jualan langsung yang terbesar di dunia adalah:

1) Amerika Syarikat (USD40.1 Billion)
2) China (USD19.18 Billion)
3) Jerman (USD17.96 Billion)
4) Korea Selatan (USD17.74 Billion)
5) Jepun (USD15.41 Billion)
6) Brazil (USD8.25 Billion)
7) Malaysia (USD6.97 Billion)
8) Mexico (USD5.27 Billion)
9) Perancis (USD5.13 Billion)
10) Taiwan (USD4.46 Billion)

Syarikat jualan langsung

Berdasarkan data daripada WFDSA, pada tahun 2020 industri jualan langsung Malaysia mencapai jumlah jualan USD6.97 Billion.

Syarikat jualan langsung Malaysia yang manakah menjana jumlah jualan tersebut?

Malaysia mempunyai beratus-ratus buah syarikat jualan langsung yang berlesen dan banyak lagi syarikat yang tidak berlesen.

Syarikat jualan langsung besar yang berlesen kebanyakan adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

DSAM kini mempunyai lebih 120 buah syarikat jualan langsung Malaysia yang menjadi ahli.

Syarikat-syarikat tersebut adalah:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia mempunyai banyak syarikat jualan langsung besar yang berlesen.

Bagaimana kita memilih syarikat yang betul supaya kita berjaya dalam perniagaan MLM?

Apa yang kita perlu buat adalah tiru pemikiran dan aktiviti-aktiviti golongan yang berjaya dalam MLM.

Golongan yang berjaya dalam MLM

Kini kita tahu industri jualan langsung di Malaysia adalah sangat besar.

Jika anda berhasrat untuk berkecimpung di dalam industri jualan langsung, apakah kriteria-kriteria yang di perlukan untuk berjaya?

Di bahagian ini, saya akan berkongsi 3 tips bagaimana golong 1% berjaya dalam perniagaan MLM.

1. Mencari rakan bisnes yang berkualiti

Tip pertama yang saya ingin kongsi ialah orang yang berjaya dalam MLM sering cari prospek yang berkualiti.

Seperti yang saya telah nyatakan di atas, peluang perniagaan MLM adalah terbuka kepada semua orang.

Oleh itu, golongan yang gagal dalam MLM akan mempersembahkan peluang perniagaan ini kepada semua orang.

Mereka yang gagal MLM akan menjemput adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya untuk menyertai rangkaian mereka.

Aktiviti ini tidak salah dan kadangkala orang yang di jemput akan menyertai rangkaian kerana mereka berhasrat untuk menolong.

Tetapi, anda perlu tahu, prospek yang berkualiti rendah akan menyertai kumpulan sebagai seorang pengguna sahaja.

Mereka tidak berhasrat membina bisnes MLM.

Kalau aktiviti anda hanyalah fokus pada golongan prospek sedemikian, tentunya anda tidak akan berjaya dalam MLM.

Bagaimana pula dengan golongan yang berjaya dalam MLM?

Perbezaan adalah kualiti prospek yang di jemput untuk melihat peluang perniagaan MLM.

Prospek yang di hubungi mempunyai pemikiran seorang pemilik perniagaan.

Oleh itu, kalau anda nak berjaya dalam bisnes MLM, carilah prospek yang berkualti.

2. Jual produk yang betul

Tahukah anda bahawa bukan semua produk yang di jual adalah sesuai untuk pemasaran rangkaian atau MLM?

Produk-produk yang berkualiti tentunya boleh di jual.

Tetapi, kalau anda ingin meningkatkan peluang untuk anda berjaya di dalam bisnes MLM, produk yang di tawarkan oleh syarikat MLM haruslah unik dan sesuai untuk pemasaran internet dan medan sosial.

Produk yang anda jual harus mengikuti konsep Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru.

Blue Ocean Strategy book

Konsep Blue Ocean Strategy adalah daripada buku yang di tulis W. Chan Kim dan Renee Mauborgne.

Produk daripada syarikat MLM haruslah unik dan berada di dalam kategorinya yang sendiri.

Kalau produk tersebut adalah produk lautan biru, ianya akan laris di pasaran kerana tiada saing daripada syarikat-syarikat yang lain.

Dengan penjual produk launtan biru, ianya akan memudahkan anda membina bisnes MLM anda.

3. Meningkatkan kemahiran menjual

Tip yang ketiga adalah meningkatkan skil ataupun kemahiran menjual anda.

Bisnes MLM adalah sejenis perniagaaan.

Oleh itu, kalau anda nak berjaya, anda harus mempunyai kemahiran untuk menjual produk ataupun servis.

Kalau anda tidak pandai menjual, anda harus belajar dan mendapatkan latihan.

Kebanyak orang yang gagal dalam multi level marketing (MLM) cuba menjual dengan menggunakan fakta-fakta produk mereka.

Mereka akan menunjukkan semua fungsi-fungsi produk kepada pelanggan mereka.

Teknik jualan sedemikian tidak berkesan.

Golongan yang berjaya dalam MLM menjual dengan menggunakan teknik bercerita.

Anda boleh menggunakan cerita untuk menjelaskan bagaimana sesuatu produk dapat menyelesaikan masalah yang anda ataupun ahli keluarga anda hadapi.

Pelanggan anda akan lebih tertarik dengan cerita pengalaman anda menggunakan produk tersebut.

Walaupun produk dan peluang perniagaan anda sangat hebat, tetapi anda perlu tahu, tiada orang yang bangun dari tidur pagi tadi berhasrat untuk membeli daripada anda ataupun menjadi rakan bisnes anda.

Semua orang tidak mahu MEMBELI ataupun mendaftar sebagai ahli sesebuah syarikat MLM.

Ini adalah realiti bila anda membuat bisnes atau membuat penjualan (sales).

Tapi, banyak orang yang membeli barangan setiap hari kan?

Kalau tidak, ekonomi negara akan terbeku!

Tentu sekali banyak orang yang membeli produk atau servis di pasaran setiap hari.

Tapi, kata kunci dalam situasi ini ialah “INGIN”.

Dalam Bahasa Inggeris ialah WANT.

Anda perlu tahu apakah yang prospek anda ingin dapat sebelum mereka akan membuat pembelian.

Secara ringkas, kita ingin mendapatkan penyelesaian untuk masalah (kesakitan) yang di hadapi.

Kuasa bercerita

Cuba kita fikir…

Bila seseorang pergi ke internet untuk membuat pencarian, apakah yang dia sedang cari?

Dia sedang mencari jawapan atau penyelesaian untuk masalah yang dia sedang alami.

Dia sedang mengalami kesakitan dari segi fizikal atau mental yang di sebabkan oleh masalahnya.

Itulah peluang anda untuk mempersembahkan produk dan peluang perniagaan anda sebagai penyelesaian kepada masalah prospek anda.

Bila anda menggunakan kaedah bercerita bagaimana produk atau peluang pernigaan anda dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi prospek anda, tentunya prospek anda akan berminat justeru menjadi pelanggan atau rakan bisnes anda,

Inilah kemahiran menjual yang anda perlu belajar.

Kesimpulan

Banyak orang di Malaysia amat tertarik dengan potensi peluang perniagaan MLM.

Tetapi hakikatnya, 99% golongan yang menyertai bisnes MLM akan gagal.

Hanya 1% yang berjaya.

Untuk meningkatkan peluang kejayaan anda dalam bisnes MLM, di harapkan perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Kalau anda berhasrat untuk membina rangkaian MLM dengan system yang berkesan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-07-17T17:15:13+08:00 July 12th, 2022|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment