Cara Mendapatkan Prospek MLM – 5 Tips Berkesan

Adakah anda perlu aktif mencari prospek untuk perusahaan multi level marketing anda?

Pertemuan 2 kawan

Jawapannya adalah Ya!

Jika anda ingin berjaya dalam bisnes MLM, anda seharusnya aktif mencari prospek baru setiap hari.

Saya telah terlibat di dalam aktiviti membina rangkaian MLM sejak Mac 2018.

Terdapat banyak perkara yang telah berubah, terutamanya dari segi penggunaan laman web, medan sosial, rakaman siaran langsung (live streaming), teknologi dan aplikasi telefon pintar dalam perniagaan MLM.

Walaubagaimanapun prinsip-prinsip dasar perniagaan MLM tidak akan berubah.

Salah satu prinsip dasar adalah kerap mencari prospek untuk memperkenalkan peluang perniagaan anda.

Saiz industri

Berapa besarkah saiz industri jualan langsung di Malaysia?

Masyarakat yang tidak pernah berkecimpung di dalam industri jualan langsung, tidak tahu bertapa besarnya saiz industri.

Mengikut lembaran fakta dan data daripada World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), sebuah organisasi yang mewakili organisasi-organisasi jualan langsung daripada 170 buah negara, Malaysia berada di posisi ketujuh secara global di segi jumlah jualan.

Pada tahun 2020, jumlah jualan industri jualan langsung di Malaysia adalah lebih daripada USD6.97 Billion!

Mengikut statistik daripada WFDSA, 10 pasaran jualan langsung yang terbesar di dunia adalah:

1) Amerika Syarikat (USD40.1 Billion)
2) China (USD19.18 Billion)
3) Jerman (USD17.96 Billion)
4) Korea Selatan (USD17.74 Billion)
5) Jepun (USD15.41 Billion)
6) Brazil (USD8.25 Billion)
7) Malaysia (USD6.97 Billion)
8) Mexico (USD5.27 Billion)
9) Perancis (USD5.13 Billion)
10) Taiwan (USD4.46 Billion)

Syarikat jualan langsung

Berdasarkan data daripada WFDSA, pada tahun 2020 industri jualan langsung Malaysia mencapai jumlah jualan USD6.97 Billion.

Syarikat jualan langsung Malaysia yang manakah menjana jumlah jualan tersebut?

Malaysia mempunyai beratus-ratus buah syarikat jualan langsung yang berlesen dan banyak lagi syarikat yang tidak berlesen.

Syarikat jualan langsung besar yang berlesen kebanyakan adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

DSAM kini mempunyai lebih 120 buah syarikat jualan langsung Malaysia yang menjadi ahli.

Syarikat-syarikat tersebut adalah:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia mempunyai banyak syarikat jualan langsung besar yang berlesen.

Jika ada adalah ahli salah satu syarikat jualan langsung di atas, anda mempunyai peluang untuk berjaya dalam usaha anda.

Multi level marketing adalah sejenis perniagaan yang melibatkan hubungan and perkenalan di antara satu sama lain.

Jika anda baru sahaja bermula dalam perusahaan MLM, jangan bimbang.

Saya akan berkongsi 5 tips untuk membantu anda dalam aktiviti mencari prospek.

1. Persediaan

Tips yang pertama adalah persediaan minda anda.

Anda mesti mempunyai corak pemikiran yang betul.

Jika anda meragui atau tidak percaya pada diri sendiri, anda tidak akan mengambil tindakan.

2. Latihan

Apakah perbezaan di antara amatur berbanding dengan pakar-pakar dalam bisnes MLM dari segi mencari prospek?

Perbezaannya adalah jumlah masa yang di gunakan untuk membuat latihan.

Adakah anda mengenali Tiger Woods?

Tiger Woods adalah seorang pemain sukan golf professional yang terkemuka di seluruh dunia.

Tahukah berapa jam sehari Tiger Woods membuat latihan dalam permainan golfnya?

Di akan menggunakan sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk melatih permainan golf dan juga menguatkan otot-otot badannya.

Tiger Woods berlatih sekurang-kurangnya 12 jam setiap hari untuk berpuluh-puluh tahun untuk menjadi seorang pemain golf yang terbaik di dunia.

Anda juga boleh menggunakan prinsip latihan untuk meningkatkan kemahiran anda dalam segi mencari prospek MLM.

Lebih banyak anda berlatih, lebih tinggilah kemahiran anda

3. Bertindak

Tips yang ketiga adalah bertindak.

Setelah anda telah membuat latihan, anda perlu mengambil tindakan.

Anda perlu berinteraksi dengan orang ramai untuk mencari prospek yang sesuai untuk rangkaian anda.

Setiap interaksi akan meningkatkan pengalaman anda.

Setiap penolakan (rejection) akan meningkatkan keberkesanan anda mencari prospek.

Jika anda meningkatkan aktiviti anda mencari prospek, anda akan meningkatkan kemahiran anda justeru menjadi seorang pembina rangkaian yang professional.

4. Bimbingan mentor

Di arena sukan, setiap ahli sukan mempunyai seorang jurulatih ataupun mentor.

Tanggungjawab seorang jurulatih atau mentor adalah untuk membimbing dan memberi nasihat.

Dari segi perniagaan MLM, mentor anda biasanya adalah Upline ataupun ketua rangkai yang berjaya.

5. Pemeriksaan sendiri

Tips yang kelima adalah pemeriksaan diri sendiri.

Sikap seorang yang professional adalah bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

Jika anda ingin berjaya di dalam industri jualan langsung, anda harus bertanggungjawab keatas kejayaan anda sendiri.

Anda haruslah kerap menganalisi kemajuan diri sendiri.

Setiap aktiviti anda haruslah membantu anda mengembangkan bisnes anda.

Anda seharusnya mempunyai rekod ataupun jurnal aktiviti perusahaan MLM anda.

Cabaran bisnes MLM

Walaupun anda dapat merekrut orang baru ke bisnes MLM anda, tetap ada orang yang akan berhenti membina rangkaian mereka.

Mengapa ini berlaku?

Ini adalah satu-satunya cabaran perusahaan MLM.

Bila orang baru yang anda telah menghabiskan banyak masa untuk mendorong dan melatih mereka berhenti, ia adalah amat mengecewakan.

Mommy Lynn

Di atas adalah saya dengan suami saya berjumpa dengan prospek yang berminat dengan bisnes MLM.

Saya tahu perasaannya kerana ianya berlaku kepada diri saya dan suami saya banyak kali.

Mereka mendaftar sebagai ahli dengan aspirasi dan impian mereka yang besar.

Mereka memang mahu mengubah hidup mereka.

Tetapi, selepas beberapa hari, mereka menghilangkan diri.

Mereka tidak menjawab panggilan anda dan tidak membaca mesej WhatsApp sama sekali.

Agak hairan kan?

Saya pasti orang yang berhenti bisnes MLM tentunya ada sebab ataupun alasan mereka.

Saya akan berkongsi 2 sebab daripada pengalaman saya.

Nasib baik, anda boleh mengelakkan diri daripada menghadapi salah satu sebab di bawah.

Sebab #1

Mereka tidak percaya pada diri mereka sendiri.

Walaupun mereka nampak orang lain berjaya dalam bisnes MLM, mereka akan berkata dalam hati, “Mereka boleh, saya manalah boleh?”

Kemungkinan ini adalah tabiat pemikiran mereka.

Mereka selalu memberikan feedback negatif kepada diri sendiri.

Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada orang ramai.

Ini adalah salah satu sebab mengapa banyak orang tidak berani membuat bisnes sendiri.

Ia juga adalah mengapa mereka tidak berani membina rangkaian MLM.

Sebab #2

Sebab kedua mengapa seseorang berhenti membina bisnes MLM adalah tiada hasil daripada aktiviti mereka.

Apabila mereka telah membuat semua aktiviti yang di minta oleh upline tapi tiada hasil langsung, ini akan mempengaruhi kepercayaan (belief) mereka terhadap industri MLM.

Biasanya, apabila situasi ini berlaku, mereka akan bertanya kepada sahabat handai, rakan kerja, jiran-jiran dan juga ahli keluarga mengapa tiada hasil daripada bisnes MLM mereka.

Tahu tak apa yang akan berlaku?

Tentunya mereka akan mendapat jawapan-jawapan yang negatif.

Jawapan yang negatif tentunya akan mengukuhkan kepercayaan mereka yang mereka tidak akan berjaya dalam perusahaan MLM.

Apabila ini berlaku, mereka akan berasa kecewa dan juga berasa malu kerana gagal dalam MLM.

Oleh itu, mereka akan mengelakkan semua komunikasi dengan anda.

Dalam bahasa Inggeris, ini dikenali sebagai “ghosting“.

Situasi ini adalah perkara yang biasa di alami oleh ketua-ketua barisan MLM.

Apakah penyelesaiannya?

Mudah, penyelesaiannya ianya memberikan strategi ataupun game plan yang terbukti akan menghasilkan keputusan dengan cepat.

Bila mereka mendapat keputusan walaupun kecil seperti berjaya membuat sales atau dapat merekrut orang baru di bawah mereka, ini akan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap bisnes MLM dan juga terhadap diri mereka.

Tiada orang akan berhenti apabila mereka mendapat hasil daripada perusahaan MLM mereka.

Kesimpulan

Seperti yang saya telah jelaskan, aktiviti mencari prospek untuk perniagaan MLM adalah aktiviti yang sangat penting.

Jika anda berhasrat untuk menjanakan pendapatan yang lumayan daripada perniagaan MLM, anda seharusnya rajin berlatih dan mengambil tindakan untuk mencari prospek setiap hari.

Percayailah pada diri anda sendiri.

Kemahiran mencari prospek boleh di pelajari dan boleh di pertingkatkan.

Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam proses membina rangkaian MLM.

Jika anda tekun berdikari untuk meningkatkan kemahiran anda di segi mencari prospek, pendapatan anda dari bisnes MLM tentunya akan meningkat.

Di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu anda.

Adakah anda seorang bekas ketua atau leader industri MLM?

Adakah anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik?

Jika ya, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana kita boleh bekerjasama.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-07-17T17:42:40+08:00 July 16th, 2022|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment