Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.
Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang agen menjual produk Belixz Befil di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Befil daripada BE International.
Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Perjalanan kami bersama-sama dengan syarikat BE bermula apabila saya di perkenalkan kepada Aulora Pants dengan teknologi fabrik Kodenshi dari Jepun.
Pada masa itu, saya sedang mencari solusi untuk masalah sakit belakang dan kejang otot kaki.
Selepas memakai Aulora Pants untuk seminggu, saya mengalami keputusan yang amat baik.
Saya dan suami saya berasa amat teruja dan kami mula meneliti pelan pamasaran dan komisen bisnes BE.
Kami mendapati, peluang perniagaan yang di tawarkan oleh BE amat menarik.
Kami pun mengambil keputusan untuk membina bisnes BE kami dengan serius.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.
Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis makanan berfungsi yang di import daripada United States of America (USA) atau Amerika Syarikat yang di kenali sebagai Belixz Befil.
Apakah fungsi utama produk Befil?
Secara ringkas, kandungan aktif di dalam Befil dan fungsinya adalah seperti berikut:
- Nitrik oksida – Membantu membersihkan saluran darah
- Ekstrak tomato – Membantu melancarkan aliran darah
- CoQ10 – Sebagai bahan tenaga untuk jantung kita
- Ubi bit dan buah delima – Sebagai antioxidan
Produk Befil kini sedang trending di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.
Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen untuk menjual Befil.
Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang cari satu peluang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, berisiko rendah, tidak perlu simpan stok dan mempunyai permintaan daripada para pembeli yang tinggi.
Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual produk Belixz Befil secara professional di sekitar Kuantan?
Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang agen dengan syarikat BE International untuk menjual produk Befil.
Syarikat BE
Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa pemilik jenama Belixz Befil adalah syarikat BE International yang berpejabat di Kuala Lumpur.
BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:
- Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
- Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
- Indonesian Direct Selling Association (APLI)
- Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)
Ibu pejabat BE International terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Di pejabat tersebut, terdapat showroom yang mempamerkan semua produk-produk BE seperti:
- Pakaian infra merah jauh Aulora Series daripada Jepun
- Makanan berfungsi Belixz
- Produk penjagaan kulit Beyul dengan Postbiotics daripada Korea Selatan
- Produk FMCG Beyang
Befil adalah sejenis produk yang sangat popular dan laris di pasaran.
Ia juga adalah sejenis produk yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Befil adalah salah satu produk BE yang memenangi anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards pada tahun 2018.
Produk Befil
Di bahagian ini, saya akan berkongsi 3 sebab mengapa produk Befil adalah amat sesuai sebagai produk utama untuk membina bisnes BE di Kuantan, Pahang.
1) Potensi pasaran yang besar
Kuantan ialah ibu negeri Pahang dan antara bandar utama di Pantai Timur yang sedang pesat membangun.
Dengan populasi yang semakin meningkat dan taraf hidup yang semakin baik, ramai penduduk di Kuantan mula memberi perhatian kepada kesihatan dan gaya hidup yang sihat.
Ini menjadikan Kuantan satu lokasi yang sangat sesuai untuk memasarkan produk kesihatan premium seperti Belixz Befil.
Tambahan pula, ramai golongan profesional dan usahawan kecil di Kuantan kini lebih terbuka terhadap perniagaan secara atas talian atau online serta pemasaran berasaskan komuniti.
Ini adalah sesuatu yang selari dengan model peluang perniagaan BE International.
Kelebihan lain ialah lokasi Kuantan yang strategik.
Ia mudah di hubungi melalui Lebuhraya Pantai Timur dan mempunyai potensi untuk berkembang ke kawasan sekitar seperti Pekan, Gambang, dan Kemaman.
Ini memberi peluang besar kepada usahawan BE untuk membina rangkaian pelanggan dan rakan niaga bukan sahaja di Kuantan tetapi juga di seluruh Pantai Timur.
2) Produk kesihatan yang Halal
Sebagai sebuah bandar dengan majoriti penduduk Muslim, kehalalan produk adalah faktor penting di Kuantan.
Belixz Befil merupakan produk kesihatan yang di sahkan Halal oleh IFANCA, sekaligus memberi keyakinan kepada pengguna Muslim.
Produk Befil di formulasikan di Amerika Syarikat dengan bahan-bahan semula jadi seperti L-Arginine, CoQ10, Pomegranate,ubi bit dan ekstrak tomato.
Fungsinya adalah untuk menyokong kesihatan jantung dan saluran darah, membantu mengawal tekanan darah, serta memperbaiki peredaran darah.
Tambahan pula, Befil juga sesuai untuk vegetarian, menjadikannya lebih inklusif dan mudah di terima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Produk Befil juga di iktiraf kerana kualiti pembuatannya yang tinggi (GMP Certified) dan pernah memenangi Malaysia Health and Wellness Brand Awards pada tahun 2018 dan 2022.
Dengan semua pengiktirafan ini, menjual produk Befil di Kuantan bukan sahaja memberi peluang perniagaan yang baik, tetapi juga membina keyakinan pengguna terhadap jenama BE International yang di percayai dan terbukti berkualiti.
3) Penyelesaian kesihatan menyeluruh
Salah satu kelebihan utama apabila menjadi agen BE International ialah anda boleh memasarkan gabungan produk kesihatan yang saling melengkapi.
Befil membantu memperbaiki kesihatan jantung dan peredaran darah dari dalam, manakala Aulora Pants dengan Kodenshi dari Jepun membantu melancarkan peredaran darah dari luar melalui teknologi fabrik Kodenshi yang unik.
Kombinasi dua produk ini amat sesuai untuk golongan pekerja di Kuantan yang sering duduk lama di pejabat atau memandu jauh ke tempat kerja.
Ia juga sangat sesuai untuk golongan pertengahan umur yang mahu menjaga kesihatan jantung dan tenaga harian mereka.
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan pemasaran rangkaian atau MLM, menjual produk kesihatan seperti Befil dan Aulora Pants boleh menjadi satu strategi jangka panjang yang stabil dan menguntungkan.
Produk-produk ini mempunyai permintaan berterusan kerana kesedaran kesihatan masyarakat semakin meningkat.
Selain itu, dengan sokongan sistem latihan BE International yang lengkap serta jarak Kuantan yang masih mudah di akses ke HQ BE di Bukit Jalil, anda tidak akan berjuang sendirian dalam membina perniagaan anda.
Menjadi agen
Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO).
Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.
Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 12 bulan.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.
Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.
Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Befil atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.
Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.
Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk Befil.
Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF di dalam peluang perniagaan BE.

Di atas adalah gambar saya (di kanan) menjelaskan manfaat-manfaat produk BE kepada pelanggan saya.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.
Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.
Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.
Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.
Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?
Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.
Matlamat Bank Negara Malaysia dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.
Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.
Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen.
Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.
EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.
Kelebihan seorang agen
Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.
Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.
Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.
Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.
Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Befil.

Di dalam era digital, syarikat BE International berusaha membawa definisi baru kepada pengalaman pelanggan dengan penggunaan teknologi digital yang terkini.
Sebagai seorang pengusaha bisnes BE, kami juga menggunakan strategi pemasaran digital yang terkini.
Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Befil yang anda perlu lakukan?
Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya dan suami saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Befil.
Yang pertama sekali, suami saya telah menggunakan produk Befil sejak tahun 2019.
Suami saya tahu bagaimana rasa dan efeknya apabila dia ambil Befil.
Oleh itu, suami saya telah menulis sebuah artikal menjelaskan cerita dan pengalamannya menggunakan produk Befil untuk menjaga kesihatan badan.
Anda boleh baca artikal pengalaman suami saya menggunakan produk Belixz Befil di sini.

Aktiviti pemasaran untuk Befil adalah dengan hanya berkongsi cerita dan pengalaman kami menggunakan Befil.
Oleh itu, kalau anda nak jadi agen menjual Befil, langkah pertama yang anda perlu buat adalah beli dan cuba produk Befil untuk diri sendiri.
Bila anda menggunakan Befil, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.
Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Befil?
Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog ini dan juga media sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube, TikTok dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti pemasaran Befil bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk online dan media sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.
Semua aktiviti pemasaran Befil anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.
Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Befil.
Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Befil, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?
Bila ada prospek yang menghubungi anda, anda boleh bertemu dengan prospek tersebut.
Buat masa kini, BE International belum lagi ada Pejabat Urusan di Kuantan, Pahang.
Oleh itu, anda kena pergi ke rumah prospek ataupun bertemu mereka di cafe atau restauran yang berdekatan.
Jika prospek anda sudi untuk membeli Befil, anda boleh bantu mereka membuat pendaftaran ahli dan beli Befil secara online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar BE4U.
Pembayaran untuk pembelian Befil prospek anda boleh di buat dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau dengan perbankan online melalui sistem FPX di dalam app BE4U.
Apabila prospek anda membuat pembelian, syarikat BE akan menghantar parcel ke alamat mereka di dalam 3 – 5 hari bekerja dengan menggunakan servis kurier.
Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes sendiri, peluang perniagaan BE dengan aplikasi BE4U memang canggih, cepat dan mudah sekali.
Berapa jauhkah anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian produk Befil dengan prospek anda?
Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.
Saya dan suami saya kerap pergi ke tempat yang jauh untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Befil dan produk-produk lain daripada BE melalui kami.
Untuk menjadi seorang agen Befil yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.
3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.
Kesimpulan
Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Befil adalah mudah sahaja.
Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.
Yuran pendaftaran cuma RM60.00.
Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.
Kalau anda ingin menjual produk Belixz Befil sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment