Income Tax Malaysia Form CP58 Untuk Bisnes MLM

Adakah anda seorang pengusaha bisnes multi level marketing (MLM) atau network marketing (pemasaran rangkaian)?

Adakah anda seorang agen insuran, agen unit trust, agen hartanah ataupun anda seorang pengusaha dalam industri jualan langsung?

Pejabat LHDN

Kalau jawapan anda adalah YA untuk soalan-soalan di atas, perkongsian saya di dalam artikal ini mungkin dapat membantu anda.

Terlebih dahulu, saya ingin membuat penafian (disclaimer), saya BUKAN seorang pakar cukai pendapatan.

Informasi di dalam artikal ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila dapatkan nasihat daripada pakar atau konsultan cukai pendapatan di Malaysia.

Pendapatan perniagaan

Saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industri jualan langsung /multi level marketing (MLM) di Malaysia sejak tahun 2018.

Pendapatan daripada bisnes MLM kami agak baik dan setiap tahun kami akan mengisytiharan pendapatan tahunan kami untuk tujuan membayar cukai pendapatan.

Kalau anda seorang pengusaha perniagaan jualan langsung, saya pasti anda tahu bahawa komisen atau bonus daripada bisnes anda perlu di bayar cukai pendapatan atau income tax.

Tapi, ada sejenis pendapatan daripada bisnes MLM yang kebanyakan orang tidak tahu mereka perlu buat pengisytiharan.

Biar saya jelaskan.

Saya dan isteri bermula membina perniagaan kami di dalam industri jualan langsung sejak bulan Mac 2018.

Kami mempunyai pelanggan-pelangan di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Brunei, Australia dan sebagainya.

Komisen kami akan di kira setiap akhir bulan dan akan di bayar minggu pertama bulan kemudian.

Selain daripada bonus bulanan yang di bayar oleh syarikat, ada lagi sejenis pendapatan yang banyak pengusaha yang lupa untuk membuat pengisytiharan.

Sebenarnya kami juga lupa membuat pengisytiharan.

Sebagai contoh, syarikat jualan langsung yang kami berkerjasama mempunyai Campaign World Traveler untuk pergi keluar negara yang kami boleh FIGHT sebanyak dua kali setahun.

Saya dan isteri saya telah banyak kali melayakkan diri dalam kempen-kempen tersebut.

Untuk 4 tahun yang lepas, kami pernah layak untuk pakej perlancongan ke :

  • Hokkaido, Jepun
  • Melborne, Australia
  • Osaka, Jepun
  • Dubai, United Arab Emirates
  • Istanbul, Turkey

Untuk tahun 2021, kami layak untuk pergi ke Osaka, Jepun sekali lagi.

Selain daripada rombongan ke luar negara, kami juga dapat Product Voucher daripada syarikat yang boleh di gunakan untuk membeli produk-produk syarikat.

Jumlah pakej ke luar negara dan voucher-voucher yang kami terima untuk 3 tahun yang lepas adalah berpuluh-puluh ribu ringgit.

Tetapi, kami tidak tahu yang kami perlu melaporkan kos pakej perlancongan dan voucher kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jadi ceritanya begini.

Pada pertengahan tahun 2021, isteri saya terima panggilan daripada seorang pegawai daripada LHDN.

Oleh kerana pada masa itu Malaysia masih dalam MCO, kami terpaksa bertemu pegawai tersebut secara online.

LHDN mendapati cukai pendapatan yang kami bayar beberapa tahun lepas adalah kurang daripada rekod mereka.

Untuk pengetahuan, rekod pendapatan bulanan daripada bisnes MLM anda akan di hantar oleh syarikat kepada LHDN.

Oleh itu, LHDN tahu berapa pendapatan bulanan dan tahunan anda.

Kalau anda pernah mendapat pakej rombongan ke luar negara percuma atau dapat voucher, rekod pendapatan anda akan di hantar ke LHDN dalam bentuk Form CP58.

Apa itu Form atau Borang CP58?

Mengikut laman amacc.com.my, Form CP58 adalah:

Penyata bayaran insentif berbentuk wang tunai dan bukan wang tunai kepada Ejen, Pengedar atau Pengagih (Seksyen 83 Akta Cukai Pendapatan 1967).

Insentif dalam bentuk wang tunai adalah komisen dan bonus.

Insentif dalam bentuk bukan wang tunai adalah seperti produk syarikat, kereta dan rumah, pakej perlancongan, emas dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila layar ke laman https://www.amacc.com.my/2020/06/26/borang-cp-58/

Apakah keputusan selepas saya dan isteri saya berbincang dengan pegawai LHDN?

Kami telah di arahkan untuk mengisytiharkan jumlah pendapatan dari segi pakej perlancongan dan voucher untuk 3 tahun yang lepas kepada LHDN.

Oh, kami juga perlu bayar penalti!

Kalau ada seorang agen insuran, unit trust ataupun anda berkecimpung dalam industri jualan langsung, ingat, kalau anda pernah dapat pakej perlancongan percuma, anda mesti mengisytiharkan jumlah insentif anda kepada LHDN.

Dapatkan Form / Borang CP58 anda daripada syarikat untuk membuat pengesahan.

Kalau tidak, anda mungkin akan mendapat panggilan daripada pegawai LHDN.

Di harapkan perkongsian pengalaman kami dapat membantu anda.

Sekian terima kasih.

Kalau anda adalah seorang bekas ketua atau leader industri MLM dan kini anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-02-07T17:20:12+08:00 February 6th, 2022|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment