3 Teknik Merekrut Agen MLM Yang Harus Di Elakkan

Merekrut agen baru untuk bisnes adalah satu cabaran yang kerap di alami oleh banyak pengusaha-pengusaha MLM di Malaysia.

Adakah dulu anda dapat rekrut ataupun sponsor agen-agen baru ke rangkaian anda dengan mudah tetapi kebelakangan ini anda tidak dapat rekrut sesiapa pun?

Masalah mencari prospek baru di alami oleh orang yang lama dan juga orang yang baru menyertai bisnes multi level marketing (MLM).

Bukan sahaja anda tidak dapat rekrut orang baru, bahkan orang lama di dalam rangkaian anda telah pun berhenti mengusahakan bisnes MLM mereka.

Jika anda sedang mengalami cabaran merekrut agen baru, ini bukannya masalah anda seorang.

Saya mengenali banyak ketua-ketua atau leader yang telah bertahun-tahun menbina bisnes MLM juga menghadapi cabaran merekrut agen baru untuk bisnes mereka.

Pernahkah anda bertanya, kenapa situasi ini berlaku?

Tentunya ada sebab mengapa banyak pengusaha bisnes MLM menghadapi cabaran ini.

Kebanyak orang baru yang menyertai MLM akan di ajar teknik rekrut agen oleh upline mereka.

Terdapat teknik yang berkesan dan juga teknik-teknik yang anda harus elakkan.

Teknik-teknik merekrut agen

Di bahagian ini, saya akan berkongsi 3 teknik merekrut agen MLM yang harus di elakkan.

1. Hanya menghubungi pasaran hangat anda

Kebanyakan orang baru yang menyertai bisnes MLM akan di ajar oleh upline untuk menyediakan senarai nama.

Nama-nama di dalam senarai tersebut haruslah daripada pasaran hangat ataupun warm market anda.

Nama-nama dari pasaran hangat anda terdiri daripada adik beradik, sahabat karib, jiran-jiran, kawan karib dan juga rakan-rakan sepejabat.

Daripada pengalaman saya, menyediakan senarai nama daripada pasaran hangat anda bukannya tidak betul, tetapi teknik ini tidak sangat berkesan.

Tahu tak mengapa?

Teknik menghubungi semua orang dari senarai pasaran hangat anda tidak berkesan kerana mereka bukan orang yang berhasrat untuk membina perniagaan dari rumah ataupun home based business.

Kebanyak orang-orang di dalam senarai nama tersebut adalah golongan pekerja (employee) dan mereka selesa di dalam pekerjaan mereka.

Betul tak?

Jika anda menghubungi mereka and mempersembahan peluang perniagaan kepada mereka, tentunya mereka tidak berminat.

Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka mengenali dan percaya dengan anda, mereka akan penyertai rangkai MLM anda.

Tetapi mereka tidak berhasrat untuk membina perniagaan sama sekali.

Mereka hanyalah menjadi ahli biasa ataupun pengguna produk sahaja.

Kemungkinan selepas setahun, keahlian dengan syarikat jualan langsung mereka akan luput dan mereka akan meninggalkan rangkaian anda.

Teknik ini bukannya tidak betul, cuma keberkesanannya tidaklah begitu tinggi.

2. Memposisikan diri yang salah

Kebanyakan pengusaha-pengusaha MLM kerap membuat kesilapan ini.

Mereka salah memposisikan diri sendiri.

Saya akan jelaskan.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha MLM kerap memposisikan upline mereka sebagai “pakar” atau seorang yang berpengetahuan di depan orang yang mereka berhasrat untuk rekrut.

Di sebaliknya, anda harus memposisikan diri sendiri sebagai “pakar” ataupun orang yang berpengetahuan.

Anda harus memposisikan diri sendiri sebagai seorang yang mempunyai penyelesaian kepada masalah yang di hadapi oleh prospek anda.

Oleh itu, anda tidak harus menggunakan sudut produk, peluang perniagaan ataupun rangkaian syarikat sebagai penyelesaian untuk masalah prospek anda.

Anda seharusnya memposisikan diri anda sebagai seorang yang pakar yang boleh menyelesaikan masalah prospek anda.

Contohnya, kalau prospek anda menghadapi masalah gemuk badan, anda harus memposisikan diri anda sebagai seorang pakar yang boleh menolongnya mengurangkan berat badan.

Sebagai pakar, anda tahu produk yang mana satu adalah sesuai untuk prospek anda.

Kalau anda berbuat demikian, orang-orang yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan akan mencari anda untuk pendapatkan penyelesaian.

Nampak tak manfaat jika anda memposisikan diri anda dengan betul?

Anda tidak lagi perlu mengejar prospek. Di sebaliknya, prospek yang mengejar anda.

3. Membeli nombor-nombor prospek

Salah satu kesilapan yang paling besar pengusaha-pengusaha bisnes MLM buat dalam aspek merekrut agen-agen baru adalah membeli nombor-nombor prospek.

Banyak pengusaha-pengusaha MLM sanggup membeli nombor prospek daripada syarikat pemasaran kerana ia boleh menolong mereka mengembangkan rangkaian mereka dengan cepat.

Tapi, kos teknik ini adalah sangat tinggi.

Lagipun, anda tidak akan tahu kualiti prospek yang anda beli.

Kemungkinan, mereka tidak langsung berminat dengan peluang perniagaan MLM anda.

Teknik membeli nombor-nombor prospek akan mengakibatkan anda mengalami kerugian yang besar.

Kesimpulan

Terdapat banyak teknik yang anda boleh gunakan untuk merekrut agen-agen baru untuk bisnes MLM anda.

Banyak teknik-teknik yang di ajar oleh upline anda adalah berkesan.

Tetapi, terdapat juga teknik-teknik yang anda harus elakkan.

Di harapkan perkongsian saya mengenai 3 teknik merekrut yang anda harus elak dapat membantu anda.

Jika anda berhasrat untuk berjaya di dalam bisnes MLM dengan menggunakan teknik mencari agen ataupun prospek yang berkesan, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan kongsi informasi lebih lanjut.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-03-30T18:05:26+08:00 March 21st, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment