5 Tips Cara Membina Downline MLM Yang Berkesan & Efektif

Saya masih ingat hari pertama saya mendaftar sebagai ahli sebuah syarikat multi level marketing (MLM).

Sponsor atau penaja saya mengajar saya cara yang paling cepat untuk menaiki pangkat atau ranking di dalam perusahaan pemasaran rangkaian (network marketing) saya.

Saya adalah seorang suri rumah.

Upline saya juga adalah seorang suri rumah.

Upline upline saya juga adalah seorang suri rumah!

Saya berfikir, macam mana sekumpulan suri rumah dapat membina bisnes MLM?

Ini adalah satu cabaran yang amat besar!

Walau bagaimanapun, saya berhasrat untuk berjaya di dalam perniagaan MLM saya.

Oleh itu, saya mengikuti semua tunjuk ajar daripada Upline saya.

Selepas 3 tahun, saya bersyukur dapat mencapai kejayaan di dalam perusahaan MLM saya.

Walaupun ketiga-tiga cuma suri rumah, kami dapat menjana pendapatan yang lumayan daripada bisnes MLM.

Pendapatan daripada perniagaan MLM saya telah membolehkan saya mencapai salah satu impian saya iaitu memiliki sebuah rumah mewah.

Saya dan Upline saya telah mencapai ranking yang agak tinggi.

Upline upline saya pula telah mencapai ranking yang paling tinggi di dalam syarikat MLM dan jumlah pendapatannya sebulan mencapai 6 angka dalam Ringgit Malaysia (RM).

Ini adalah cerita perjalanan 3 orang suri rumah yang berjaya di dalam perniagaan MLM di Malaysia.

Syarikat jualan langsung

Tahukah anda saiz industri jualan langsung di Malaysia?

Mengikut laporan media daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP):

Malaysia kini menduduki tangga ketujuh di dunia dengan nilai jualan tahunan sebanyak RM 18.7 bilion dan kekal di tangga keempat bagi rantau Asia Pasifik untuk tahun 2019.

KPDNHEP

Syarikat jualan langsung Malaysia yang manakah menjana jumlah jualan tersebut?

Malaysia mempunyai beratus-ratus buah syarikat jualan langsung yang berlesen dan banyak lagi syarikat yang tidak berlesen.

Syarikat jualan langsung besar yang berlesen kebanyakan adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

DSAM kini mempunyai lebih 120 buah syarikat jualan langsung Malaysia yang menjadi ahli.

Syarikat-syarikat tersebut adalah:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • SK Networks Retails (SK Magic)
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia mempunyai banyak syarikat jualan langsung besar yang berlesen.

Jika anda adalah ahli salah sebuah syarikat jualan langsung di atas, tips-tips di bawah mungkin akan membantu anda membina downline dengan lebih berkesan.

Cara membina downline

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi 5 tips cara membina downline MLM dengan berkesan yang berdasarkan pengalaman saya membina rangkai di tempatan dan luar negara.

1. Gunakan strategi yang berkesan

Apakah yang di maksudkan dengan “strategi”?

Secara ringkas, strategi adalah langkah-langkah spesifik yang anda perlu ambil untuk mencapai sesuatu matlamat.

Dari segi strategi yang spesifik, langkah-langkah yang anda perlu lakukan boleh di tulis dan di senaraikan di atas kertas untuk mencapai matlamat anda.

Kalau anda baru sahaja membina rangkaian, anda mungkin berhasrat untuk cuba strategi sendiri.

Nasihat saya adalah…jangan!

Ikut sahaja strategi yang di gunakan oleh Upline anda yang berjaya.

Strategi yang mereka gunakan adalah terbukti berkesan.

2. Strategi mesti ringkas dan boleh di duplikasi

Strategi yang anda gunakan untuk membina downline di dalam rangkaian anda haruslah ringkas dan boleh di ikuti oleh sesiapa pun.

Tahu tak mengapa?

Strategi yang di gunakan haruslah ringkas supaya anda boleh ajar downline anda mengikutinya.

Seterusnya, downline anda boleh mengajar strategi tersebut kepada kumpulannya.

Ini adalah duplikasi strategi yang berkesan.

3. Dapatkan pengalaman

Tips yang ketiga adalah mendapatkan pengalaman.

Hanya satu cara sahaja untuk mendapatkan pengalaman iaitu dengan mengambil tindakan.

Anda perlu mengambil tindakan dengan melaksanakan kesemua langkah-langkah yang tertera di dalam strategi.

Seterusnya, anda harus mengajar dan mendorong downline anda untuk mengambil tindakan juga.

Apabila anda dan downline anda menpunyai pengalaman yang mendalam di dalam aktiviti membina rangkaian MLM, pendapatan anda tentunya akan meningkat.

4. Memberi sumbangan

Di sini, memberi sumbangan bukan dari segi sumbangan kewangan.

Maksud saya memberi sumbangan adalah dengan mengajar dan berkongsi kemahiran dan pengalaman anda dengan cara blogging, Facebook Live, YouTube Live dan seterusnya.

Objektif anda adalah untuk membina komuniti atau followers dengan setiap perkongsian pengalaman anda di laman internet and medan sosial.

Kini, anda boleh membantu bukan sahaja downline di dalam rangkaian anda, bahkan anda dapat membantu semua orang di dalam industri MLM.

5. Menjadi KOL

Tahukah anda maksud KOL?

KOL adalah Key Opinion Leaders.

Bila anda mengajar dan berkongsi pengalaman anda kepada semua orang di dalam industri MLM, lambat-laun komuniti, fans ataupun followers anda akan meningkat.

Justeru, anda akan menjadi KOL di dalam industri MLM.

Apabila anda mencapai status KOL, anda akan di kenali sebagai seorang pakar yang berpengaruh yang boleh membina rangkai MLM yang besar di mana sahaja.

Oleh itu, anda akan menarik lebih banyak orang untuk menghubungi anda yang berhasrat untuk menjadi downline anda.

Nampak tak dengan mengikuti tips ini, anda tidak perlu khuatir lagi untuk mencari prospek baru untuk rangkaian anda.

Cabaran bisnes MLM

Walaupun anda telah melakukan 5 langkah di atas, sebagai seorang pengusaha perniagaan MLM, anda tentunya akan menghadapi satu cabaran.

Apakah cabaran tersebut?

Ia adalah ahli-ahli berhenti ataupun quit bisnes MLM mereka.

Pernahkah downline di dalam rangkaian anda berhenti membina rangkaian MLM mereka?

Daripada pengalaman saya, sudah banyak orang daripada rangkaian saya berhenti membina bisnes mereka.

Satu barisan terbesar saya yang menjana lebih RM80,000 hasil penjualan setiap bulan hilang kerana beberapa orang ketua di dalam barisan tersebut berhenti.

Secara ikhlas, ia adalah amat mengecewakan kerana saya dan suami saya telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk membimbing, melatih dan mendorong banyak ahli di dalam barisan tersebut.

Walaupun banyak ahli telah berhenti dari rangkaian, kami tetap berusaha untuk membina barisan-barisan yang baru.

Mommy Lynn

Di atas adalah saya dan suami saya membuat field work untuk mencari orang baru dalam rangkaian MLM kami.

Tahukah mengapa banyak orang yang telah berdaftar sebagai ahli sesebuah syarikat MLM, cuba membina rangkaian mereka dan berhenti selepas beberapa minggu atau beberapa bulan?

Daripada mengalaman saya, terdapat satu sebab utama mengapa banyak orang berhenti di dalam industri MLM.

Sebab tersebut adakah kurang keyakinan pada diri sendiri.

Kebanyakan orang di masyarakat kurang keyakinan pada diri sendiri dan tidak percaya yang mereka boleh berjaya.

Mungkin mereka tidak berkongsi situasi mereka kepada anda, tetapi di dalam hati, mereka tetap ragu-ragu terhadap kebolehan mereka.

Mengapa keraguan ini berlaku?

Kebanyakan orang, mereka kerap menerima kasih sayang dan penjagaan daripada ibu dan bapa sejak kecil hinggalah ke dewasa.

Mereka mempunyai persekitaran yang “selamat” dan “terlindung”.

Mereka jarang mengalami pengalaman “kegagalan” atau failure di dalam hidup mereka.

Tetapi, orang yang selalu “terlindung” daripada sakit pahit kegagalan, mereka mempunyai perasaan “tidak layak” untuk mendapat kejayaan.

Mereka selalu keraguan atas kebolehan diri sendiri kerana tidak berpeluang untuk mengalami perasaan kegagalan di hidup mereka.

Bila mereka cuba membina bisnes MLM, kegagalan merekrut orang baru ataupun membuat penjualan adalah perkara yang sangat biasa.

Apabila seseorang yang biasa “terlindung” daripada kegagalan, rejection daripada bisnes MLM akan mempengaruhi perasaan mereka.

Apabila kawan-kawan, saudara mara atau rakan kerja menolak jemputan mereka untuk menerokai peluang perniagaan MLM, mereka rasa tersinggung dan sedih justeru mereka akan rasa kurang keyakinan.

Sebenarnya, penolakan atau rejection adalah perkara biasa bukan sahaja di industri MLM, bahkan ianya adalah perkara yang biasa dalam semua jenis perniagaan.

Untuk saya dan suami saya, ia adalah perkara biasa apabila orang menolak peluang perniagaan yang kami berkongsi.

Mommy Lynn

Gambar di atas di ambil setelah saya berkongsi peluang perniagaan pemasaran rangkaian (network marketing) dengan seorang prospek baru.

Kami tidak terasa tersinggung apabila mendapat rejection.

Saya faham terdapat banyak orang yang tidak sanggup menerima penolakan daripada kawan-kawan, saudara mara atau rakan kerja mereka.

Jadi, mereka akan berhenti membina bisnes MLM mereka sama sekali.

Oleh itu, janganlah bimbang apabila ada orang di dalam rangkaian anda berhenti.

Kini, ada faham sebabnya.

Kesimpulan

Jika anda adalah seorang pengusaha bisnes MLM dan anda berhasrat untuk meningkatkan pendapatan anda, aktiviti yang anda perlu buat adalah mencari dan sponsor lebih banyak downline ke dalam rangkaian anda.

Kebanyak orang yang baru tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan downline kerana mereka tidak mengikuti strategi yang berkesan.

Untuk pengusaha-pengusaha yang telah lama di industri MLM, mereka tidak dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih cepat kerana mereka tidak membuat tips yang keempat dan kelima yang saya telah kongsi di atas.

Perniagaan MLM adalah satu model bisnes yang mulia. Tetapi, banyak orang gagal dan berhenti kerana mereka tidak tahu bagaimana mencari downline.

Di harapkan perkongsian saya di artikal ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Kalau anda berhasrat untuk membina rangkaian MLM dengan system yang berkesan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-07-18T07:54:35+08:00 July 17th, 2022|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment