BE International Dana Kereta – Dapatkan Kereta Idaman

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Mommy Lynn

Nama saya ialah Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Izinkan saya berkongsi latar belakang dan cerita saya.

Pada bulan Mac tahun 2018, saya telah membuat keputusan untuk membina sebuah bisnes dengan menggunakan peluang perniagaan BE International.

Mengapa saya sudi membuat bisnes model MLM atau pemasaran rangkaian?

Saya sudi membuat bisnes MLM kerana model permulaan dan risikonya adalah amat rendah.

Sebelum saya berkahwin dengan suami saya, saya bekerja sebagai seorang Pengurus Sumber Manusia (Human Resource Manager) di sebuah kilang di Kuala Lumpur.

Selepas saya berkahwin, saya berhenti perkerjaaan saya dan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Saya menjadi suri rumah selama 6 tahun sebelum saya membuat keputusan untuk pendapatkan semula pekerjaan.

Saya bertungkus-lumus untuk mencari perkerjaan baru malangnya kebanyakan syarikat enggan mengambil saya.

Ia di sebabkan jurang selama 6 tahun saya tidak bekerja dalam rekod perkerjaan saya.

Pada masa itulah, saya di perkenalkan kepada peluang perniagaan BE International.

Perjalanan saya di BE

Pada kali pertama saya di perkenalkan kepada pelan pemasaran BE International, saya langsung tidak memahaminya.

Walau bagaimanapun, saya tahu bisnes BE akan membayar 9 jenis komisen dan bonus kepada sesiapa yang sudi menggunakan peluang perniagaannya.

BE International 9 Bonuses

Apa yang menarik perhatian saya adalah Dana Kereta dan Dana Rumah.

Kedua-dua bonus tersebut adalah pendapatan pasif!

Saya di beritahu bahawa Dana Kereta adalah sejenis bonus yang di bayar dengan jumlah maksimum sebanyak RM7,000.00 setiap bulan selama 4 tahun.

Manakala, Dana Rumah adalah bonus yang di bayar dengan jumlah maksimum RM6,000.00 setiap bulan selama 20 tahun.

Bagaimana kita layak untuk mendapatkan Dana Kereta daripada BE International?

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa Dana Kereta bisnes BE adalah sejumlah dana yang di kongsi oleh semua orang yang layak menerimanya setiap bulan.

Untuk layak menerima Dana Kereta tersebut, tentunya anda harus menjadi seorang pengusaha perniagaan BE yang serius.

Kalau anda mendaftar sebagai ahli BE semata-mata untuk menggunakan produknya sahaja, tentunya anda tidak berpeluang untuk menerima Dana Kereta tersebut.

Sebagai seorang pengusaha bisnes BE yang serius, ranking atau pangkat pertama yang anda perlu capai ialah Ambassador.

Peluang perniagaan BE International mempunyai banyak jenis produk yang berkualiti untuk kesihatan dan kesejehteraan badan.

Kalau anda nak membina bisnes BE, anda cuma perlu fokus pada satu produk sahaja iaitu Aulora Pants dengan Kodenshi yang di import daripada negara Japan.

Aulora Pants adalah sejenis produk yang sangat popular, mempunyai permintaan yang tinggi dan senang untuk di jual.

Apakah yang perlu anda lakukan untuk mencapai ranking Ambassador dengan BE International?

Anda mempunyai satu sasaran Aulora Pants yang perlu di jual dalam masa sebulan.

Sasaran jualan tersebut bukannya untuk anda, malah sasaran jualan tersebut adalah untuk anda dan kumpulan anda.

Oleh itu, tidak susah untuk mencapai ranking Ambassador di BE.

Apabila anda berjaya mencapai ranking Ambassador, langkah yang seterusnya ialah mencapai ranking Emerald Council Ambassador (ECA).

Anda akan di naikkan pangkat ke ECA apabila anda mempunyai 3 orang Ambassador di bawah anda.

Bayangkan ranking ECA sama seperti mempunyai 3 kedai francais dan anda adalah pejabat pusat perniagaan anda.

Untuk mencapai pangkat ECA, anda boleh menggunakan Strategi Pemasaran 139 yang di ajar oleh ketua-ketua bisnes BE.

Berapa lamakah di perlukan untuk seseorang mencapai ranking ECA?

Masa yang di perlukan untuk mencapai ECA bergantung kepada diri anda.

Anda boleh mencapai ECA dalam masa 3 bulan atau anda boleh mengambil masa 2 tahun untuk mencapainya.

Kalau boleh, jadi ECA secepat mungkin supaya anda mempunyai momentum untuk mengembangkan bisnes anda.

Apabila anda telah mencapai ranking ECA dengan 3 orang Ambassador di bawah anda, langkah yang seterusnya adalah mengulangi Strategi Pemasaran 139 sekali lagi.

Apabila anda mempunyai 5 orang Ambassador di bawah anda, kumpulan anda akan mempunyai jumlah jualan bulanan yang stabil.

Pada masa itu, akan akan mencapai ranking Diamond Council Ambassador (DCA).

Apabila anda mencapai ranking DCA, anda akan mencetus Dana Kereta perniagaan BE.

Adakah susah untuk melayakkan diri untuk menerima Dana Kereta BE?

Perjalanannya tidak mudah tapi semua orang boleh mencapainya.

Saya berjaya melayakkan diri saya untuk menerima Dana Kereta BE pada akhir tahun 2018.

Saya mengambil masa selama 9 bulan untuk melayakkan diri saya untuk menerima Dana Kereta tersebut.

Car Fund Recognition

Di atas adalah gambar saya ketika acara pengiktirafan Dana Kereta BE International.

Apa yang akan terjadi kepada Dana Kereta anda selepas 4 tahun?

Selepas 4 tahun, anda boleh melayakkan diri sekali lagi untuk menerima Dana Kereta.

Walaupun bonus tersebut di gelar Dana Kereta, wang yang anda terima tidak semestinya di gunakan untuk membeli kereta baru.

Apa yang anda ingin beli dengan Dana Kereta yang di terima terpulanglah kepada diri anda.

Adakah anda berhasrat untuk memiliki kereta idaman anda?

Kini anda boleh mencapai impian anda dengan Dana Kereta BE International.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Kereta BE, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-09-12T15:54:34+08:00 September 12th, 2022|Bahasa Malaysia|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Munib Ahmad 17/09/2022 at 10:10 am - Reply

    Terima kasih. Saya belajar sesuatu dari artikel ini, iaitu walaupun sesebuah MLM mempunyai pelbagai produk, tetapi ahli boleh fokus untuk menjual satu produk yang terbaik saja / flagship product.

    • Lynn 17/09/2022 at 11:57 am - Reply

      Sama-sama Munib. Saya sangat gembira artikal di atas dalam membantu anda.

Leave A Comment