10 Manfaat Menjadi Agen Jual Aulora Pants Di Malaysia

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Mommy Lynn Seoul Korea

Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.

Pakej perlancongan saya ke Korea Selatan di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda bekerjasama dengan syarikat BE.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants (Lelaki dan wanita)
  • Aulora Socks (Lelaki dan wanita)
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf
  • Aulora Seamless Bra

Salah satu produk Aulora Series yang paling popular adalah Aulora Pants.

Aulora Pants adalah produk unggul yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan juga di Hong Kong.

Produk Aulora Pants kini sedang trending di medan sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.

Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen Aulora Pants.

Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik!

Di artikal ini, saya akan berkongsi 10 manfaat yang anda boleh perolehi bila anda menjadi seorang agen yang menjual Aulora Pants di Malaysia.

Manfaat-manfaat agen

Terlebih dahulu, anda harus tahu bahawa jenama produk Aulora Series di miliki oleh syarikat BE International.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung berlesen yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bila anda menjadi seorang agen menjual Aulora Pants, anda di kenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan BE.

Sebagai seorang BE IBO yang aktif, anda boleh menikmati pelbagai manfaat yang boleh meningkatkan kehidupan anda dari segi kewangan, peribadi dan profesional.

Di Malaysia, oleh kerana tahap kesedaran tentang kesihatan semakin meningkat, Aulora Pants kini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mendapat gaya hidup yang lebih sihat.

Berikut adalah 10 manfaat yang anda boleh nikmati bila anda menjadi ejen penjual seluar Kodenshi.

1) Pasaran yang luas dan semakin berkembang

Tahu tak kesihatan dan kesejahteraan badan adalah dua aspek yang semakin penting dalam kehidupan rakyat Malaysia?

Mengikut laporan daripada laman Astro Awani:

“Kesedaran mengenai kepentingan kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia adalah susulan daripada penularan COVID-19 dan lebih ramai menunjukkan minat untuk mempertingkatkan kesihatan mereka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut kaji selidik dijalankan AIA baru-baru ini.”

Ramai orang Malaysia mula mencari produk-produk yang boleh membantu mereka mengekalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Aulora Pants dengan teknologi Kodenshi yang unik, boleh memenuhi keperluan ini dengan meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Ia juga boleh membantu mengurangkan keletihan otot dan memberikan keselesaan yang luar biasa.

Ini menjadikan Aulora Pants sejenis produk yang mempunyai permintaan yang tinggi justeru memberikan peluang yang baik untuk ejen-ejan penjualan.

2) Produk dengan keunikan dan kelebihan tersendiri

Seluar Aulora mempunyai kelebihan unik berbanding pakaian kompressi yang lain.

Teknologi Kodenshi seluar tersebut menggunakan seramik ultra-halus yang menyerap haba badan pemakai dan memancarkan sinar infra merah jauh yang boleh meningkatkan peredaran darah dan memberikan pelbagai manfaat dari segi kesihatan.

Keunikan ini memudahkan anda untuk memperkenalkan dan menjual Aulora Pants kepada pelanggan anda kerana ia menawarkan sesuatu yang benar-benar berbeza dan bermanfaat.

Selain itu, syarikat BE International juga menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dengan mengiklankan Aulora Pants di sekitar Lembah Klang.

Aulora Pants billboard

Di atas adalah gambar papan billboard Aulora Pants di Petaling Jaya, Selangor.

3) Menjana pendapatan tambahan

Bila anda menjadi ejen Aulora Pants, anda boleh menjana sumber pendapatan tambahan dengan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE.

Dengan adanya permintaan yang tinggi Aulora Pants di Malaysia, anda berpotensi untuk memperolehi pendapatan yang lumayan.

Contohnya, saya dan suami saya kini adalah agen Aulora Pants yang sepenuh masa sejak tahun 2018.

Selain itu, sebagai seorang IBO BE, anda boleh menikmati pendapatan yang menarik pada setiap penjualan, serta bonus-bonus bisnes BE dan insentif perlancongan ke luar negara yang berdasarkan prestasi jualan anda.

4) Fleksibiliti masa dan lokasi

Salah satu kelebihan menjadi ejen BE adalah fleksibiliti masa dan lokasi.

Anda boleh bekerja dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai dengan anda.

Ini membolehkan anda menyeimbangkan komitmen bisnes dengan tanggungjawab peribadi dan keluarga.

Fleksibiliti ini sangat baik, terutamanya bagi mereka yang ingin menjana pendapatan yang lebih tanpa mengorbankan masa bersama keluarga.

5) Sokongan dan latihan daripada BE

Sebagai seorang ejen penjual Aulora Pants, anda akan mendapat sokongan dan latihan yang komprehensif daripada BE International.

Ini termasuk bahan pemasaran seperti katalog produk, buku testimoni-testimoni pengguna serta latihan tentang cara terbaik untuk mempromosikan dan menjual Aulora Pants.

Setiap minggu, BE akan menganjurkan kelas latihan secara online dengan Zoom dan juga secara offline di Business Centre BE di seluruh Malaysa.

Dengan adanya sokongan daripada BE, ini akan memastikan anda mempunyai pengetahuan yang di perlukan untuk berjaya dalam perniagaan ini.

6) Membina rangkaian dan hubungan

Bila anda menjadi ejen menjual Aulora Pants, anda juga berpeluang untuk membina rangkaian dan hubungan profesional.

Anda akan berinteraksi dengan pelbagai individu, dari pelanggan sehingga rakan bisnes lain yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.

Rangkaian ini bukan sahaja membantu dalam jualan, tetapi juga memberikan sokongan moral dan motivasi untuk terus maju.

7) Kepuasan membantu orang lain

Salah satu aspek yang paling memuaskan menjadi ejen Aulora Pants adalah peluang untuk membantu orang lain mendapat kesihatan badan.

Dengan memperkenalkan mereka kepada produk Aulora yang boleh membantu mereka, anda bukan hanya menjual produk tetapi juga memberi impak positif kepada kehidupan mereka.

Kepuasan ini boleh menjadi motivasi yang kuat untuk terus berjaya dalam perniagaan.

Di bawah adalah video temuramah saya dengan seorang pelanggan saya di TikTok.

Sebelum pelanggan saya menemui produk Aulora, dia mengalami masalah kesakitan di bahagian lutut yang menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

Selepas dia memakai Aulora Pants, kesakitan di lututnya semakin berkurangan dan dia boleh berjalan dengan normal.

8) Peluang pengembangan perniagaan

Sebagai seorang IBO BE, anda bukan sahaja menjual produk tetapi anda juga berpeluang untuk mengembangkan perniagaan anda dengan merekrut ejen baru.

Dengan membina pasukan penjualan anda sendiri, anda boleh meningkatkan pendapatan anda melalui bonus-bonus yang di sediakan BE.

Cara anda menjana pendapatan adalah melalui usaha anda dalam membimbing dan menyokong ejen lain di dalam rangkaian anda untuk berjaya.

9) Pengiktirafan dan ganjaran

Syarikat BE International sering mengadakan program pengiktirafan dan ganjaran untuk ejen-ejen yang berjaya mencapai sasaran jualan.

Pengiktirafan ini boleh datang dalam bentuk anugerah, tiket perlancongan ke luar negara, ganjaran tunai dan juga voucher pembelian produk.

Pengiktirafan sebegini bukan sahaja memberikan motivasi tambahan tetapi juga meningkatkan kredibiliti anda sebagai ejen yang berjaya.

Mommy Lynn @ Perth Australia

Di atas adalah gambar saya ketika melancong ke Perth, Australia melalui kempen BE Lifestyle Travel.

10) Kesedaran kesihatan sendiri

Menjadi ejen menjual produk kesihatan seperti Aulora Pants juga meningkatkan kesedaran kesihatan diri anda.

Anda akan lebih peka terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan badan dan ini boleh membawa kepada perubahan positif dalam gaya hidup anda sendiri.

Dengan memakai Aulora Pants, anda boleh menjadi testimoni pengguna kepada pelanggan anda yang meningkatkan keyakinan mereka terhadap produk yang anda jual.

Kesimpulan

Menjadi seorang ejen Aulora Pants menawarkan pelbagai manfaat yang boleh meningkatkan kehidupan anda dari segi kewangan dan kesihatan.

Dengan pasaran yang luas dan produk yang unik, anda mempunyai peluang untuk membina perniagaan yang berjaya dan stabil di Malaysia.

Fleksibiliti masa dan lokasi bersama dengan sokongan dan latihan dari syarikat BE memastikan anda mempunyai semua alat yang di perlukan untuk berjaya.

Selain itu, kepuasan membantu orang lain mendapat kesihatan badan adalah motivasi yang kuat untuk terus maju.

Jika anda mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan dan memberi impak positif kepada kehidupan orang lain, menjadi ejen menjual Aulora Pants adalah pilihan yang tepat.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-07-02T14:20:57+08:00 July 2nd, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment