Pengalaman Saya Memakai Aulora Seamless Bra Dengan Kodenshi Dari Jepun

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya ialah Lynn dan saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Will & Lynn

Di atas adalah gambar saya dan suami saya, Daddy Will ketika kami berkunjung ke Osaka, Jepun.

Pakej perlancongan kami ke Jepun di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya dan suami saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi agen syarikat BE.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants
  • Aulora Socks
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana saya di beri peluang untuk membeli produk baru Aulora Series yang belum di lancarkan oleh syarikat BE.

Produk tersebut adalah Aulora Seamless Bra dengan Kodenshi.

Cerita saya

Cerita saya bermula pada 2 hb November 2023 apabila saya terima email daripada BE International customer service.

Di dalam email tersebut ada hadiah khas untuk saya.

Untuk pengetahuan, saya dan suami saya telah layak kempen BE Lifestyle Travel ke Hong Kong dan Macau.

Ini adalah kali ke-7 kami layak kempen tersebut.

Untuk mereka yang layak ke Hong Kong dan Macau, mereka di beri peluang khas untuk membeli Aulora Seamless Bra sebelum produk tersebut di lancarkan di pasaran.

Setelah saya membaca email tersebut, saya terus mesej upline mentor saya.

Rupa-rupanya, upline mentor saya telah pun memakai Aulora Seamless Bra secara rahsia sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencuba bra tersebut untuk syarikat.

Mentor saya berkata bra tersebut adalah bagus kerana ia adalah sangat selesa dan memberikan sokongan yang baik.

Lebih-lebih lagi, ia juga di buat dengan fabrik Kodenshi.

Kalau anda telah membaca cerita saya dan suami saya di blog ini, anda akan tahu kami adalah peminat Aulora Pants.

Kami amat suka Aulora Pants sehingga kami membina bisnes BE kami dengan menjual Aulora Pants sebagai produk induk perniagaan kami.

Setelah saya mesej upline mentor, saya terus pergi ke bilik untuk mengambil ukuran di bahagian atas payudara dan bawah payudara saya untuk menentukan saiz bra.

Berdasarkan ukuran, saya telah order 2 set Aulora Seamless Bra saiz S.

Untuk pembelian khas ini, saya di minta untuk pergi ke Pejabat Urusan BE pada 7 haribulan November 2023 untuk ambil stok.

Pengalaman saya

Pada 7 haribulan November, saya dan suami saya telah pergi ke Pejabat Urusan BE International di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bila tiba di sana, kami pun terus mengambil nombor giliran untuk ambil stok kami.

Mommy Lynn di BE International

Di atas adalah gambar saya setelah mengambil nombor giliran di pejabat BE di Bukit Jalil.

Pengurusan BE telah menyediakan tempat khas di belakang showroom untuk mereka yang berpeluang untuk membeli Aulora Seamless Bra.

Selepas 5 minit, nombor saya pun di panggil.

Mommy Lynn

Di atas adalah gambar saya setelah mengambil stok.

Setelah saya menunjukkan invois pembelian, saya di berikan 2 kotak segi empat tepat yang berwarna perang.

Kotak-kotak tersebut adalah Aulora Seamless Bra.

Aulora Seamless Bra baru

Di atas adalah gambar saya dengan 2 kotak Aulora Seamless Bra baru.

Saya pun terus buka kotak tersebut and mengambil gambar.

Setelah mengambil gambar, saya pergi ke kafe Coffee Bean yang berdekatan untuk membuat video unboxing di TikTok.

Aulora Seamless Bra unboxing video

Anda boleh klik sini untuk menonton video unboxing Aulora Seamless Bra saya di TikTok.

Apa pendapat saya terhadap Kodenshi bra tersebut?

First impression atau tanggapan pertama saya adalah kualiti bra tersebut.

Bra tersebut memang nampak macam produk yang premium.

Seperti diskripsi produk, bra Kodenshi memang tiada kesan jahitan atau seamless.

Kain bra juga rasa ringan, sejuk dan licin.

Padding pada bra cup pula tebal dan lembut.

Selepas saya buat rakaman video unboxing di Coffee Bean, saya dan suami saya balik ke showroom BE.

Di dalam showroom, saya telah membuat satu rakaman Facebook Live untuk memperkenalkan Aulora Seamless Bra kepada kawan-kawan saya di FB.

Selepas rakaman FB Live, saya pergi ke tandas wanita untuk memakai bra baru.

Kali pertama saya pakai Aulora bra, saya dapat rasa ia adalah amat selesa kerana tiada underwire.

Walaupun tiada underwire, saya dapat rasa payudara saya di sokong dengan baik oleh padding pada bra cup dan genggaman keseluruhan bra.

Berdasarkan pada produk katalog Aulora Seamless Bra, pakaian dalam ini di buat dengan menggunakan fabrik revolusi baru yang di kenali sebagai Flex Move.

Flex Move adalah sejenis fabrik yang di paten yang mempunyai keanjalan luar biasa dan kebolehpulihan yang mengagumkan.

Fabrik tersebut juga adalah fleksibel dan memberikan tahap keselesaan yang tinggi.

Kain Kodenshi bra adalah sangat lembut, ringan dan rasa sejuk pada kulit.

Untuk memastikan bra memberikan sokongan yang sempurna, anda seharusnya mendapatkan saiz bra yang sesuai dengan payudara anda.

Aulora Seamless Bra mempunyai 5 saiz iaitu:

  • S
  • M
  • L
  • XL
  • 2XL

Untuk menentukan saiz bra yang betul, anda perlu mengambil ukuran di bahagian atas payudara dan juga bawah payudaru.

Seterusnya, pilih saiz bra yang betul dengan menggunakan carta saiz.

Satu ciri yang saya suka pada Aulora Bra adalah jalur di bahagian bahu yang lebar.

Jalur bahu tersebut adalah selesa dan pada masa yang sama memberikan sokongan yang baik sambil mengekalkan posisi dan penjajaran payudara yang sempurna.

Saya memakai Aulora Seamless Bra with Kodenshi

Di atas adalah gambar saya memakai Aulora Seamless Bra.

Walaupun bra tersebut mempunyai potongan tinggi di bahagian tepi, bahagian hujung di bawah bra tidak bergulung walaupun saya duduk.

Ini adalah satu ciri yang saya suka!

Apakah komposisi bahan di dalam Aulora bra?

Bra tersebut di buat dengan 69.3% Kodenshi fiber dan 30.7% polyurethane.

Jika anda pernah pakai pakaian Kodenshi, anda akan tahu bahawa pakaian tersebut akan membantu untuk meningkatkan peraliran darah di dalam tubuh badan.

Secara keseluruhan, saya sangat gembira dapat membeli Aulora Seamless Bra sebelum syarikat BE melancarkan produk tersebut di pasaran.

Aulora Bra telah di lancarkan di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Hong Kong pada 21 haribulan November 2023.

Sampai di sini sahaja perkongsian testimoni saya memakai Aulora Seamless Bra.

Mommy Lynn wearing Aulora Seamless Bra with see through top

Di atas adakah gambar saya memakai Aulora Bra dengan baju seethrough.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Infomasi di atas adalah untuk pembelajaran sahaja.

Pengalaman saya memakai Aulora Bra mungkin berbeza dengan anda kerana bentuk badan dan gaya hidup kita yang berbeza.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan Aulora Seamless Bra, anda boleh mendaftar sebagai ahli BE International dan membuat pembelian secara online.

Apakah menfaat-manfaat menjadi ahli BE?

Untuk mengenali manfaat-manfaat ahli, sila baca artikal di bawah.

[7 Manfaat & Kebaikan Menjadi Ahli BE International]

Kalau anda mempunyai apa-apa soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp chat

By | 2024-02-24T18:45:07+08:00 November 10th, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment