Di dalam artikal ini, saya ingin membuat satu review ke atas minuman kolagen jenama Belixz Collagen Plus daripada BE International.
Terlebih dahulu, terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Perth, Australia.
Apa itu Belixz Collagen Plus?
Untuk pengetahuan, Collagen Plus adalah sejenis minuman kolagen yang memberikan khasiat dan nutrien khas untuk kesihatan kulit kita.
Zat khasiat dan nutrien ini akan memberikan asas yang kuat dan kukuh kepada kulit kita untuk melawan dan melambatkan proses penuan.
Di bahagian seterusnya, saya akan menjelaskan mengapa kita harus mengambil makanan tambahan ataupun supplement untuk kesihatan kulit kita.
Terdapat 2 faktor yang penting mengapa kita perlu supplement untuk kulit kita. Ianya adalah:
- Proses penuaan
- Pendedahan kepada cahaya matahari
Adakah kulit anda membocorkan usia anda?
Bolehkah anda mengetahui umur seseorang wanita dengan hanya melihat keadaan kulitnya?
Sebenarnya, adalah amat sukar untuk mengetahui umur seseorang wanita dengan hanya melihat kulitnya.
Seorang wanita mungkin berusir muda, tetapi oleh kerana diet permakannya, gaya hidup dan pendedahan kepada cahaya matahari, keadaan kulitnya mungkin mirip seorang wanita yang berusia pertengahan umur (middle age).
Apabila usia kita semakin tua, keupayaan kulit kita untuk memperbaharukan sel-sel tua dengan sel-sel baru akan menjadi semakin perlahan.
Oleh itu, keadaan kulit kita tidak lagi seperti kulit kita semasa berusia muda.
Malangnya, keupayaan kulit kita untuk menjanakan sel-sel baru di perlahankan lagi oleh proses penuaan semulajadi dan pendedahan kepada cahaya matahari.
Bila kita melalui proses penuaan semulajadi dan pendedahan kepada cahaya matahari, kulit kita akan kerap menjadi kering, kehilangan kolagen and mengalami keradangan (inflammation).
Ini akan mengakibatkan kulit kita menjadi kendur, kering kontang, berbintik-bintik, kusam dan warna kulit yang tidak serata dan sebagainya.

Apakah penyelesaian yang terbaik untuk kulit kita?
Kebiasaannya, cara untuk membaiki kulit yang rosak di sebabkan oleh proses penuaan dan pendedahan kepada cahaya matahari ialah dengan mengambil makanan tambahan kolagen ataupun collagen supplementation.
Itulah sebabnya terdapat pelbagai jenama suplemen kolagen di pasaran.
Walaubagaimanapun, dengan hanya mengambil suplemen kolagen adalah tidak memadai oleh kerana untuk melambatkan proses penuaan, kita memerlukan satu asas bahagian kulit yang kuat.
Apa yang di perlukan adalah dengan mengambil suplemen khasiat dan nutrien seperti kolagen, air untuk kelembapan kulit dan menjauhan diri daripada pendedahan cahaya matahari UV yang melampau.
Di sinilah produk Collagen Plus daripada BE International dapat membantu.
Apakah itu Collagen Plus?
Belixz Collagen Plus adalah formula minuman kolagen khas dengan menggunakan ramuan semulajadi.
Collagen Plus adalah sejenis produk yang menerima sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jenama Collagen Plus di miliki eksklusif syarikat BE International yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
BE International adalah syarikat jualan langsung yang dinamik dengan aspirasi untuk berkembang ke luar negara.
Oleh itu, BE International telah mendapat lesen dan berdaftar sebagai sebuah syarikat jualan langsung di Singapura, Malaysia Indonesia, Brunei and Hong Kong.
Di bahagian seterusnya, saya akan menjelaskan 3 ramuan utama dan kebaikan serta kelebihan Collagen Plus dan mengapa minuman kolagen ini adalah unik berbanding dengan jenama lain di pasaran.
1) Kolagen tripeptida
Kandungan pertama ialah kolagen tripeptida.
Apa itu kolagen?
Berdasarkan satu artikal daripada Harian Metro:
Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia termasuk manusia.
Untuk Collagen Plus, ianya menggunakan kolagen hidrolisis yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sumber laut dari Korea Selatan.
Kolagen tripeptida mempunyai saiz molekul yang kecil kurang daripada 500 Dalton.
Saiz molekul yang kecil adalah lebih mudah untuk di serap oleh badan kita.

Manfaat kolagen tripeptida adalah untuk memberikan kekuatan untuk struktur kulit serta mengekalkan elasiti kulit. Ia umpama rangka keluli di antara tisu kulit kita.
Salah satu manfaat Collagen Plus berbanding dengan minuman kolagen jenama lain di pasaran ialah keberkesanannya.
Kolagen tripeptida daripada Collagen Plus boleh membantu meningkatkan kepejalan kulit sebanyak 85%.
Ianya juga dapat mengurangkan kedutan kulit sebanyak 75%.
Apabila anda berbanding keberkesanan minuman kolagen di pasaran, pastikan produk tersebut berkesan.
Oleh yang demikian, fungsi dan kegunaan Collagen Plus adalah untuk menolong membina semula struktur kulit, meningkatkan kepejalan dan mengurangkan keduta pada kulit kita.
2) Fitoceramide
Kandungan kedua di dalam Collagen Plus adalah fitoceramide.
Fungsi-fungsi fitoceramide adalah untuk meningkatkan kelembapan kulit dan membantu melindungi komposisi air dalam kulit supaya kulit sentiasa sihat berseri.
Apakah kepentingan ceramide untuk kulit kita?
Berdasarkan satu artikal di Popbela.com:
Berdasarkan penjelasan celebrity esthetician Renée Rouleau, ceramide adalah lipida lilin alami yang terdapat pada seluruh lapisan epidermis. Ketika berfungsi secara efektif, ceramide melindungi kulit dari polusi, bakteri, dan gangguan lingkungan yang menyerang kulit
Ceramide adalah lipid semulajadi, ia merupakan komponen utama lapisan luaran kulit kita.
Ia sebagai “pelekat” yang mengikat sel-sel pada lapisan luar kulit.
Selain itu, ia juga dapat menggabungkan molekul air agar memelihara kulit yang lembut dan licin.
Formula Collagen Plus menggunakan fitoceramide berpaten yang di perolehi daripada sumber lipid gandum.
Ia dapat membantu membaiki barisan pertahanan kulit dan mengekalkan mekanisma kelembapan kulit yang mendalam.
3) Ekstrak bilberri
Kandungan ketiga Collagen Plus adalah ekstrak bilberri dari Eropah.
Fungsi bilberri adalah sebagai antioksidan yang sangat berkuasa.
Ekstrak bilberri akan melindungi salur darah untuk menyokong peredaran yang sihat.
Ia juga akan melindungi sel badan daripada tekanan oksidatif.
4) Ekstrak zaitun dan ekstrak akar manis
Kadungan seterusnya ialah ekstrak zaitun dan ekstrak akar manis dari Itali.
Ekstrak-ekstrak tersebut akan membantu menghalang penghasilan melanin berlebihan dan mengurangkan keradangan akibat perubahan hormon, tekanan dan penuan.
5) Ekstrak oren merah
Kandungan terakhir ialah ekstrak oren merah dari Itali.
Ekstrak oren merah akan melindungi daripada faktor luaran.
Ia boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif akibat sinaran UV dan pigmentasi yang di sebabkan oleh cahaya matahari.
Apakah cara minum Collagen Plus?
Apakah cara untuk ambil Collagen Plus?
Cara untuk minum Collagen Plus adalah amat mudah.
Anda hanya perlu campurkan kandungan 2 sachet ke dalam 100 ml air suam dan kacau.
Biasanya, saya akan tuang 2 sachet Collagen Plusq ke dalam shaker, masukkan 2 ketuk ais dan goncang.
Rasanya adalah seperti jus buah-buahan yang lazat!
Untuk orang yang berumur 25 – 35 tahun, adalah di syorkan untuk minum 1 sachet pada waktu pagi and 1 sachet pada waktu malam.
Bagi orang yang berumur 36 tahun ke atas ataupun orang yang banyak terdedah kepada cahaya matahari, adalah di syorkan untuk minum 2 sachet pada waktu pagi dan 2 sachet pada waktu malam.
1 kotak Collagen Plus ada 30 sachet.
Testimoni saya menggunakan Collagen Plus
Di bahagian ini, saya akan berkongsi testimoni saya sendiri mengambil minuman Collagen Plus.
Kali pertama saya di perkenalkan kepada Collagen Plus adalah pada bulan Februari 2026.
Sebelum itu, saya hanya menggunakan produk Belixz Maqnifiq daripada BE International juga.
Collagen Plus adalah produk dengan formulasi baru yang menggantikan Belixz Maqnifiq.
Saya amat berminat untuk mengetahui apakah kesan atas kulit saya selepas saya minum suplemen kolagen.
Oleh itu, saya telah membeli beberapa kotak Collagen Plus untuk mencubanya.
Saya telah di syorkan untuk minum 2 sachet pada waktu pagi and 2 sachet pada waktu malam.
Mengapa perlu mengambil sehingga 4 sachet dalam satu hari?
Ini akan memberikan “boosting effect”.
Rasa minuman Collagen Plus adalah seperti jus buah-buahan dan sedap sekali.
Walaupun sumber kolegen adalah daripada laut, ianya tidak berbau ikan sama sekali.
Ianya berbau lebih kepada buah sitrus ataupun oren.
Persediaanya juga agak mudah.
Saya cuma tuangkan serbuk campuran ke dalam shaker, tambah 1 cawan air suam dan goncang.
Di atas adalah video bagaimana saya menyediakan Collagen Plus setiap pagi.
Apakah kesan ke atas kulit selepas saya mengambil Collagen Plus selama 10 hari?
Gambar rajah di bawah adalah “sebelum dan selepas” saya minum suplemen kolagen.


Daripada gambar di atas, titik-titik di muka saya telah kurang.
Kedutan kulit yang halus di tepi mata saya juga menjadi kurang.
Warna kulit saya juga menjadi lebih cerah.
Secara amnya, saya amat gembira dengan keputusan kulit saya setelah minum kolagen.
Cara membeli Collagen Plus?
Apakah cara untuk membeli Collagen Plus secara online?
Cara yang terbaik adalah dengan mendaftar sebagai ahli dan membeli Collagen Plus terus daripada BE International.
Ada banyak orang yang bertanya, mengapa mereka perlu mendaftar sebagai ahli BE International untuk membeli Collagen Plus sedangkan ada banyak orang yang menjualnya di Lazada, Shopee, Qoo10 etc?
Alasnya adalah ringkas, mendaftar sebagai ahli ialah untuk perlindungan pembeli.
Berdasarkan satu laporan daripada Berita Harian:
Oleh kerana banyak insentif (dalam pengumuman PRIHATIN), ramai cuba mengambil kesempatan untuk menipu rakyat kita dan sebagainya. Kes scammer begitu banyak sekali
Terdapat pelbagai jenis penipuan online seperti Macau scam, love scam, loan scam, and parcel scam.
Mengapa mengambil risiko dan membeli daripada orang yang tidak di kenali di internet?
Daftarlah sebagai ahli sah dan membeli Collagen Plus terus daripada BE International.
Pendaftaran ahli kini boleh di laksanakan di Malaysia, Singapura, Brunei and Hong Kong (HK).
Keahlian adalah sah untuk 1 tahun.
Apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda boleh muat turun app BE4U dan membeli Collagen Plus dengan menggunakan telefon pintar anda.
Pembayaran boleh di buat dengan menggunakan kad kredit ataupun pindahan bank online.
Pesanan anda akan di hantar ke alamat rumah anda.
Notis terbaru
Adakah terdapat Belixz Collagen Plus yang palsu atau tiruan di pasaran?
Jawapannya ialah Ya, terdapat produk Collagen Plus yang bukan original di pasaran.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Semenjak produk Collagen Plus di lancarkan di pasaran, ia telah mendapat sambutan yang amat baik.
Apabila sesuatu produk mendapat permintaan yang tinggi, tentunya ada orang yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menjana peruntungan yang cepat.
Oleh itu, mereka telah mula menjual Collagen Plus tiruan di laman-laman ketiga atau laman-laman e-commerce.
Jika anda berhasrat untuk mendapatkan Belixz Collagen Plus yang tulen dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapat produk yang original adalah dengan mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian terus dengan syarikat BE.
Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.
Untuk memastikan para pengguna mendapat produk Collagen Plus yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya JANGAN membeli produk tiruan daripada laman-laman ketiga atau laman-laman e-commerce.
Syarikat BE ingin memaklumkan supaya jangan membeli produk-produk syarikat yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak sah.
BE memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.
Yang paling buruk, produk tiruan tersebut akan membawa risiko kepada kesihatan para pengguna.
Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan original dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.
Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.
Apakah langkah lain yang di ambil syarikat BE untuk melindungi para pengguna?
Untuk melindungi para pengguna daripada produk-produk tiruan, syarikat BE telah menyertai HKRMA.
Kerjasama HKRMA
Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.
HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.
Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.

Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.
Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.
Infomasi di atas adalah untuk pembelajaran sahaja.
Keberkesanan produk bergantung kepada individu dan mungkin tidak ada berkesan untuk anda.
Kalau anda berminat untuk mencuba Collagen Plus, anda boleh mendaftar sebagai ahli BE International dan membuat pembelian terus daripada syarikat.
Untuk mengetahui manfaat-manfaat ahli BE International, sila klik pautan di bawah.
[7 Manfaat & Kebaikan Menjadi Ahli BE International]
Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.
Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.
Kalau anda mempunyai soalan mengenai Collagen Plus, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.
Leave A Comment