Bagaimana Nak Tahu Belixz Livcore Dari BE International Berkesan?

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Mommy Lynn Belixz Livcore

Di atas adalah gambar saya dengan botol Belixz Livcore.

Bagaimana untuk tahu sama ada produk Livcore betul-betul berkesan untuk kesihatan hati kita?

Di artikal ini, saya akan cuba menjawab soalan di atas.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Peluang perniagaan BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk makan berfungsi daripada BE ialah Belixz Livcore.

Terlebih dahulu, sebagai penafian, saya bukan seorang doktor.

Info-info yang saya berkongsi di dalam artikal ini adalah berdasarkan pencarian dan pembacaan saya di internet daripada laman-laman web yang bereputasi.

Saya juga akan memaparkan pautan ke laman-laman tersebut sebagai rujukan anda.

Kalau anda tidak pasti, sila buat pembacaan dan rujukan anda sendiri.

Artikal ini adalah untuk perkongsian info sahaja.

Kalau anda mempunyai isu-isu yang di sebabkan oleh penyakit yang serius, saya akan cadangkan anda dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal atau doktor-doktor pakar.

Info produk

Apa itu Belixz Livcore?

Livcore adalah sejenis makanan yang berfungsi khas untuk penjagaan kesihatan hati kita.

Belixz Livcore telah di lancarkan di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Hong Kong pada 1 haribulan April 2024.

Sejak perlancarannya, produk Livcore telah mendapat sambutan yang amat baik di pasaran.

Kini, Livcore sedang trending di medan sosial seperti TikTok, YouTube, Facebook, Instagram dan lain-lain.

Apakah fungsi Livcore?

Apakah manfaat-manfaat kegunaan Livcore?

Livcore memberikan 3 manfaat kepada hati anda iaitu:

  • Detoksifikasi – Menyinkirkan toksin dan kotoran yang terkumpul.
  • Melindungi – Melindungi hati dengan melawan radikal bebas, melindunginya daripada kerosakan yang mungkin berlaku.
  • Memberi tenaga – Memberi tenaga kepada hati untuk memudahkan proses penyingkiran toksin yang berterusan, melengkapkan kitaran untuk menjana semula fungsi hati.

Livcore dapat memberikan 3 fungsi di atas dengan menggunakan 5 bahan daripada sumber semulajadi yang terbukti berkesan memberikan manfaat kepada hati kita berdasarkan kajian-kajian klinikal.

Berdasarkan produk katalog yang di bekalkan oleh syarikat BE, 5 bahan aktif di dalam Livcore adalah:

  1. Ekstrak biji brokoli
  2. Ekstrak milk thistle
  3. Ekstrak articok
  4. Ekstrak kunyit
  5. Ekstrak oakwood Perancis

Keberkesanan produk

Kalau anda nak tahu samada produk Livcore memberikan kesan yang positif kepada hati anda, saya akan recommend anda jalankan ujian fungsi hati atau liver function test dahulu.

Apa itu ujian fungsi hati?

Berdasarkan portal MyHealth:

“Menjadi satu amalan, apabila doktor ingin memulakan sesuatu rawatan ubatan, pesakit akan menjalankan ujian fungsi hati.

Ujian ini amat penting bagi mengetahui status hati kita.

Selepas pengambilan ubatan beberapa bulan, ujian fungsi hati akan dijalankan semula untuk mengetahui samada ubatan yang diberi boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati ataupun tidak.”

Ujian fungsi hati boleh di buat dengan pengambilan darah dan menjalani ujian makmal.

Antara ujian makmal yang di lakukan adalah ujian penentuan paras analit berikut :

  • Protein, albumin dan globulin
  • Bilirubin
  • Enzim Alkaline Phosphatase (ALP)
  • Enzim Alanine Transaminase (ALT)
  • Enzim Aspartate Transaminase (AST)
  • Gamma-glutamyl transpeptidase (GGT)

Apabila anda mendapat laporan ujian fungsi hati, keputusan laporan berikut akan menjadi dasar ukuran anda.

Kalau laporan ujian fungsi hati menunjukkan keadaan hati anda adalah normal, anda boleh mula ambil 1 capsul Livcore setiap hari untuk mengekalkan kesihatan hati anda.

Belixz Livcore 30 capsule bottle

Gambar di atas menunjukkan capsul Livcore. Setiap botol mempunyai 30 capsul.

Kalau laporan ujian fungsi hati menunjukkan hati anda kurang sihat, anda boleh mula ambil 2 capsul Livcore setiap hari.

Berapa lamakah anda perlu mengambil Livcore?

Saya akan recommend anda ambil produk Livcore sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat keputusan samada ia dapat membantu keadaan hati anda atau tidak.

Anda boleh buat ujian fungsi hati sekali lagi selepas 6 bulan.

Bila anda dapat keputusan ujian fungsi hati yang baru, anda boleh buat perbandingan dengan laporan ujian fungsi hati dasar anda.

Jika laporan ujian fungsi hati baru menunjukkan keadaan hati anda bertambah baik, ini menunjukkan Livcore berkesan untuk anda.

Anda boleh teruskan ambil Livcore untuk penjagaan kesihatan hati anda.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.

Kalau anda ada isu-isu yang di sebabkan penyakit yang serius, anda harus dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal yang pakar.

Berapakah harga ahli Belixz Livcore?

Bagaimana membeli Livcore secara online?

Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-05-02T11:14:09+08:00 May 2nd, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment