Di artikal ini, saya akan berkongsi pendapat saya menggunakan Aulora Basic Top dengan Kodenshi daripada BE International.
BE International telah melancarkan Aulora Basic Top pada bulan Februari 2020.
Gambar di atas menunjukkan mannequin yang memakai Aulora Basic Top yang di padankan dengan Aulora Pants untuk wanita dan juga Aulora Panties.
Apakah kebaikan Aulora Top dengan Kodenshi?
Apakah perasaan semasa memakainya?
Adakah ianya selesa di pakai?
Saya ingin tahu jawapan kepada soalan-soalan di atas oleh itu saya telah membeli 2 helai Basic Top setelah BE International melancarkannya di pasaran.
Di bawah adalah pengalaman saya dan suami saya menggunakan Aulora Basic Top.
Apa it Kodenshi?
Terlebih dahulu, apa it Kodenshi?
Kodenshi adalah teknologi fabrik daripada negara Jepun.
Teknologi fabrik Kodenshi menyepadukan zarah-zarah seramik yang sangat halus ke dalam serat-serat kain.
Apabila kain Kodenshi menyentuh kulit pemakai, ia akan menyerap suhu badan pemakai dan mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR).
Sinar inframerah jauh boleh memberikan banyak manfaat dari segi kesihatan badan.
Untuk mengenali teknologi Kodenshi dengan lebih teliti, sila baca artikal di bawah.
[What Is Kodenshi Fiber And How Does It Work?]
Sinar inframerah jauh boleh membawa banyak manfaat kesihatan dan salah satunya adalah membantu untuk menguruskan badan.
Apa kebaikan Aulora Basic Top?
Pada bulan Februari 2020, saya dan suami saya telah pergi ke pejabat BE International di Bukit Jalil untuk melihat Aulora Basic Top di ruang pameran.
Gambar di bawah adalah Basic Top yang di pameran di ruang pameran.
Gambar di atas adalah Aulora Basic Top yang di padankan dengan Aulora Boxer.
Apabila di lihat dengan dekat, kain Aulora Basic Top adalah lembut dan elastik.
Berdasarkan produk katalog Aulora Basic Top, komposisi T-shirt tersebut adalah 89.6% Kodenshi® Nylon dan 10.4% Polyurethane.
Pada pendapat saya, bahan polyurethane yang memberikan rasa elastik kepada kain Basic Top tersebut.
Gambar di atas menunjukkan kain Aulora Basic Top secara dekat.
Kain Aulora Top adalah ringan, licin dan elastik.
Manfaat Aulora Basic Top
Berikut adalah manfaat-manfaat Aulora Basic Top yang tertera di dalam produk katalog:
- Reka bentuk, kelembutan dan keselesaan yang unggul dari Jepun
- Bahan kain yang boleh bernafas dengan liputan maksimum sinar inframerah jauh ke badan
- Pakaian berfungsi dengan pelbagai ciri-ciri yang unik
- Membantu meningkatkan prestasi semasa bersukan
- Membantu meningkatkan kualiti tidur dan rehat
- Membantu mengekalkan suhu badan selepas T-shirt di tanggalkan
- Anti-bau
Carta saiz Basic Top
Untuk membuat pesanan Aulora Basic Top yang baru, saya telah menggunakan aplikasi BE4U untuk membeli 2 helai T-shirt Kodenshi.
Untuk menentukan saiz baju untuk saya dan suami saya, saya telah mengambil ukuran di bahagian bahu, ukuran lilitan di bahagian dada dan juga ukuran lilitan di bahagian pinggang.
Gambar di bawah menunjukkan cara mengambil ukuran badan dalam CM untuk menentukan saiz.
Mengikuti carti saiz di bawah, saiz Aulora Basic Top untuk saya adalah XS.
Testimoni Aulora Basic Top
Selepas 5 hari saya membuat tempahan Aulora Basic Top, parcel saya di hantar ke rumah oleh Citylink.
Gambar di atas adalah Aulora Basic Top baru yang di terima.
Gambar-gambar di atas adalah kali pertama saya memakai Aulora Top.
Pada hari pertama saya memakai Aulora Basic Top, saya telah menggunakannya untuk tidur.
Secara ikhlas, saya tidak merasa apa-apa perbezaan.
Saya tetap tidur dengan lena sepanjang malam.
Pada keesokan hari, saya memakai Basic Top sepanjang hari dan saya menjalankan aktiviti-aktiviti harian saya seperti mencuci dan memasak.
Apa yang saya dapat rasa adalah keringanan di bahagian bahu saya.
Biasanya selepas saya memasak di dapur, saya akan rasa ketegangan otot-otot di bahagian leher dan bahu saya.
Setelah saya memakai T-shirt Kodenshi, saya tidak rasa ketegangan di bahagian bahu.
Untuk suami saya, dia memakai Aulora Basic Top saiz L. Di atas adalah saya dan suami saya memakai Basic Top.
Untuk suami saya, sebelum dia memakai Aulora Top, dia biasanya berdengkur semasa tidur.
Ketika dia memakai Basic Top, saya mendapati dia kurang berdengkur semasa tidur.
Ini adalah satu kebaikan Aulora Basic Top yang amat bagus untuk isteri yang suami mereka kerap berdengkur.
Sampai sini sahaja perkongsian saya menggunakan Aulora Basic Top daripada BE International.
Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Kalau anda berminat dengan Aulora Basic Top, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.
Leave A Comment