Bagaimana Mendaftar Sebagai Ahli BE International

Terima kasih kerana mengunjungi Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Will & Lynn

Di atas adalah gambar saya dan suami saya, Will ketika kami melancong ke Osaka, Jepun pada bulan November 2022.

Pakej perlancongan kami ke Jepun di taja sepenuhnya oleh BE melalui kempen BE Lifestyle Travel yang kami layak dan mendapat 2 tiket.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk-produk di jual dengan harga runcit (harga bukan ahli) dan juga harga ahli.

Kalau anda berhasrat untuk membeli produk-produk BE, tentu sekali anda di galakkan untuk mendaftar sebagai ahli kerana ia lebih berbaloi.

Harga ahli adalah lebih murah berbanding dengan harga bukan ahli.

Anda mungkin bertanya, “Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli BE International?

Di artikal ini, saya akan berkongsi 6 langkah ringkas untuk mendaftar sebagai ahli BE dengan menggunakan sistem pendaftaran ahli layan sendiri atau self service member registration platform.

Adalah di syorkan supaya anda menggunakan tablet ataupun telefon pintar yang mempunyai kamera untuk membuat pendaftaran.

Anda juga perlu mempunyai WiFi internet yang stabil atau pelan data internet.

Langkah 1

Langkah pertama untuk mendaftar sebagai ahli BE ialah mendapatkan seorang penaja atau sponsor.

Mengapa anda memerluken seorang penaja untuk mendaftar sebagai ahli BE?

Izinkan saya menjelaskannya.

Tanggungjawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.

Semua produk-produk daripada BE adalah barangan premium dan berkualiti.

Oleh itu, bila anda membeli barangan BE, anda seharusnya mendapat khidmat servis yang premium juga.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan produk-produk daripada BE, anda cuma perlu mesej penaja anda.

Penaja anda akan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan anda.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk menelefon General Phone Line syarikat BE.

Kalau anda berminat untuk menerokai peluang perniagaan BE International, penaja anda juga boleh menolong dan membimbing anda.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.

BE International penaja

Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.

Langkah 2

Di laman BE Business Card, klik butang “Daftar Sekarang” dan anda akan pergi ke laman Register atau Pendaftaran.

Di laman ini, anda boleh memilih pendaftaran ahli untuk 5 buah negara.

Negara-negara yang boleh di pilih untuk pendaftaran ahli adalah Malaysia, Singapura, Hong Kong, Brunei and Indonesia.

Jika anda adalah Penduduk Tetap atau Permanent Resident (PR) negara-negara di atas, anda boleh memilih negara yang anda kini sedang menetap.

BE4U Registration Country

Bagaimana kalau anda bukan warganegara negara yang di senaraikan?

Tidak perlu bimbang.

Anda masih boleh mendaftar sebagai ahli BE Malaysia dengan menggunakan passport anda.

Setelah anda memilih negara pendaftaran, anda boleh memilih bahasa yang di ingini.

Anda boleh memilih Bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Cina ringkas ataupun bahasa Cina tradisional.

Setelah memilih bahasa yang di ingini, masukkan numbor kad pengenalan, nombor kad Penduduk Tetap ataupun nombor passport anda.

Klik butang “Seterusnya” untuk ke laman seterusnya.

Langkah 3

Langkah ketiga di dalam proses pendaftaran ahli BE International ialah melaksanakan Electronic Know Your Customer (eKYC) atau Mengenali Pelanggan Anda Secara Elektronik.

Untuk melaksanakan eKYC, anda di kehendaki mengambil gambar kad pengenalan (depan dan belakang) anda.

BE4U eKYC

Di laman pendaftaran ahli, klik butang hijau “Start” untuk mulakan proses eKYC.

Ada banyak orang yang bertanya saya, mengapakah mereka perlu melaksanakan proses eKYC untuk mendaftar sebagai ahli BE International?

Proses eKYC adalah polisi digital yang kehendaki oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank Negara Malaysia today issued a policy document on Electronic Know-Your-Customer (e-KYC). The policy document aims to accelerate and streamline practices of industry players in their adoption of e-KYC technology, the online process of identifying and verifying individual customers.

Bank Negara Malaysia, 30 hari bulan Jun 2020.

Objektif perlaksanaan eKYC adalah untuk mengenali, mengesah dan melindungi anda daripada kecurian identity atau identity theft.

Walaupun proses eKYC adalah keperluan industri servis kewangan digital, BE International, sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang dinamik dan inovatif telah melaksanakan proses eKYC untuk pendaftaran semua ahi baru.

Ini adalah untuk memastikan semua proses perniagaan dapat memenuhi semua keperluan semasa di masa depan.

Untuk mengenali lebih lanjut proses eKYC, tontoni video di bawah.

BE4U eKYC

Langkah 4

Selepas anda telah mengambil gambar kad pengenalan anda, tunggu 2 – 3 minit untuk sistem komputer melaksanakan pengesahan informasi.

Selepas pengesahan telah di sah dan di luluskan, anda boleh masukkan butir-butir peribadi seperti nombor telefon, alamat penghantaran, email, nombor bank dan seterusnya.

Selepas itu, anda boleh mula membeli produk BE yang anda ingini.

Langkah 5

Langkah yang ke lima adalah proses pembayaran.

Selepas anda telah memilih produk yang anda ingin beli, klik ikon Shopping Cart yang terletak di bahagian kanan untuk ke laman pembayaran.

Di dalam platform tersebut, anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit, kad debit atau dengan perbankan online (FPX).

Kalau anda membuat pembayaran dengan kad kredit atau debit, anda perlu masukkan One Time Pin untuk mulakan proses transaksi.

Selepas pembayaran kad telah di luluskan, anda akan di arahkan ke laman invois di mana anda boleh muat turun invois pembelian anda dalam file PDF.

Selepas itu, kod keahlian atau IBO Code anda dan kata laluan sementara akan di hantar ke email anda.

Anda boleh menggunakan nombor IBO Code dan kata laluan sementara untuk akses aplikasi BE4U untuk ahli BE International.

Sebelum anda masuk, anda perlu mengedit kata laluan baru dan juga e-pin untuk akses fungsi e-wallet keahlian anda.

Langkah 6

Selain daripada platform BE4U untuk ahli, BE International juga mempunyai aplikasi tablet dan telefon pintar BE4U untuk kegunaan semua ahli.

Aplikasi BE4U boleh di gunakan untuk membeli barangan BE dan juga membuat pengurusan akaun anda.

BE4U application

Gambar di atas menunjukkan aplikasi BE4U yang anda boleh muat turun secara percuma dari Google Playstore, Huawei AppGallery dan Apple Appstore.

Terima kasih kerana membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Kalau anda mempunyai soalan, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2023-07-02T17:34:12+08:00 July 1st, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment