Penjualan Produk Direct Sale Di Laman E-commerce

Pada 2 haribulan September 2021, saya dan suami saya bersama-sama dengan mentor bisnes saya telah bertemu dengan seorang ketua industri multi level marketing (MLM) yang sangat berpengalaman di Malaysia di dalam Zoom.

Zoom Live

Nama beliau ialah En. A dan dia telah berkecimpung di dalam industri MLM lebih 10 tahun dengan menjual produk alat penapis air.

En. A mempunyai perselisihan faham dengan syarikat jualan langsung yang dia bekerjasama dan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Bila En. A meninggalkan syarikat jualan langsungnya, dia juga meninggalkan bisnes MLM yang menjana pendapatan lebih RM200,000 setiap bulan.

Saya terkejut apablia mendengar ceritanya tetapi En. A tidak mahu berpegang kepada pengalaman yang lamanya.

En. A sedang mencari syarikat jualan langsung yang baru untuk membina sekali lagi bisnes MLM yang akan menjana pendapatan 6 angka sebulan.

En. A telah membaca artikal-artikal di blog saya dan dia berminat untuk mengetahui syarikat MLM manakah yang saya bekerjasama.

Kami berempat bertemu dan berbincang dalam Zoom lebih 90 minit.

Untuk bisnes MLM barunya, En. A mahu menjual produk untuk pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan.

Syarikat jualan langsung yang saya dan suami saya bekerjasama adalah BE International.

Semua produk-produk jenama BE International adalah untuk pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan.

Oleh itu, BE International mungkin dapat memenuhi kehendak En. A.

Penjual tanpa izin di laman e-commerce

Di dalam perbincangan, En. A bertanya mengenai satu isu yang di alami oleh semua ketua di dalam industri MLM.

“Bagaimana syarikat menandingi masalah penjual-penjual tanpa izin yang penjual produk-produk daripada syarikat jualan langsung di laman e-commerce?”

Laman-laman e-commerce adalah seperti Lazada, Shopee, Qoo10, Mudah dan sebagainya.

Ini adalah satu masalah yang di alami oleh semua syarikat jualan langsung.

En. A berkata syarikat jualan langsung yang dia bekerjasama dulu juga mengalami masalah yang sama.

Terdapat banyak penjual tanpa izin yang menjual alat penapis airnya di laman e-commerce dengan harga yang amat murah.

Penjualan tanpa izin di laman e-commerce adalah satu isu besar untuk industri MLM kerana ianya menjejas hasil penjualan agen-agen syarikat jualan langsung yang sah.

En. A mahu tahu apakah langkah-langkah yang di ambil oleh BE Internatioanal untuk mengatasi masalah ini.

Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan mengapa penjualan tanpa izin di laman-laman e-commerce adalah satu masalah besar untuk industi MLM.

Kaedah jualan langsung

Aktiviti perniagaan syarikat jualan langsung adalah seperti pembuatan, pemasaran dan penjualan produk seperti produk penjagaan kulit, makanan berfungsi, nutrisi dan supplemen dan juga produk-produk ataupun servis yang lain.

Syarikat jualan langsung menjual produk dengan menggunakan sistem di mana produk mereka di jual oleh agen ataupun Independent Business Owner (IBO).

Agen-agen dan IBO di beri kebenaran untuk menjual produk-produk oleh syarikat jualan langsung setelah mereka menanda tangani Kontrak Pengedar ataupun Distributor’s Contract.

Agen-agen adalah di kehendaki memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Agen-agen dan IBO juga akan di berikan latihan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penjualan mereka.

Industri jualan langsung di Malaysia adalah di takluk di bawah Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 atau Direct Selling and Anti-Pyramid Act 1993 (DSAPS).

DSAPS adalah untuk mengawal industri jualan langsung khasnya untuk menjaga kepentingan pengguna ataupun buyer protection.

DSAPS menentukan dasar Jualan Langsung dan mengawal industri serta menjaga kepentingan pengguna dengan:

Seksyen 19A – Jualan melalui transaksi electronik:-

1) Tiada seorang pun boleh membekalkan, melalui transaksi electronik, apa-apa barang-barang atau perkhidmatan kecuali mengikut Akta ini atau peraturan-peraturan.

Seksyen 4 – Perniagaan jualan langsung hendaklah di jalankan hanya dengan lesen:-

1) Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang di perbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang di berikan di bawah seksyen 6.

Syarikat jualan langsung juga boleh menjual produk-produk melalui saluran online seperti laman web rasmi dan laman rasmi di medan sosial.

Laman e-commerce online

Laman e-commere online adalah platform yang di sediakan untuk individu memasar dan menjual barangan mereka.

Laman e-commerce

Produk-produk daripada syarikat jualan langsung yang di senaraikan di laman-laman e-commerce adalah di jalankan tanpa izin atau kebenaran.

Laman-laman e-commerce memberi servis seperti:

  • Sokongan logistik
  • Servis penghantaran
  • Servis pembayaran
  • Servis pengambilan
  • Penyenaraian produk
  • Promosi produk

Laman-laman e-commerce menjana keuntungan dengan mengambil peratus caj untuk setiap transaksi yang di lakukan di platform mereka.

Penyelesaian masalah

Isu penjualan produk-produk daripada syarikat jualan langsung tanpa izin di laman-laman e-commerce telah wujud semenjak kewujudan laman-laman tersebut di internet.

Semua syarikat jualan langsung di Malaysia telah pun mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini termasuklah BE International.

BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya jangan membeli produk-produk jenamanya di laman-laman e-commerce.

Notis BE

Di atas adalah notis yang di keluarkan oleh BE International kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang di ambil syarikat jualan langsung tidak begitu berkesan.

Ini kerana, walaupun senarai produk-produk tanpa izin telah di turunkan dan agen-agen yang bertanggungjawab telah di tamatkan Kontrak Pengedar mereka, penjual-penjual baru akan menyenaraikan produk yang sama pada bulan selanjutnya.

Walaupun surat peguam telah di hantar kepada pemilik laman-laman e-commerce supaya menurunkan semua senarai barangan syarikat jualan langsung, namun langkah-langkah yang di ambil agak lambat dan kurang berkesan.

En. A memahami situasi tersebut kerana beliau juga menghadapi situasi yang sama semasa membina perniagaan menjual mesin penapis air.

Tetapi, saya memberitahu En. A sesuatu yang unik berlaku pada BE International pada bulan Ogos 2021.

Ia seakan “berkat dalam penyamaran” atau blessing in disguise.

Salah satu produk yang popular daripada BE International adalah produk makanan berfungsi yang di kenali sebagai Belixz Shiruto yang di impot dari negara Jepun.

Oleh kerana populariti Shiruto di pasaran, terdapat orang yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan dari situasi tersebut.

Mereka telah menghasilkan produk Shiruto tiruan dan menjualnya dengan harga yang murah di laman e-commerce.

BE International mula membuat siasiatan selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Pada bulan Ogos 2021, pihak pengurusan syarikat BE International mempunyai bukti yang kukuh terdapat Shiruto tiruan di pasaran justeru telah membuat laporan polis.

Seterusnya, BE International mengeluarkan notis di bawah.

Notis Shiruto palsu

Anda boleh membaca notis syarikat di laman rasmi BE International Facebook di sini.

Kini dengan penglibatan pihak polis, agen-agen yang menjual produk-produk daripada syarikat jualan langsung tanpa kebenaran terpaksa menghadapi risiko yang lebih tinggi.

Mereka bukan sahaja akan kehilangan Kontrak Pengedar mereka, syarikat-syarikat jualan langsung mungkin akan mengambil tindakan mahkamah sivil terhadap mereka.

Oleh itu, BE International kini ada penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah penjual-penjual tanpa izin yang menjual produk-produk jenamanya di laman e-commerce.

Selepas perbincangan kami di Zoom, En. A berpuas hati dan membuat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli BE International dan menjadi downline barisan hadapan saya dan suami saya.

Adakah anda seorang ketua di dalam industri MLM yang sedang mencari syarikat MLM baru yang maju dan dinamik?

Jika ya, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana kita boleh bekerjasama.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-09-07T17:39:16+08:00 September 6th, 2021|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment