Bagaimana Jadi Agen Menjual Befil Di Nilai, Negeri Sembilan?

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang agen menjual produk Belixz Befil di kawasan Nilai, Negeri Sembilan.

Mommy Lynn Belixz Befil

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Befil daripada BE International.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Perjalanan kami bersama-sama dengan syarikat BE bermula apabila saya menggunakan produk Aulora Pants.

Setelah kami meneliti pelan pemasaran bisnes BE, kami rasa peluang perniagaan yang di tawarkan amat menarik.

Kami pun mengambil keputusan untuk membina bisnes BE kami dengan serius.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis makanan berfungsi yang di import daripada United States of America (USA) atau Amerika Syarikat yang di kenali sebagai Belixz Befil.

Apakah fungsi utama produk Befil?

Secara ringkas, kandungan aktif di dalam Befil dan fungsinya adalah seperti berikut:

  1. Nitrik oksida – Membantu membersihkan saluran darah
  2. Ekstrak tomato – Membantu melancarkan aliran darah
  3. CoQ10 – Sebagai bahan tenaga untuk jantung kita
  4. Ubi bit dan buah delima – Sebagai antioxidan

Produk Befil kini sedang trending di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.

Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen untuk menjual Befil.

Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang cari satu peluang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, berisiko rendah, tidak perlu simpan stok dan mempunyai permintaan daripada para pembeli yang tinggi.

Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual produk Belixz Befil secara professional di kawasan Nilai, Negeri Sembilan?

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang agen dengan syarikat BE International untuk menjual produk Befil.

Syarikat BE

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa pemilik jenama Belixz Befil adalah syarikat BE International yang berpejabat di Kuala Lumpur.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:

  • Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
  • Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
  • Indonesian Direct Selling Association (APLI)
  • Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)

Ibu pejabat BE International terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di pejabat tersebut, terdapat showroom yang mempamerkan semua produk-produk BE seperti:

  • Pakaian infra merah jauh Aulora Series daripada Jepun
  • Makanan berfungsi Belixz
  • Produk penjagaan kulit Beyul dengan Postbiotics daripada Korea Selatan
  • Produk FMCG Beyang

Befil adalah sejenis produk yang sangat popular dan laris di pasaran.

Ia juga adalah sejenis produk yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Befil Banner

Befil adalah salah satu produk BE yang memenangi anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards pada tahun 2018.

Produk Befil

Di bahagian ini, saya akan berkongsi 3 sebab mengapa produk Befil adalah amat sesuai sebagai produk utama untuk membina bisnes BE di sekitar kawasan Nilai.

1) Demografik & lokasi Nilai

Kalau anda orang yang tinggal di Nilai, sebenarnya anda sangat bertuah sebab lokasi anda memang dekat dengan HQ BE International di Bukit Jalil.

Perjalanan ke HQ BE tak sampai 45 minit!

Oleh itu, ia adalah sangat mudah kalau anda nak hadir meeting mingguan, ambil stok atau bawa prospek untuk mengenali lebih dekat dengan syarikat BE.

Dalam dunia pemasaran rangkaian, kelebihan berada dekat dengan HQ sangat besar.

Tahu tak kenapa?

Sebab anda boleh cepat dapat info terkini, anda boleh beli tiket untuk menyertai acara tanpa halangan.

Yang paling penting, prospek anda akan lebih yakin bila nampak sendiri pejabat HQ BE yang besar dan professional.

Nilai sendiri pula kawasan yang sedang berkembang pesat dengan ramai golongan muda dan keluarga baru menetap di sini.

Oleh itu, peluang untuk membina rangkaian perniagaan dengan BE memang luas.

2) Produk Halal dengan permintaan yang tinggi

Kalau anda biasa dengan demographikNilai, anda tahu majoriti penduduk di sini adalah orang Melayu Muslim.

Ramai juga golongan professional dan usahawan kecil yang memang mencari produk Halal, berkualiti dan ada bukti keberkesanan.

Belixz Befil memang sesuai kerana ia bukan sahaja halal (di sahkan IFANCA), tapi juga produk premium dari USA dengan formulasi yang terbukti membantu jantung, saluran darah dan kesihatan menyeluruh.

Ramai orang sekarang semakin sedar tentang penyakit tidak berjangkit macam darah tinggi, kolesterol tinggi, stroke dan sakit jantung.

Jadi bila anda menjual produk seperti Befil ke pasaran Nilai, ia sebenarnya menjawab keperluan besar masyarakat iaitu produk kesihatan Halal, selamat dan berkualiti tinggi.

Ini menjadikan prospek lebih mudah faham kenapa mereka perlu cuba dan konsisten guna Befil.

3) Sistem yang senang duplikasi

Kalau anda berhasrat untuk membina bisnes pemasaran rangkaian, anda seharusnya cari orang yang ada pengalaman dalam network marketing.

Nilai memang ada ramai individu berpengalaman dalam bisnes MLM atau direct selling.

Mereka sudah faham tentang asas bisnes rangkaian seperti bina team, duplikasi dan kepimpinan.

Bila mereka di perkenalkan dengan peluang BE International, mereka akan nampak betapa mudahnya sistem BE untuk duplikasi sebab ada aplikasi BE4U, latihan online / offline, dan juga sokongan daripada HQ BE yang dekat.

Bila produk utama anda adalah Befil, ia sangat mudah untuk di kongsi sebab semua orang faham tentang kepentingan jaga jantung dan kesihatan darah.

Ia bukan pasaran yang kecil, malah produk Befil yang boleh di pasarkan kepada lelaki, wanita, orang muda, orang dewasa, malah warga emas sekali pun.

Dengan kombinasi pengalaman mereka dalam MLM dan kekuatan produk Befil, anda boleh bina rangkaian yang stabil dan berkembang di kawasan Nilai dan sekitarnya.

Menjadi agen

Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO).

Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.

Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 1 tahun.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.

Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Befil atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.

Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.

Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk Befil.

Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF di dalam peluang perniagaan BE.

Agen Shiruto

Di atas adalah gambar saya (di kanan) menjelaskan manfaat-manfaat produk BE kepada pelanggan saya.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.

Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

BE International penaja

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.

Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.

Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.

Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?

Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.

Matlamat Bank Negara Malaysia dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.

Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.

Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen.

Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.

EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.

Kelebihan seorang agen

Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.

Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.

Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.

Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.

Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Befil.

BE International Era Digital

Di dalam era digital, syarikat BE International berusaha membawa definisi baru kepada pengalaman pelanggan dengan penggunaan teknologi digital yang terkini.

Sebagai seorang pengusaha bisnes BE, kami juga menggunakan strategi pemasaran digital yang terkini.

Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Befil yang anda perlu lakukan?

Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya dan suami saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Befil.

Yang pertama sekali, suami saya telah menggunakan produk Befil sejak tahun 2019.

Suami saya tahu bagaimana rasa dan efeknya apabila dia ambil Befil.

Oleh itu, suami saya telah menulis sebuah artikal menjelaskan cerita dan pengalamannya menggunakan produk Befil untuk menjaga kesihatan badan.

Anda boleh baca artikal pengalaman suami saya menggunakan produk Belixz Befil di sini.

BP monitor with Befil

Aktiviti pemasaran untuk Befil adalah dengan hanya berkongsi cerita dan pengalaman kami menggunakan Befil.

Oleh itu, kalau anda nak jadi agen menjual Befil, langkah pertama yang anda perlu buat adalah beli dan cuba produk Befil untuk diri sendiri.

Bila anda menggunakan Befil, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.

Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Befil?

Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog ini dan juga medan sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube, TikTok dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti pemasaran Befil bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk online dan medan sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.

Semua aktiviti pemasaran Befil anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.

Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Befil.

Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Befil, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?

Bila ada prospek yang menghubungi anda, anda boleh bertemu dengan prospek tersebut.

Kalau lokasi mereka di sekitar kawasan Nilai, anda boleh bertemu mereka di Pejabat Urusan BE International yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BE International Bukit Jalil

Di atas adalah gambar pejabat urusan BE di Bukit Jalil.

Mengapa anda harus membawa prospek ke pejabat urusan BE?

Kerana di sana ada showroom yang memaparkan semua produk-produk BE.

Terdapat juga meja, kerusi, air dan kopi di showroom BE yang anda boleh gunakan untuk berbincang dengan prospek anda.

Oleh itu, kalau prospek anda berada di kawasan sekitar kawasan Nilai, saya akan galakkan anda bawa prospek ke pejabat BE untuk menjalankan aktiviti sales anda.

Kalau prospek anda sudi untuk membeli produk Belixz Befil, mereka boleh terus mendaftar sebagai ahli BE, order produk, buat pembayaran dan ambil stok serta merta.

Di showroom BE di Bukit Jalil, anda juga boleh “pinjam kuasa” daripada leader-leader lain untuk meningkatkan lagi keyakinan prospek anda terhadap syarikat BE.

Bagaimana pula kalau prospek berada to luar kawasan Lembah Klang?

Kalau begitu, anda boleh pergi ke rumah mereka ataupun bertemu di cafe atau restauran yang berdekatan dengan mereka.

Jika prospek anda sudi untuk membeli Befil, anda boleh bantu mereka membuat pendaftaran ahli dan beli Befil secara online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar BE4U.

Pembayaran untuk pembelian Befil prospek anda boleh di buat dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau dengan perbankan online melalui sistem FPX di dalam app BE4U.

Apabila prospek anda membuat pembelian, syarikat BE akan menghantar parcel ke alamat mereka di dalam 3 – 5 hari bekerja dengan menggunakan servis kurier.

Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes sendiri, peluang perniagaan BE dengan aplikasi BE4U memang canggih, cepat dan mudah sekali.

Berapa jauhkah anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian produk Befil dengan prospek anda?

Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.

Saya dan suami saya kerap pergi ke tempat yang jauh untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Befil dan produk-produk lain daripada BE melalui kami.

Untuk menjadi seorang agen Befil yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.

3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.

Kesimpulan

Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Befil adalah mudah sahaja.

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.

Yuran pendaftaran cuma RM60.00.

Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.

Kalau anda ingin menjual produk Belixz Befil sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2025-09-29T13:18:00+08:00 September 28th, 2025|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment