Bagaimana Shiruto Membantu Orang Yang Ada Resdung?

Adakah anda atau ahli keluarga sering mengalami hidung tersumbat, kerap bersin di waktu pagi, atau mukosa hidung gatal akibat resdung (sinusitis / allergic rhinitis)?

Ramai yang mencari penyelesaian semula jadi untuk mengawal gejala resdung tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan bersteroid bagi jangka masa panjang. Salah satu makanan berfungsi yang semakin popular di Malaysia adalah Belixz Shiruto daripada BE International.

Artikel ini menjelaskan bagaimana Belixz Shiruto berfungsi menyokong sistem imun badan, peranannya dalam membantu penderita resdung, serta perkongsian pengalaman anak saya menggunakannya.

Ringkasan Pantas: Adakah Belixz Shiruto Boleh Membantu Isu Resdung?

Belixz Shiruto bukannya ubat atau penawar khusus untuk resdung, sebaliknya ia adalah makanan berfungsi yang mengandungi bahan aktif utama iaitu IP-PA1.

IP-PA1 berfungsi mengaktifkan makrofaj (sel imun badan) untuk merangsang pertahanan semula jadi badan, membantu mengawal tindak balas keradangan dan memproses allergen (seperti habuk & hama) dengan lebih berkesan.

Hasilnya, ia membantu mengurangkan kekerapan dan keamatan gejala resdung seperti hidung tersumbat, bersin, dan selsema berpanjangan.

Mommy Lynn dengan Belixz Shiruto

Di atas adalah gambar saya dengan sekotak Belixz Shiruto.

Apakah Itu Resdung (Allergic Rhinitis & Sinusitis)?

Sebelum memahami fungsi Shiruto, penting untuk mengetahui pemicu utama resdung:

  • Allergic Rhinitis (Alahan Hidung): Keradangan pada rongga hidung yang dicetuskan oleh bahan alahan (allergen) di udara seperti hama debu rumah, spora kulat, bulu haiwan peliharaan, dan debunga.
  • Sinusitis (Radang Sinus): Keradangan atau jangkitan pada rongga sinus yang dihubungkan ke rongga hidung, kerap disebabkan oleh jangkitan kuman, virus, atau komplikasi alahan yang berpanjangan.

Gejala-Gejala Biasa Resdung:

  1. Bersin kerap terutamanya pada waktu pagi atau persekitaran sejuk.
  2. Hidung tersumbat dan cecair hidung berair atau pekat.
  3. Sakit kepala, rasa berat di bahagian dahi, pisa, dan sekitar mata.
  4. Gatal pada mata, hidung, dan tekak.
  5. Keletihan dan gangguan tidur malam akibat sukar bernafas.
Allergy pollen

Bagaimana Belixz Shiruto Membantu Mengurangkan Gejala Resdung?

Belixz Shiruto dirumus khas di Jepun menggunakan teknologi penapaian gandum proprietary. Ia mengandungi gabungan IP-PA1 dan beta-glucan.

Berikut adalah mekanisme bagaimana Belixz Shiruto bekerja di dalam badan untuk menangani masalah resdung:

1. Mengaktifkan Sel Makrofaj (Macrophage)

Makrofaj adalah sel darah putih utama dalam sistem imun yang bertindak sebagai “pengawal keselamatan” badan. Makrofaj bertanggungjawab:

  • Menelan dan memusnahkan patogen (bakteria, virus) dan bahan asing (allergen).
  • Menghantar isyarat kepada sistem imun untuk mengawal tindak balas keradangan.
  • Membuang sel-sel rosak atau mati di dalam rongga hidung dan sinus.

Dengan kehadiran IP-PA1, makrofaj diaktifkan secara semula jadi supaya ia dapat memproses allergen dengan lebih pantas sebelum memulakan tindak balas alahan yang teruk.

2. Mengimbangi Tindak Balas Sistem Imun (Immunomodulation)

Resdung alahan berlaku apabila sistem imun terlebih reaktif (overactive) terhadap bahan yang tidak berbahaya seperti habuk. Shiruto membantu mengimbangi sistem imun (modulasi imun) supaya badan tidak mengeluarkan histamin secara berlebihan yang menyebabkan hidung berair dan membengkak.

3. Membantu Mengurangkan Keradangan Semula Jadi

Kombinasi IP-PA1 dan Beta-Glucan membantu meredakan keradangan pada tisu saluran pernafasan dan mukosa hidung, membolehkan rongga pernafasan kembali lapang.

Apakah tanda-tanda dan gejala sinus?

Berdasarkan laman myhealth.gov.my, di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:

  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam

Apakah punca yang mengakibatkan resdung?

Berdasarkan laman hellodoktor.com, ia mengemukakan 4 punca resdung iaitu:

  • Hama debu di rumah
  • Debungan dan spora
  • Haiwan peliharaan
  • Alegen di tempat kerja

Pengalaman Sebenar Penggunaan Shiruto Untuk Anak Yang Ada Resdung

Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan produk Shiruto daripada Jepun untuk mengurangkan masalah resdung yang di alami anak saya.

Anak saya kerap bersin, hidung berair dan tersumbat terutamanya pada waktu pagi dan malam.

Kadangkala, hidungnya akan tersumbat pada waktu malam dan dia tidak dapat bernafas dengan sempurna.

Oleh kerana tidak dapat bernafas, anak saya tidak dapat tidur dengan lena.

Pada keesokan hari, dia merasa sangat letih, pening kepala dan terpaksa di bawa ke klinik untuk jumpa doktor.

Doktor ada mengesorkan ubat-ubat untuk hidung sumbat anak saya.

Salah satunya adalah ubat semburan hidung Avamys.

Avamys memang berkesan, tetapi saya tidak mahu menggunakannya untuk jangka masa panjang kerana Avamys adalah ubat yang mempunyai steriod.

Avamys Nasal Spray Malaysia

Itu adalah satu-satunya sebab saya cuba produk Shiruto.

Pada setiap hari, saya akan memberikan 1 sachet Shiruto kepada anak saya.

Penggunaan Shiruto adalah amat mudah.

Anak saya cuma perlu tuangkan kandungan Shiruto ke dalam mulutnya dan minum air.

Rasanya seperti buah-buah beri biru ataupun blueberry.

Hasilnya adalah cukup ketara.

Anak saya tidak menghadapi masalah resdung lagi dan dia juga jarang jatuh sakit.

Sebagai seorang ibu, saya memang bersyukur dan gembira dapat melihat anak saya sihat dan aktif.

Bolehkah Shiruto membantu anda ataupun ahli keluarga anda untuk mengurangkan masalah resdung?

Secara ikhlas, saya tidak tahu jawapannya.

Pengalaman positif anak saya mungkin berbeza dengan anda.

Keberkesanaan Shiruto untuk anak saya mungkin berbeza dengan anda kerana badan dan fisiologi kita adalah berbeza.

Walau bagaimanapun, di harapkan perkongsian saya di atas dapat membantu anda.

Soalan Lazim Mengenai Belixz Shiruto & Resdung (FAQ)

Adakah Belixz Shiruto Selamat & Halal?

Ya, Belixz Shiruto dihasilkan di Jepun dengan standard pengilangan GMP yang ketat dan diiktiraf Halal oleh Japan Muslim Association (JMA) yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

Adakah Shiruto Merupakan Ubat Hospital Untuk Resdung?

Tidak. Shiruto adalah suplemen pemakanan (functional food/dietary supplement) untuk menyokong imuniti badan, bukannya ubat preskripsi untuk merawat atau menyembuhkan penyakit secara khusus. Jika anda mengalami jangkitan sinus yang teruk atau kronik, sentiasa rujuk doktor bertauliah.

Bolehkah Shiruto Diambil Bersama Ubat Doktor?

Ya, Shiruto adalah makanan kesihatan semula jadi. Walau bagaimanapun, anda disyorkan memberi jarak masa 1 hingga 2 jam antara pengambilan Shiruto dan ubat preskripsi doktor.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila rujuk seorang doktor.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh hubung saya melalui nombor di bawah:

Nombor WhatsApp: +60176037698

Anda juga boleh klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp dan saya akan menolong anda.

Klik sini untuk WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top