Personal Branding MLM – Tip Untuk Berjaya Dalam MLM

Di artikal ini, saya ingin berkongsi mengenai topik Penjenamaan Diri ataupun Personal Branding untuk berjaya di dalam industri multi level marketing (MLM) ataupun network marketing.

Working Muslim Lady

Kalau anda adalah seorang pengusaha bisnes MLM yang sedang mengalami cabaran untuk membina perniagaan anda di zaman norma baru atau new norm, artikal ini mungkin dapat membantu anda.

Penjenamaan Diri atau Personal Branding boleh membantu anda menyelesaikan salah satu cabaran besar yang di alami oleh semua orang yang berkecimpung di dalam industri MLM iaitu “memperbezakan diri anda daripada pengusaha-pengusaha MLM yang lain”.

Di dalam Bahasa Inggeris, ia kenali sebagai Differentiation Factor.

Bila kita berbincang topik jenama, kebanyakan orang akan terfikir jenama-jenama dari syarikat besar di Malaysia seperti Maybank, TNB, TM, Maxis, Proton, Sime Darby dan sebagainya.

Tetapi, apa yang saya ingin berkongsi di artikal ini adalah untuk membantu anda dari segi mengembangkan bisnes MLM dengan membina jenama diri anda.

Oleh itu, penjenamaan diri adalah berbeza daripada jenama produk.

Mengapa perlu membina jenama diri?

Anda harus membina penjenamaan diri anda di atas talian (online) dan juga di medan sosial supaya orang ramai dapat mengenali anda, prinsip dan juga kepakaran anda.

Apakah yang anda perlu lakukan untuk membina jenama anda?

Sebagai contoh, di medan sosial seperti Facebook, anda perlu berkongsi aktiviti-aktiviti harian anda.

Anda perlu berkongsi pemikiran dan pengalaman anda.

Anda perlu berkongsi kejayaan dan juga kegagalan anda di dalam perjalanan anda membina perniagaan MLM.

Anda juga boleh menulis artikal-artikal melalui blogging.

Untuk blogging, anda haruslah kerap menulis dan menerbitkan artikal-artikal dengan kandungan yang berguna kepada pengusaha-pengusaha perniagaan MLM yang lain.

Contohnya adalah artikal-artikal yang saya telah terbitkan di blog ini.

Mengapa anda harus berbuat demikian?

Anda membuat demikian supaya anda menjadi seorang yang di minati.

Anda mungkin bertanya, “Siapa yang berminat dengan aktiviti harian saya?”

“Saya bukan seorang selebriti!”.

Tahu tak siapa yang akan berminat dengan aktiviti harian anda?

Mari kita berfikir.

Anda adalah seorang pengusaha perniagaan MLM.

Mungkin anda telah berjaya menjual satu ataupun dua produk syarikat MLM tempatan yang anda telah mendaftar sebagai ahli.

Anda mungkin berjaya sponsor atau penaja ahli baru ke dalam rangkaian anda.

Anda mungkin telah menerima bonus atau komisen bulanan daripada syarikat MLM.

Tahu tak siapa akan berminat dengan aktiviti harian anda?

Golongan yang akan berminat adalah “orang baru” yang baru-baru sahaja mendaftar sebagai ahli sebuah syarikat MLM.

Orang yang tidak dapat menjual satu produk pun kecuali untuk kegunaan ahli keluarga sendiri akan berminat dengan perkongsian anda.

Orang yang tidak pernah sponsor satu orang pun walaupun telah berbulan-bulan menjadi ahli syarikat MLM akan berminat dengan cerita anda.

Itulah demografik orang-orang yang akan berminat dengan perkongsian aktiviti harian anda.

Mereka ingin tahu aktiviti harian anda kerana mereka juga ingin berjaya di dalam perniagaan MLM mereka.

Anda adalah seorang yang telah berjaya menjana pendapatan daripada bisnes MLM berbanding dengan orang baru di dalam industri ini.

Itu adalah jenama anda!

Kebanyakan orang yang membina rangkaian MLM keliru akan topik penjenamaan diri sendiri.

Anda bukannya produk syarikat.

Anda juga bukan peluang perniagaan syarikat.

Anda adalah anda.

“Anda” adalah jenama anda

Apa yang perlu di buat?

Jadi, apakah yang anda perlu buat untuk membina jenama anda?

Salah satu perkara yang anda boleh buat adalah dengan membuat Facebook Live.

Doing Facebook Live

Di atas adalah gambar saya semasa membuat persediaan untuk membuat Facebook Live.

Sebelum anda membuat Facebook Live, anda perlu berfikir, apakah perasaan fans, peminat ataupun followers anda akan rasa setelah menonton video anda.

Apabila mereka membaca artikal, mendengar atau menonton perkongsian anda di medan sosial, apakah manfaat yang mereka akan dapat?

Di sini, saya ingin membuat satu cadangan.

Bila anda berkongsi di medan sosial, ianya haruslah memberikan pendidikan, inspirasi, motivasi dan seterusnya gaya hidup (lifestyle).

Ingat, orang yang baru di dalam industri MLM ingin mengetahui apakah aktiviti harian yang berkesan yang mereka perlu buat untuk berjaya.

Mereka ingin tahu kerja-kerja dan juga pengorbanan yang di perlukan di sebalik gaya hidup seorang ketua atau leader yang berjaya di dalam perniagaan MLM.

Perkongsian anda seumpayanya cerita atau drama kehidupan anda sebagai seorang pengusaha perniagaan MLM.

Itulah caranya anda membina penjenamaan diri (Personal branding) untuk bisnes anda.

Perkongsian field work

Mommy Lynn

Di bahagian ini, saya akan berkongsi salah satu aktiviti field work saya dan suami saya dalam membina bisnes MLM kami.

Di atas adalah gambar saya semasa berjumpa dengan seorang prospek baru.

Nama beliau adalah Pn. A.

Pn. A menghubungi saya setelah membaca salah satu artikal yang saya telah tulis dan terbitkan di blog ini.

Untuk mendapatkan prospek baru, strategi yang saya gunakan adalah Pemasaran Tarikan atau Attraction Marketing.

Pn. A berhasrat untuk membina satu sumber pendapatan yang baru dan ingin menerokai bisnes MLM.

Impian Pn. A adalah untuk membina satu sumber pendapatkan yang dapat menjana RM5000 sebulan.

Setelah saya mempersembahkan pelan pemasaran syarikat MLM yang saya dan suami saya bekerjasama, Pn. A terus mendaftar sebagai ahli dan menjadi frontline saya.

Ini adalah salah satu manfaat jika anda membina jenama diri anda dengan betul.

Setiap hari, prospek-prospek yang anda tidak kenali akan menghubungi anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai peluang perniagaan MLM anda.

Inilah KUASA Personal Branding untuk bisnes MLM.

Sampai sini sajalah perkongsian saya di dalam artikal ini.

Di harapkan ianya dapat membantu.

Kalau anda adalah seorang bekas ketua atau leader industri MLM dan kini anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-10-23T14:22:07+08:00 October 22nd, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment