Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Daddy Will dan saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.
Di atas adalah gambar saya dan isteri saya, Mommy Lynn ketika kami berkunjung ke Osaka, Jepun.
Pakej perlancongan kami ke Jepun di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang kami telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi agen untuk syarikat BE.
Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.
Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis makanan berfungsi yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Belixz Shiruto.
Kami di perkenalkan kepada produk Shiruto apabila BE melancarkan produk tersebut di Malaysia pada awal tahun 2019.
Pada masa itu, kami tidak pasti keberkesanan Shiruto.
Walau bagaimanapun, kami teleh membeli beberapa kotak Shiruto untuk mencuba.
Kami mula yakin pada Shiruto apabila anak-anak kami mendapat efek yang positif selepas menggunakan Shiruto untuk beberapa minggu.
Justeru, kami pun mula mempromosikan produk Shiruto sebagai agen di Malaysia.
Belixz Shiruto memang boleh membantu dari segi kesihatan.
Di artikal ini, saya akan berkongsi pengalaman saya bagaimana produk Shiruto telah membantu mengurangkan rasa gatal-gatal kulit yang di sebabkan oleh alahan atau alergi.
Cerita saya
Tidak lama dahulu, saya dan isteri saya membuat keputusan untuk menjadi ahli di sebuah kelab sukan di kawasan perumahan kami.
Kelab tersebut mempunyai kolam renang sepanjang 25 meter dan kami berhasrat untuk menggunakannya.
Anak-anak kami suka berenang dan mereka juga berhasrat untuk belajar berenang.
Saya adalah seorang perenang yang agak baik dan semasa saya seorang remaja, saya pernah menyertai pertandingan sukan berenang.
Saya juga pernah bekerja sebagai lifeguard separuh masa di Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Selangor.
Oleh itu, saya bersetuju untuk mengajar anak-anak kami bagaimana untuk berenang.
Kami memerlu akses ke kolam renang dan itulah sebabnya saya dan isteri saya ingin menjadi ahli kelab sukan tersebut.
Selepas kami membayar yuran keahlian kelab sukan, kami sekeluarga telah pergi ke kolam renang keesokan hari.
Pada masa itu, anak-anak saya amat teruja.
Saya pun terasa amat teruja kerana sudah beberapa tahun saya tidak berkesempatan untuk berenang di kolam air.
Pada hari itu, saya telah mengajar anak-anak saya teknik-teknik asas berenang.
Kami sekeluarga telah meluangkan lebih kurang 2 jam di dalam kolam renang.
Di atas adalah gambar kolam renang di kelab sukan di kawasan perumahan kami.
Pada waktu tengah hari, kami pun balik ke rumah untuk berehat.
Di waktu malam, saya dapat rasa belakang, punggung dan bahagian tepi peha saya sangat gatal.
Kegatalan di kulit saya bermula setelah di tiup angin daripada kipas siling.
Apabila saya menggaru tempat yang gatal, kulit saya menjadi merah dan kegatalan kulit menjadi lebih teruk.
Isteri saya meneliti bahagian kulit saya yang gatal-gatal dan dia berkata saya mungkin ada urtikaria?
Apa itu urtikaria?
Mengikut portal MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman.
Salah satu faktor yang mengakibatkan gatal-gatal urtikaria adalah alahan.
Ada kemungkinan saya alergik kepada air kolam renang yang ada klorin.
Menggunakan Shiruto
Untuk mengurangkan rasa gatal-gatal di bahagian kulit, saya telah mengambil 2 sachet Shiruto pada waktu malam.
Selepas lebih kurang 1 jam, saya mendapati gatal-gatal di bahagian kulit saya telah pun berkurangkan.
Pada masa yang sama, saya juga pakai Aulora Pants dengan Kodenshi saya pada waktu tidur.
Pada keesokan hari, gatal-gatal di kulit saya sudah tiada.
Saya amat bersyukur Belixz Shiruto dapat membantu saya mengurangkan rasa gatal-gatal kulit yang di sebabkan oleh alahan.
Jika anda atau ahli keluarga anda kerap mengalami gatal-gatal kulit yang di sebabkan oleh alahan atau alergi, cubalah Shiruto daripada Jepun.
Sampai sini sahajalah perkongsian saya.
Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.
Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.
Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Kalau anda tidak pasti, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.
Kalau anda ada isu-isu yang di sebabkan penyakit yang serius, anda harus dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal yang pakar.
Jika anda mempunyai soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.
Leave A Comment