Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Di atas adalah gambar saya dan suami saya ketika kami berkunjung ke Hong Kong.
Pakej perlancongan kami ke Hong Kong di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang kami telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda bekerjasama dengan syarikat BE.
Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.
Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.
Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:
- Aulora Pants (Wanita & Lelaki)
- Aulora Socks (Wanita & Lelaki)
- Aulora Basic Top (T-shirt)
- Aulora Panties
- Aulora Boxer
- Aulora Arm Sleeves
- Aulora Scarf
- Aulora Seamless Bra
Salah satu produk Aulora Series yang paling popular adalah Aulora Pants.

Aulora Pants adalah produk unggul yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan juga di Hong Kong.
Produk Aulora Pants kini sedang trending di medan sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube dan TikTok.
Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen Aulora Pants.
Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang mencari peluang perniagaan.
Pasaran untuk produk Aulora Series terutamanya Aulora Pants sedang berkembang di negeri Selangor.
Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual Aulora Pants di kawasan Bangi?
Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang rakan bisnes syarikat BE International untuk menjual produk-produk Aulora Series.
Seluar Aulora
Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa produk Aulora Series dengan Kodenshi adalah sejenis pakaian berteknologi yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh yang di buat 100% di negara Jepun.
Pemilik jenama Aulora adalah syarikat BE International yang berpejabat di Kuala Lumpur.
BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:
- Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
- Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
- Indonesian Direct Selling Association (APLI)
- Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)
Ibu pejabat BE International terletak di Link 2, Bukit Jalil.
Di pejabat tersebut, terdapat showroom yang mempamerkan semua produk-produk Aulora Series seperti Aulora Pants, socks, T-shirt, panties, boxer, scarf, seamless bra dan arm sleeves.
Video di bawah di rakam oleh suami saya, Daddy Will di Bukit Jalil.
Dia telah membuat satu rakaman virtual tour showroom syarikat BE International di Bukit Jalil, KL.
Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton virtual tour showroom syarikat BE International di TikTok.
Potensi Aulora Pants
Di bahagian ini, saya akan berkongsi 5 sebab mengapa produk Aulora Pants adalah produk yang hebat jika anda berminat untuk mengusahakan bisnes BE di kawasan bandar Bangi, Selangor.
1) Bangi sebagai bandar pendidikan dan komuniti berilmu
Bangi memang dikenali sebagai “bandar ilmu” sebab adanya universiti-universiti besar seperti UKM, KUIS, dan dekat juga dengan UPM di Serdang.
Ini menjadikan ramai golongan profesional, pensyarah, guru, dan ibu bapa berpendidikan tinggi tinggal di kawasan Bangi.
Mereka biasanya lebih terbuka kepada produk kesihatan yang berkualiti tinggi seperti Aulora Pants dengan Kodenshi dari Jepun.
Bila anda membina bisnes BE di kawasan Bangi, ia adalah lebih mudah untuk bina keyakinan sebab pelanggan anda suka produk yang ada testimoni, teknologi dari Jepun, dan terbukti memberi manfaat.
2) Bangi ada ramai golongan wanita bekerjaya dan suri rumah berpendidikan
Ramai wanita di Bangi sama ada bekerja sebagai pegawai kerajaan, swasta, pensyarah, atau usahawan kecil.
Dalam masa yang sama, ada juga suri rumah berpendidikan tinggi yang nak cari pendapatan sampingan.
Aulora Pants boleh jadi peluang terbaik untuk mereka sebab produk ini bukan sahaja senang dijual, tapi juga ada repeat order bila pelanggan puas hati.
Wanita di Bangi biasanya ada rangkaian sosial yang luas melalui sekolah anak, surau, pejabat, dan komuniti setempat.
Ini menjadikan bisnes Aulora Pants mudah dikembangkan melalui networking yang mereka sudah ada.

Gambar di atas adalah saya selepas berkongsi manfaat Aulora Pants kepada seorang prospek yang juga seorang suri rumah tangga.
3) Lokasi Bangi yang strategik dekat dengan HQ BE International di Bukit Jalil
Salah satu kelebihan besar buat bisnes di Bangi adalah jaraknya yang dekat dengan HQ BE International di Bukit Jalil.
Dengan perjalanan tak sampai 40 minit, ahli atau prospek boleh hadir ke event, training atau ambil produk sendiri.
Ini beri keyakinan tambahan sebab mereka nampak sendiri betapa besar dan profesionalnya syarikat BE International.
Bila prospek percaya dengan syarikat, lebih mudah untuk mereka buat keputusan jadi ahli dan jalankan bisnes.
4) Bangi sebagai kawasan membangun dengan kuasa beli yang kuat
Bangi berkembang pesat dengan kawasan perumahan moden seperti Bandar Baru Bangi, Seksyen 7, dan juga kawasan berdekatan macam Putrajaya, Kajang, dan Nilai.
Penduduk di kawasan ini ada kuasa beli yang tinggi, kebanyakannya daripada golongan kelas menengah dan menengah atas.
Mereka mampu berbelanja untuk kesihatan, kecantikan, dan gaya hidup.
Aulora Pants bukan produk murah, tapi di Bangi ia sesuai dengan demografi kerana ramai yang sanggup bayar untuk kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik.
Bagaimana anda boleh meningkatkan jumlah jualan bisnes BE?
Anda boleh meningkatkan jumlah jualan dengan menggunakan produk Aulora Series lain seperti Aulora Socks, panties, boxer, T-shirt, scarf, arm sleeves dan seamless bra.
Setelah anda menggunakan semua produk Aulora, anda boleh berkongsi pengalaman sendiri menggunakan produk-produk tersebut.
Apabila anda berkongsi cerita anda, pelanggan anda akan beli produk-produk Aulora yang lain.
Ini di kenali sebagai cross selling.

Gambar di atas adalah order daripada seorang pelanggan saya.
Selain daripada Aulora Pants, dia juga beli Aulora Socks dan Aulora Seamless Bra.
5) Komuniti mesra dan mudah bina networking
Orang Bangi terkenal dengan semangat kejiranan dan budaya mesra komuniti.
Mereka aktif dengan persatuan penduduk, masjid, surau, program sekolah dan pasar komuniti.
Ini adalah peluang besar untuk buat networking secara organik.
Bila seorang pelanggan cuba Aulora Pants dan rasa kesannya, mereka akan cerita pada jiran, kawan surau atau rakan pejabat.
Word of mouth sangat kuat di Bangi, jadi bisnes mudah berkembang kalau kita konsisten buat sharing dengan cara betul.
Menjadi agen
Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Bisnes Bebas atau Independent Business Owner (IBO).
Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.
Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 1 tahun.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.
Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.
Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Aulora Pants atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.
Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.
Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk-produk Aulora Series.
Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF di dalam peluang perniagaan BE.

Di atas adalah gambar saya dengan suami saya (tengah) setelah kami berjaya menjual Aulora Pants dan Aulora Boxer kepada pelanggan kami.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.
Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.
Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.
Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.
Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?
Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.
Matlamat Bank Negara Malaysia dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.
Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.
Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen.
Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.
EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.
Kelebihan seorang agen
Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.
Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.
Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.
Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.
Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Aulora Pants.
Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Aulora Pants yang anda perlu lakukan?
Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya dan suami saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Aulora Pants.
Yang pertama sekali, saya dan suami saya telah pun membeli dan memakai Aulora Pants sejak tahun 2017.
Kami tahu bagaimana pengalaman dan efek kepada badan apabila kami memakai Aulora Pants.
Oleh itu, kami boleh berkongsi cerita dan pengalaman sendiri menggunakan Aulora Pants.
Aktiviti pemasaran untuk Aulora Pants adalah dengan hanya berkongsi cerita dan pengalaman kami menggunakan Aulora Pants.
Oleh itu, kalau anda nak jadi agen Aulora Pants, langkah pertama yang anda perlu buat adalah membeli sehelai Aulora Pants untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga.
Bila ahli keluarga anda menggunakan Aulora Pants, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.
Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Aulora Pants?
Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog dan juga medan sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube, TikTok dan sebagainya.
Saya telah menulis dan menerbitkan satu artikal di blog ini dan berkongsi pengalaman saya memakai Aulora Pants.
Suami saya juga berkongsi pengalamannya memakai Aulora Pants di blog ini.
Selain blog ini, kami juga berkongsi info mengenai produk-produk Aulora Series di TikTok.
Di bawah adalah suami saya berkongsi info dalam bentuk video pendek mengenai Aulora Sock.
Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di TikTok.
Aktiviti-aktiviti pemasaran Aulora Pants bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk online dan medan sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.
Semua aktiviti pemasaran Aulora Pants anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.
Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Aulora Pants.
Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Aulora Pants, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?
Bila ada prospek yang menghubungi kami melalui aktiviti-aktiviti pemasaran kami, saya dan suami saya akan bertemu dengan prospek tersebut.
Kalau lokasi mereka di Bangi atau di kawasan Lembah Klang, kami akan bertemu mereka di Pejabat Urusan BE International yang terletak di Bukit Jalil.

Di atas adalah gambar saya dan suami saya bertemu dengan satu keluarga yang berminat dengan produk-pruduk Aulora Series di HQ BE International di Bukit Jalil.
Ibu, bapa dan juga anak keluarga tersebut telah membeli Aulora Pants, Aulora Boxer dan Aulora Scarf.
Mengapa kami membawa prospek ke pejabat BE?
Kerana di sana ada showroom besar yang mempamerkan semua produk-produk BE.
Terdapat jaga meja, kerusi, air minuman dan kopi di showroom BE yang kami boleh gunakan semasa berbincang dengan prospek kami.
Kalau lokasi prospek anda di Kajang, saya akan menggalakkan anda bawa prospek ke HQ BE di Bukit Jalil untuk aktiviti sales anda.
Kalau prospek anda sudi untuk membeli Aulora Pants, mereka boleh terus mendaftar sebagai ahli BE, order dan ambil stok serta merta.
Bagaimana pula kalau prospek anda berada di luar Lembah Klang dan mereka tidak dapat pergi ke Bukit Jalil?
Untuk saya dan suami saya, kami akan pergi ke rumah mereka untuk menjalankan sessi perkongsian manfaat Aulora Pants.

Di atas adalah gambar saya dan seorang rakan bisnes saya berjumpa dengan seorang prospek di Petaling Jaya, Selangor.
Berapa jauh anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian Aulora Pants?
Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.
Saya dan suami saya kerap pergi ke Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan lain-lain tempat untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Aulora Pants dan produk lain daripada BE melalui kami.
Untuk menjadi seorang agen Aulora Pants yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.
3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.
Kesimpulan
Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Aulora Pants adalah mudah sahaja.
Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.
Yuran pendaftaran cuma RM60.00.
Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.
Kalau anda ingin menjual produk-produk Aulora sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment