Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.
Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya.
Nama saya ialah Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.
Di atas adalah gambar saya dengan kotak Shiruto yang baru.
Saya adalah seorang suri rumah tangga dengan 2 orang anak.
Saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan December 2017.
Kini kami adalah Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE.
Salah satu produk yang paling popular daripada BE International adalah makanan berfungsi yang di kenali sebagai Belixz Shiruto yang di import daripada negara Jepun.
Di artikal ini, saya akan berkongsi cara untuk membeli produk Shiruto yang tulen secara online.
Berapakah harga jualan Shiruto daripada negara Jepun yang di jual oleh syarikat BE International di Malaysia?
Berapa harga runcit (bukan ahli) dan harga ahli untuk Shiruto?
Saya kerap di tanya soalan-soalan di atas oleh pembaca-pembaca blog saya.
Terlebih dahulu, kalau anda ingin mengetahui harga bukan ahli Shiruto di Malaysia, anda boleh kunjungi laman syarikat BE International yang memperkenalkan produk Shiruto.
Di bahagian bawah, saya akan berkongsi 3 langkah bagaimana anda boleh memastikan Shiruto yang anda beli adalah produk tulen yang di import daripada negara Jepun.
Pemilik jenama
Untuk pengetahuan anda, pemilik jenama eksklusif produk Belixz Shiruto ialah syarikat BE International.
BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
BE International juga mempunyai pejabat jualan dan saluran pengagihan produknya di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Brunei.
Selain Head Office syarikat di Kuala Lumpur, BE juga mempunyai pejabat urusan di seluruh Malaysia seperti:
- Georgetown, Pulau Pinang
- Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Ipoh, Perak
- Miri, Sarawak
- Johor Bahru, Johor
- Kota Kinabalu, Sabah
Syarikat BE International mempunyai pelbagai produk untuk pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan seperti:
- Aulora Series dengan Kodenshi adalah koleksi pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar infra merah jauh atau far infrared ray (FIR) seperti Aulora Pants, Aulora Socks, Aulora Panties, Aulora Boxer, Aulora Basic Top, Aulora Scarf, Aulora Arm Sleeves dan Aulora Seamless Bra
- Makanan berfungsi Belixz seperti I-Vxion, Livcore, Befil, Shiruto, SlendMeal Pro, SlendGlow, Zencoso, Spirulina dan Maqnifiq
- Beyul Skin Care Series daripada Korea Selatan
- Beyang Barangan Konsumer Yang Bergerak Cepat atau Fast Moving Consumer Good (FMCG)
Makanan berfungsi
Salah satu kategori produk yang popular daripada BE adalah produk-produk makanan berfungsi Belixz.
Apa itu makanan berfungsi?
Mengikut laman Utusan Borneo Online:
“Makanan berfungsi merupakan satu sumber makanan, yang mempunyai penambahan daripada segi komposisi zat dan gizi, lebih daripada kandungan biasa dan mampu memberi impak positif kepada satu atau lebih sistem badan, seterusnya meningkatkan kesihatan individu.
Adalah penting untuk ditekankan bahawa, makanan berfungsi adalah sejenis makanan, tidak tergolong dalam kategori dadah atau ubatan.”
Salah satu produk popular daripada kategori Belixz adalah Shiruto.
Apakah kelebihan Shiruto sebagai sejenis makanan berfungsi?
Apakah manfaat apabila kita mengambil Shiruto?
Manfaat utama Shiruto adalah menolong untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj yang telah nyah aktif.
Apa itu makrofaj?
Mengikut info daripada Wikipedia:
“Makrofaj merupakan sejenis sel darah putih yang membentuk sebahagian dari sistem imun vetebrata yang menelan dan mencerna serpihan sel, bahan-bahan asing, mikrob-mikrob dan apa-apa jua yang tidak mempunyai beberapa jenis protein yang khusus di atas permukaan sel-sel badan yang sihat.”
Proses makrofaj menelan dan mencerna sel-sel asing dalam badan kita di kenali sebagai phagocytosis.
Anda boleh tonton video YouTube di atas untuk melihat proses phagocytosis.
Untuk mengetahui fungsi dan manfaat Shiruto dengan lebih lanjut, sila baca artikal ini.
Apakah yang boleh menyebabkan makrofaj dalam badan kita menjadi nyah aktif?
Berdasarkan info yang tertera di dalam produk katalog Belixz Shiruto yang di sediakan oleh BE, beberapa faktor yang boleh mengakibatkan makrofaj menjadi kurang aktif adalah:
- Proses penuaan
- Pencemaran persekitaran
- Suhu persekitaran yang tinggi
- Pencemaran bunyi
- Tidak cukup tidur
- Nutrisi makanan yang tidak mencukupi
- Stres
- Gaya hidup yang kurang sihat
- Dan lain-lain
Kalau anda berminat untuk mendapatkan produk katalog Belixz Shiruto, anda boleh mesej saya di WhatsApp dan saya akan berkongsi file PDF katalog tersebut.
Apabila sel-sel makrofaj di dalam badan kita aktif 24 jam sehari, ia akan membantu mengelakkan badan kita daripada di jangkit kuman, bakteria dan virus.
Bagaimana kita boleh mengaktifkan sel-sel makrofaj yang telah nyah aktif?
Di sini, produk makanan berfungsi Shiruto daripada Jepun dapat memainkan peranannya.
Bahan aktif di dalam kandungan Shiruto di kenali sebagai IP-PA1.
Apabila IP-PA1 bergabung dengan reseptor-reseptor yang terletak di permukaan makrofaj yang kenali sebagai TLR4, ia akan mencetuskan proses pengaktifan makrofaj.
Pada tahun 2011, tiga orang ahli sainstis yang menemui prinsip ini telah di anugerahkan Nobel Prize.
The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2011 was divided, one half jointly to Bruce A. Beutler and Jules A. Hoffmann “for their discoveries concerning the activation of innate immunity” and the other half to Ralph M. Steinman “for his discovery of the dendritic cell and its role in adaptive immunity.”
Sumber: The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2011. NobelPrize.org. Nobel Media AB 2018. Fri. 14 Dec 2018.
Oleh kerana produk Shiruto adalah amat popular di pasaran tempatan, terdapat banyak orang menjualnya di atas talian.
Bagaimana anda dapat memastikan Shiruto yang di jual online adalah produk yang tulen daripada negara Jepun?
Di bahagian selanjutnya, saya akan berkongsi 3 langkah untuk menjamin Shiruto yang anda beli adalah produk yang original dan di jamin tulen.
1) Mendaftar sebagai ahli BE International
Langkah yang pertama adalah amat mudah.
Anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli BE International.
Pendaftaran ahli boleh di buat atas talian tapi anda perlu mencari seorang penaja ataupun sponsor.
Tanggungjawab penaja anda adalah memberi customer service untuk anda.
Jika anda mempunyai soalan mengenai penggunaan produk Shiruto, anda boleh bertanya kepada penaja anda.
Kalau anda mempunyai apa-apa soalan mengenai produk lain daripada BE International, anda juga boleh bertanya kepada penaja anda.
Yuran pendaftaran ahli adalah RM60.00 dan keahlian adalah sah untuk satu tahun.
Untuk mengetahui manfaat-manfaat menjadi ahli, sila baca artikal di bawah.
[7 Manfaat & Kebaikan Menjadi Ahli BE International]
2) Muat turun aplikasi BE4U
Setelah anda mendaftar sebagai ahli BE International, anda akan menerima nombor keahlian anda.
Langkah seterusnya, anda boleh muat turun aplikasi rasmi BE International yang di panggil BE4U.
Aplikasi BE4U boleh di muat turun dari Google Playstore, Huawei AppGallery dan Apple Appstore secara percuma.
Anda hanya perlu masukkan nombor keahlian anda dan kata laluan (password) anda untuk memasuki app BE4U.
Gambar di atas menunjukkan aplikasi BE4U yang boleh di muat turun secara percuma.
3) Buat pembelian dalam aplikasi BE4U
Langkah ketiga adalah membuat pembelian Shiruto dengan menggunakan aplikasi BE4U.
Harga ahli untuk sekotak Shiruto di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan tertera di dalam aplikasi BE4U.
Anda juga boleh nampak promosi untuk pakej pembelian beberapa kotak Shiruto dengan hadiah percuma.
Setelah anda membuat pembelian, anda akan menerima invois pembelian rasmi daripada BE International.
Jika jumlah pembelian anda melebihi RM300.00, kos penghantaran ke seluruh Malaysia adalah percuma.
Mulai bulan Julai 2024, kotak Shiruto telah di tukar ke rekaan baru yang lebih kecil dan padat.
Gambar di atas membandingkan kotak Shiruto baru dengan kotak yang lama.
Notis syarikat
Di bahagian ini, izinkan saya jelaskan mengapa banyak orang tidak mahu mendaftar sebagai ahli BE International untuk membeli produk Shiruto.
Salah satu sebabnya ialah kerana terdapat banyak produk Belixz Shiruto yang di senaraikan di laman online platform pihak ketiga.
Banyak kali pembaca blog saya bertanya, “Mengapa produk Shiruto begitu murah di Shopee dan Lazada?”
Jika mereka boleh beli Shiruto dengan harga yang lebih murah di laman tersebut, tentunya lebih mudah dan mereka juga dapat menjimat wang.
Memang betul pemikiran mereka.
Kalau saya jumpa produk yang saya ingin beli di Shopee atau Lazada dengan harga yang lebih murah, saya pun juga akan beli di sana.
Tidak perlulah bersusah payah untuk mendaftar sebagai ahli BE semata-mata untuk membeli produk.
Di bahagian atas, saya telah berkongsi pautan ke satu artikal yang menjelaskan 7 manfaat dan kebaikan menjadi ahli BE International.
Manfaat utama menjadi ahli BE adalah jamin produk-produk yang anda beli daripada syarikat adalah 100% tulen dan original.
Mengapa jaminan ini penting?
Saya akan memberikan penjelasan.
Tahu tak mengapa produk Belixz Shiruto begitu murah di laman platform pihak ketiga?
Ini adalah kerana mereka menjual produk Shiruto tiruan!
Mengapa ada penjual yang sanggup menjual produk Shiruto tiruan di laman tersebut?
Sudah tentunya untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.
Oleh kerana terdapat permintaan untuk produk Shiruto yang tinggi di pasaran, tentunya ada scammer yang ingin menjana duit dengan cepat dan senang.
Siapakah yang akan rugi?
Tentunya para pembeli yang tertipu dengan harga jualan yang murah.
Isu produk palsu atau tiruan di laman-laman platform pihak ketiga bukan satu isu yang baru.
Sudah bertahun-tahun isu ini telah wujud.
Tetapi kebelakangan ini, lebih banyak produk Shiruto tiruan di senaraikan di laman-laman tersebut.
Syarikat BE sedar masalah ini berlaku dan telahpun membuat laporan polis dan membuat aduan kepada pemilik platform-platform pihak ketiga.
Walaupun tindakan telah di ambil dengan menurunkan senarai produk Shiruto tiruan, tetapi masih ada scammer baru yang muat naik listing produk Shiruto tiruan yang baru.
Apa yang syarikat BE telah lakukan ialah mengeluarkan satu notis yang memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membeli Shiruto tiruan di platform pihak ketiga.
Anda boleh membaca notis tersebut di bawah.
Seperti yang tertera di dalam notis, syarikat BE ingin memaklumkan bahawa terdapat produk tiruan Belixz Shiruto yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak sah.
BE memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.
Yang paling buruk, produk tiruan tersebut akan membawa risiko kepada kesihatan para pengguna.
Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan Shiruto dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.
Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.
Apakah langkah lain yang di ambil syarikat BE untuk melindungi para pengguna?
Untuk melindungi para pengguna daripada produk-produk tiruan, syarikat BE telah menyertai HKRMA.
Kerjasama HKRMA
Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.
HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.
Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.
Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.
Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.
Kesimpulan
Jika anda berminat dengan Shiruto dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima produk tulen yang di impot dari negara Jepun adalah dengan mengikuti 3 langkah yang tertera di atas.
Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.
Untuk memastikan para pengguna mendapat produk yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya jangan membeli produk-produknya daripada laman-laman pihak ketiga.
BE juga telah menyertai HKRMA dan komited dengan Skim No Fake Pledge persatuan tersebut.
Anda sebagai seorang pengguna yang bijak, berwaspadalah dengan produk tiruan!
Jangan terpedaya dengan tawaran produk Shiruto yang murah di atas talian.
Untuk memastikan anda menerima Shiruto yang tulen, ikutilah nasihat yang tertera di dalam poster di atas.
Hanya beli Shiruto daripada syarikat BE sahaja untuk kualiti dan ketulenan yang terjamin.
Bermulalah dengan mendaftar sebagai ahli BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment