Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn dan saya berasal daripada Georgetown, Penang.

Di atas adalah gambar saya ketika saya dan suami saya berkunjung ke Universal Studio, Osaka, Jepun.
Pakej perlancongan kami ke Jepun di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang kami telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda bekerjasama dengan syarikat BE.
Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Peluang perniagaan BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.
Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.
Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:
- Aulora Pants
- Aulora Socks
- Aulora Basic Top (T-shirt)
- Aulora Panties
- Aulora Boxer
- Aulora Arm Sleeves
- Aulora Scarf
- Aulora Seamless Bra
Salah satu produk Aulora Series yang paling popular adalah Aulora Pants.
Aulora Pants adalah produk unggul yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan juga di Hong Kong.
Produk Aulora Pants kini sedang trending di medan sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.
Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen Aulora Pants.
Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang mencari peluang perniagaan.
Pasaran untuk produk Aulora Series terutamanya Aulora Pants sedang berkembang di negeri Pulau Pinang.
Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual Aulora Pants di Penang samada di island atau di Bukit Mertajam?
Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang rakan bisnes syarikat BE International untuk menjual produk-produk Aulora Series.
Seluar Aulora
Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa produk Aulora Series dengan Kodenshi adalah sejenis pakaian berteknologi yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh yang di buat 100% di negara Jepun.
Pemilik jenama Aulora adalah syarikat BE Internationa yang berpejabat di Kuala Lumpur.
BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:
- Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
- Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
- Indonesian Direct Selling Association (APLI)
- Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)
Ibu pejabat BE International terletak di Link 2, Bukit Jalil.
BE juga ada pejabat cawangan di:
- Georgetown, Pulau Pinang
- Kepong, Kuala Lumpur
- Kuala Kubu Baru, Selangor
- Ipoh, Perak
- Miri, Sarawak
- Johor Bharu, Johor
- Kota Kinabalu, Sabah
Di pejabat-pejabat tersebut, anda boleh membeli semua produk-produk Aulora Series seperti Aulora Pants, socks, T-shirt, panties, boxer, scarf, arm sleeves dan seamless bra.
Pasaran Pulau Pinang
Di bahagian ini, saya akan berkongsi 5 sebab mengapa produk hebat Aulora Pants adalah produk yang paling sesuai untuk pasaran negeri Pulau Pinang.
1) Lokasi Pulau Pinang sebagai bandar maju dan pusat tumpuan
Pulau Pinang terkenal sebagai antara negeri yang paling pesat membangun di Malaysia.
Georgetown sendiri adalah bandar yang sibuk dengan aktiviti ekonomi, pelancongan, perniagaan dan gaya hidup moden.
Ramai wanita di sini, terutama yang berumur 30 hingga 45 tahun, lebih terbuka dengan trend kesihatan dan produk inovatif.
Oleh itu, Aulora Pants adalah sesuai untuk di pasarkan kerana ia adalah produk premium yang menyokong gaya hidup sihat.
Pasaran di Pulau Pinang sudah biasa dengan jenama antarabangsa, jadi produk dari Jepun seperti Aulora Pants mudah di terima.
2) Demografi wanita berpendidikan dan berkerjaya
Pulau Pinang mempunyai ramai golongan wanita profesional, usahawan kecil dan suri rumah moden yang berminat mencari pendapatan sampingan.
Ramai juga yang ada pengalaman dalam perniagaan atau pernah cuba network marketing sebelum ini.
Dengan Aulora Pants, mereka bukan saja dapat menjana pendapatan, tetapi juga berkongsi manfaat kesihatan dengan komuniti mereka.
Ini memberi nilai tambah kerana pelanggan bukan sekadar membeli pakaian, tetapi membeli solusi untuk kesihatan dan kesejahteraan.
3) Pejabat rasmi BE International di Georgetown
BE International sudah mempunyai Business Centre di Georgetown, jadi lebih mudah untuk para IBO dan pelanggan berurusan.
Produk BE boleh di ambil dengan cepat, training dan coaching boleh di hadiri, serta sokongan sistem sentiasa ada.
Ini memudahkan sesiapa yang baru nak mula bisnes kerana tidak perlu risau tentang logistik.
Kehadiran pejabat rasmi BE ini juga memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa Aulora Pants adalah produk tulen yang di import terus dari Jepun.
4) Gaya hidup masyarakat Pulau Pinang yang aktif
Wanita di Pulau Pinang banyak yang aktif dalam pelbagai aktiviti seperti bersenam, hiking, yoga, berjalan kaki di pantai atau taman, dan juga bekerja seharian di pejabat.
Aulora Pants dengan teknologi fabrik Kodenshi membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan rasa lenguh dan memberikan keselesaan sepanjang hari.
Ini menjadikannya produk yang sangat relevan dengan gaya hidup mereka.
Produk ini mudah untuk di promosikan kerana pengguna akan merasai kesan selepas memakainya.
Bagaimana anda boleh meningkatkan jumlah jualan bisnes BE?
Anda boleh meningkatkan jumlah jualan dengan menggunakan produk Aulora Series lain seperti Aulora Pants, panties, boxer, T-shirt, scarf, arm sleeves dan seamless bra.
Setelah anda menggunakan semua produk Aulora, anda boleh berkongsi pengalaman sendiri menggunakan produk-produk tersebut.
Apabila anda berkongsi cerita anda, pelanggan anda akan beli produk-produk Aulora yang lain.
Ini di kenali sebagai cross selling.

Gambar di atas adalah order daripada seorang pelanggan saya.
Selain daripada Aulora Socks, dia juga beli Aulora Pants dan Aulora Seamless Bra.
5) Lokasi strategik Pulau Pinang sebagai pintu masuk pasaran antarabangsa
Pulau Pinang bukan saja menarik orang tempatan, tetapi juga ramai ekspatriat dan pelancong dari luar negara.
Selain itu, Pulau Pinang dekat dengan negara jiran seperti Thailand.
Ini membuka peluang jangka panjang untuk memperluaskan rangkaian bisnes ke luar Malaysia.
Dengan mula membina network di Pulau Pinang, pengusaha bisnes BE boleh menggunakan peluang ini untuk mengembangkan pasaran ke tahap lebih besar, sejajar dengan konsep BE International iaitu “One World One Account”.
Menjadi agen
Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Bisnes Bebas atau Independent Business Owner (IBO).
Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.
Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 1 tahun.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.
Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.
Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Aulora Pants atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.
Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.
Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk-produk Aulora Series.
Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF dan berpengalaman di dalam peluang perniagaan BE.

Di atas adalah gambar saya dengan suami saya (tengah) setelah kami berjaya menjual Aulora Pants dan Aulora Boxer kepada pelanggan kami.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.
Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.
Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.
Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.
Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?
Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.
Matlamat BNM dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.
Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.
Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen daripada hasil jualan anda.
Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.
EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.
Kelebihan seorang agen
Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.
Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.
Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.
Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.
Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Aulora Pants.
Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Aulora Pants yang anda perlu lakukan?
Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya dan suami saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Aulora Pants.
Yang pertama sekali, saya dan suami saya telah pun membeli dan memakai Aulora Pants sejak tahun 2017.
Kami tahu bagaimana pengalaman dan efek kepada badan apabila kami memakai Aulora Pants.
Kami juga berkongsi manfaat Aulora Pants dengan ahli keluarga kami.
Oleh itu, kami boleh berkongsi cerita dan pengalaman sendiri dan ahli keluarga kami menggunakan Aulora Pants.
Aktiviti pemasaran untuk Aulora Pants adalah dengan hanya berkongsi cerita dan pengalaman kami dan ahli keluarga kami menggunakan Aulora Pants.
Oleh itu, kalau anda nak jadi agen Aulora Pants, langkah pertama yang anda perlu buat adalah membeli sehelai Aulora Pants untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga.
Bila ahli keluarga anda menggunakan Aulora Pants, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.
Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Aulora Pants?
Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog dan juga medan sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.
Sebagai aktiviti pemasaran, saya telah menulis artikal ini untuk berkongsi pengalaman saya memakai Aulora Pants.
Suami saya pula juga berkongsi pengalamannya memakai Aulora Pants di blog ini.
Selain blog ini, kami juga berkongsi info mengenai produk-produk Aulora Series di TikTok.
Di bawah adalah suami saya berkongsi info dalam bentuk video pendek mengenai Aulora Sock.
Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di TikTok.
Aktiviti-aktiviti pemasaran Aulora Pants bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk pemasaran online (online marketing) dan medan sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.
Semua aktiviti pemasaran Aulora Pants anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.
Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Aulora Pants.
Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Aulora Pants, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?
Bila ada prospek yang menghubungi kami melalui aktiviti-aktiviti pemasaran kami, saya dan suami saya akan bertemu dengan prospek tersebut.
Kalau lokasi mereka di Pulau Pinang, kami akan bertemu mereka di Pejabat Urusan BE International yang terletak di Georgetown.

Di atas adalah gambar tempat perbincangan di pejabat BE di Georgetown.
Mengapa kami membawa prospek ke pejabat BE?
Kerana di sana ada meeting area atau tempat perbincangan dengan meja, kerusi, air minuman dan kopi yang kami boleh gunakan semasa berbincang dengan prospek kami.
Sekiranya prospek anda di Penang, saya akan menggalakkan anda bawa prospek ke pejabat BE di Georgetown untuk aktiviti sales anda.
Kalau prospek anda sudi untuk membeli Aulora Pants, mereka boleh terus mendaftar sebagai ahli BE, order dan ambil stok serta merta.
Bagaimana pula kalau prospek anda berada di luar Penang dan mereka tidak dapat pergi ke Georgetown?
Untuk saya dan suami saya, kami akan pergi ke rumah mereka untuk menjalankan sessi perkongsian manfaat Aulora Pants.

Di atas adalah gambar saya dan seorang rakan bisnes saya berjumpa dengan seorang prospek di rumahnya.
Berapa jauh anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian Aulora Pants?
Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.
Saya dan suami saya kerap pergi ke Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan lain-lain tempat untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Aulora Pants dan produk lain daripada BE melalui kami.
Untuk menjadi seorang agen Aulora Pants yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.
3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.
Kesimpulan
Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Aulora Pants adalah mudah sahaja.
Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.
Yuran pendaftaran cuma RM60.00.
Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.
Kalau anda ingin menjual produk-produk Aulora sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment