Kebaikan Maqnifiq Kolagen – Minuman Kolagen Halal

Di dalam artikal ini, saya ingin membuat satu review ke atas minuman kolagen jenama Belixz Maqnifiq daripada BE International.

Terlebih dahulu, terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Mommy Lynn with Maqnifiq

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Maqnifiq, minuman kolagen yang saya ambil setiap hari.

Apa itu Maqnifiq?

Untuk pengetahuan, Maqnifiq adalah sejenis minuman kolagen yang memberikan khasiat dan nutrien khas untuk kesihatan kulit kita.

Zat khasiat dan nutrien ini akan memberikan asas yang kuat dan kukuh kepada kulit kita untuk melawan dan melambatkan proses penuan.

Di bahagian seterusnya, saya akan menjelaskan mengapa kita harus mengambil makanan tambahan ataupun supplement untuk kesihatan kulit kita.

Terdapat 2 faktor yang penting mengapa kita perlu supplement untuk kulit kita. Ianya adalah:

  • Proses penuaan
  • Pendedahan kepada cahaya matahari

Adakah kulit anda membocorkan usia anda?

Bolehkah anda mengetahui umur seseorang wanita dengan hanya melihat keadaan kulitnya?

Sebenarnya, adalah amat sukar untuk mengetahui umur seseorang wanita dengan hanya melihat kulitnya.

Seorang wanita mungkin berusir muda, tetapi oleh kerana diet permakannya, gaya hidup dan pendedahan kepada cahaya matahari, keadaan kulitnya mungkin mirip seorang wanita yang berusia pertengahan umur (middle age).

Apabila usia kita semakin tua, keupayaan kulit kita untuk memperbaharukan sel-sel tua dengan sel-sel baru akan menjadi semakin perlahan.

Oleh itu, keadaan kulit kita tidak lagi seperti kulit kita semasa berusia muda.

Malangnya, keupayaan kulit kita untuk menjanakan sel-sel baru di perlahankan lagi oleh proses penuaan semulajadi dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Bila kita melalui proses penuaan semulajadi dan pendedahan kepada cahaya matahari, kulit kita akan kerap menjadi kering, kehilangan kolagen and mengalami keradangan (inflammation).

Ini akan mengakibatkan kulit kita menjadi kendur, kering kontang, berbintik-bintik, kusam dan warna kulit yang tidak serata dan sebagainya.

Pendedahan kulit kepada cahaya matahari

Apakah penyelesaian yang terbaik untuk kulit kita?

Kebiasaannya, cara untuk membaiki kulit yang rosak di sebabkan oleh proses penuaan dan pendedahan kepada cahaya matahari ialah dengan mengambil makanan tambahan kolagen ataupun collagen supplementation.

Itulah sebabnya terdapat pelbagai jenama suplemen kolagen di pasaran.

Walaubagaimanapun, dengan hanya mengambil suplemen kolagen adalah tidak memadai oleh kerana untuk melambatkan proses penuaan, kita memerlukan satu asas bahagian kulit yang kuat.

Apa yang di perlukan adalah dengan mengambil suplemen khasiat dan nutrien seperti kolagen, air untuk kelembapan kulit dan menjauhan diri daripada pendedahan cahaya matahari UV yang melampau.

Di sinilah kolagen Maqnifiq daripada BE International dapat membantu.

Apakah itu Belixz Maqnifiq?

Belixz Maqnifiq adalah formula minuman kolagen khas dengan menggunakan ramuan semulajadi.

Maqnifiq juga adalah sejenis minuman yang di sahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jenama Belixz Maqnifiq di miliki eksklusif syarikat BE International yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BE International adalah syarikat jualan langsung yang dinamik dengan aspirasi untuk berkembang ke luar negara.

Oleh itu, BE International telah mendapat lesen dan berdaftar sebagai sebuah syarikat jualan langsung di Singapura dan Indonesia.

Kebanyakan orang membuat kesilapan dan menganggap ejaan nama jenama sebagai Magnifiq.

Sebenarnya, ejaan yang betul jenama ini ialah Maqnifiq.

Di bahagian seterusnya, saya akan menjelaskan 3 ramuan utama dan kebaikan serta kelebihan Maqnifiq dan mengapa minuman kolagen ini adalah unik berbanding dengan jenama lain di pasaran.

1) Kolagen peptida

Ramuan pertama ialah kolagen peptida.

Apa itu kolagen?

Berdasarkan satu artikal daripada Harian Metro:

Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia termasuk manusia.

Untuk Maqnifiq, ianya menggunakan kolagen hidrolisis yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sumber laut seperti ikan.

Kolagen peptidanya mempunyai saiz molekul yang kecil dan senang diserap oleh badan kita.

Kolagen daripada sumber laut

Manfaat kolagen peptida adalah untuk memberikan kekuatan untuk struktur kulit serta mengekalkan elasiti kulit. Ia umpama rangka keluli di antara tisu kulit kita.

Salah satu manfaat Maqnifiq berbanding dengan minuman kolagen jenama lain di pasaran ialah keberkesanannya.

Kolagen peptida daripada Maqnifiq boleh membantu meningkatkan kepejalan kulit sebanyak 85%.

Ianya juga dapat mengurangkan kedutan kulit sebanyak 75%.

Apabila anda berbanding keberkesanan minuman kolagen di pasaran, pastikan produk tersebut berkesan.

Oleh yang demikian, fungsi dan kegunaan Maqnifiq adalah untuk menolong membina semula struktur kulit, meningkatkan kepejalan dan mengurangkan keduta pada kulit kita.

2) Fitoceramide

Ramuan kedua di dalam Maqnifiq adalah fitoceramide.

Fungsi-fungsi fitoceramide adalah untuk meningkatkan kelembapan kulit dan membantu melindungi komposisi air dalam kulit supaya kulit sentiasa sihat berseri.

Apakah kepentingan ceramide untuk kulit kita?

Berdasarkan satu artikal di Popbela.com:

Berdasarkan penjelasan celebrity esthetician Renée Rouleau, ceramide adalah lipida lilin alami yang terdapat pada seluruh lapisan epidermis. Ketika berfungsi secara efektif, ceramide melindungi kulit dari polusi, bakteri, dan gangguan lingkungan yang menyerang kulit

Ceramide adalah lipid semulajadi, ia merupakan komponen utama lapisan luaran kulit kita.

Ia sebagai “pelekat” yang mengikat sel-sel pada lapisan luar kulit.

Selain itu, ia juga dapat menggabungkan molekul air agar memelihara kulit yang lembut dan licin.

Formula Maqnifiq menggunakan fitoceramide berpaten yang di perolehi daripada sumber lipid gandum.

Ia dapat membantu membaiki barisan pertahanan kulit dan mengekalkan mekanisma kelembapan kulit yang mendalam.

3) Ekstrak rosemari dan limau gedang

Ramuan ketiga Maqnifiq adalah ekstrak rosemari dan limau gedang.

Focus kedua-dua ramuan tersebut adalah untuk perlindungan kulit.

Ramuan rosemari Maqnifiq adalah di perolehi daripada Lorca, Sepanyol yang kaya dengan sumber polifenol.

Sumber limau gedang pula di perolehi daripada Beniel, Sepanyol yang kaya dengan sitrus bioflavonoids terutamanya naringenin.

Apakah sebab formula Maqnifiq menggunakan gabungan ramuan ekstrak rosemari dan limau gedang?

Di dalam satu kajian yang telah mengambil lebih 10 tahun, ianya mendapati gabungan ramuan ekstrak rosemari dan limau gedang memberikan kesan anti-radang dan meningkatkan aktiviti dan fungsi anti-oksida.

Justeru, ia memberi perlindungan daripada sinaran matahari dan memberi perlindungan daripada “photo aging”.

Daripada penyelidikan saya di internet, saya telah menjumpai satu kertas kajian yang di terbitkan oleh US National Library of Medicine yang bertajuk Skin photoprotective and antiageing effects of a combination of rosemary (Rosmarinus officinalis) and grapefruit (Citrus paradisi) polyphenols.

Kalau anda berminat untuk membaca kertas kajian tersebut, sila klik sini.

Apakah cara minum Maqnifiq?

Apakah cara konsumsi minuman kolagen Maqnifiq?

Cara untuk minum Maqnifiq adalah amat mudah. Anda hanya perlu campuran 1 sachet ke dalam 100 ml air suam dan kacau.

Untuk orang yang berumur 25 – 35 tahun, adalah di syorkan untuk minum 1 sachet pada waktu pagi and 1 sachet pada waktu malam.

Bagi orang yang berumur 36 tahun ke atas ataupun orang yang banyak terdedah kepada cahaya matahari, adalah di syorkan untuk minum 2 sachet pada waktu pagi dan 2 sachet pada waktu malam.

Maqnifiq award

1 kotak Maqnifiq ada 30 sachet dan setiap sachet mempunyai 3000 mg kolagen dan 5000 mg anti-oksida.

Testimoni saya menggunakan kolagen Maqnifiq

Di bahagian ini, saya akan berkongsi testimoni saya sendiri mengambil minuman kolagen Maqnifiq.

Kali pertama saya di perkenalkan kepada Maqnifiq kolagen adalah pada November 2017.

Pada masa itu, saya amat berminat dengan produk Aulora Pants with Kodenshi daripada BE International.

Sebelum itu, saya tidak pernah mengambil minuman kolagen.

Saya amat berminat untuk mengetahui apakah kesan atas kulit saya selepas saya minum suplemen kolagen.

Oleh itu, saya telah membeli 1 kotak Maqnifiq kolagen yang mempunyai 30 sachet.

Oleh kerana ini adalah kali pertama mengambil suplemen kolagen, saya di syorkan untuk minum 2 sachet pada waktu pagi and 2 sachet pada waktu malam untuk 7 hari pertama.

Mengapa perlu mengambil sampai 4 sachet dalam satu hari?

Saya di beri tahu, ia akan memberi “boosting effect”.

Rasa minuman kolagen Maqnifiq adalah seperti jus buah-buahan dan sedap sekali.

Walaupun sumber kolegen adalah daripada laut, ianya tidak berbau ikan sama sekali.

Ianya berbau lebih kepada buah sitrus ataupun oren.

Persediaanya juga agak mudah.

Saya cuma perlu tuangkan serbuk campuran ke dalam air suam can kacau.

Apakah kesan ke atas kulit selepas saya mengambil kolagen Maqnifiq selama 7 hari?

Gambar rajah di bawah adalah “sebelum dan selepas” saya minum suplemen kolagen.

Daripada gambar di atas, titik-titik di muka saya telah kurang.

Kedutan kulit yang halus di tepi mata saya juga menjadi kurang.

Warna kulit saya juga menjadi lebih cerah.

Secara amnya, saya amat gembira dengan keputusan kulit saya setelah minum kolagen.

Cara membeli kolagen Maqnifiq?

Apakah cara untuk membeli kolagen Maqnifiq secara online?

Cara yang terbaik adalah dengan mendaftar sebagai ahli dan membeli Maqnifiq terus daripada BE International.

Ada banyak orang yang bertanya, mengapa mereka perlu mendaftar sebagai ahli BE International untuk membeli Maqnifiq sedangkan ada banyak orang yang menjualnya di Lazada, Shopee, Qoo10 etc?

Alasnya adalah ringkas, mendaftar sebagai ahli ialah untuk perlindungan pembeli.

Berdasarkan satu laporan daripada Berita Harian:

Oleh kerana banyak insentif (dalam pengumuman PRIHATIN), ramai cuba mengambil kesempatan untuk menipu rakyat kita dan sebagainya. Kes scammer begitu banyak sekali

Terdapat pelbagai jenis penipuan online seperti Macau scam, love scam, loan scam, and parcel scam.

Mengapa mengambil risiko dan membeli daripada orang yang tidak di kenali di internet?

Daftarlah sebagai ahli sah dan membeli kolagen Maqnifiq terus daripada BE International.

Pendaftaran ahli kini boleh di laksanakan di Malaysia, Singapura, Brunei and Hong Kong (HK).

Keahlian adalah sah untuk 1 tahun.

Apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda boleh muat turun app BE4U dan membeli Maqnifiq dengan menggunakan telefon pintar anda.

Pembayaran boleh di buat dengan menggunakan kad kredit ataupun pindahan bank online.

Pesanan anda akan di hantar ke alamat rumah anda.

Notis terbaru

Adakah terdapat Belixz Maqnifiq yang palsu atau tiruan di pasaran?

Jawapannya ialah Ya, terdapat produk Maqnifiq yang bukan original di pasaran.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Semenjak produk Maqnifiq di lancarkan di pasaran, ia telah mendapat sambutan yang amat baik.

Apabila sesuatu produk mendapat permintaan yang tinggi, tentunya ada orang yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menjana peruntungan yang cepat.

Oleh itu, mereka telah mula menjual Maqnifiq tiruan di laman-laman ketiga atau laman-laman e-commerce.

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan Belixz Maqnifiq yang tulen dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapat produk yang original adalah dengan mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian terus dengan syarikat BE.

Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.

Untuk memastikan para pengguna mendapat produk Maqnifiq yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya JANGAN membeli Maqnifiq tiruan daripada laman-laman ketiga atau laman-laman e-commerce.

Di bawah adalah notis tersebut.

Notis Maqnifiq tiruan

Seperti yang tertera di dalam notis, syarikat BE ingin memaklumkan bahawa terdapat produk tiruan Belixz Maqnifiq yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak sah.

BE memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.

Yang paling buruk, produk tiruan tersebut akan membawa risiko kepada kesihatan para pengguna.

Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan Maqnifiq dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.

Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.

Apakah langkah lain yang di ambil syarikat BE untuk melindungi para pengguna?

Untuk melindungi para pengguna daripada produk-produk tiruan, syarikat BE telah menyertai HKRMA.

Kerjasama HKRMA

Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.

HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.

Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.

BE International dan HKRMA

Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.

Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Infomasi di atas adalah untuk pembelajaran sahaja.

Keberkesanan produk bergantung kepada individu dan mungkin tidak ada berkesan untuk anda.

Kalau anda berminat untuk mencuba minuman kolagen Maqnifiq, anda boleh mendaftar sebagai ahli BE International dan membuat pembelian terus daripada syarikat.

Untuk mengetahui manfaat-manfaat ahli BE International, sila klik pautan di bawah.

[7 Manfaat & Kebaikan Menjadi Ahli BE International]

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Kalau anda mempunyai soalan mengenai Maqnifiq, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-10-18T12:09:09+08:00 October 16th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment