Cara Rank Up Senior Supervisor Dan Ke Atas Shaklee

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini. Nama saya Lynn. Saya daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Holding hands

Mengapa saya menulis artikal ini?

Ceritanya begini.

Saya adalah seorang leader dalam bisnes MLM atau network marketing di Malaysia.

Tetapi, saya BUKAN leader syarikat Shaklee.

Saya membina bisnes MLM saya dengan syarikat lain.

Walau bagaimanapun, untuk membina bisnes MLM, saya banyak menggunakan strategi dan teknik internet marketing atau pemasaran internet.

TIdak lama dahulu, ada seorang pembaca blog saya menghubungi saya melalui WhatsApp.

Dia adalah seorang agen Shaklee di Malaysia bernama Marina.

Marina adalah seorang agen Shaklee yang aktif dan dia berjaya mencapai ranking Supervisor dalam masa kurang daripada 6 bulan.

Di dalam WhatsApp, Marina tanya saya cara untuk rank up ke Senior Supervisor dengan Shaklee.

Saya menjelaskan kepada Marina bahawa saya tidak buat bisnes Shaklee.

Marina adalah seorang gadis yang muda dan dia memang berhasrat untuk berjaya dalam bisnes Shaklee.

Matlamatnya adalah rank up menjadi Senior Supervisor dan ranking yang lebih tinggi dengan Shaklee.

Oleh kerana semangat dan dedikasi Marina, saya sudi membantunya walaupun dia bukan dalam kumpulan saya.

Saya telah menulis dan menerbitkan satu artikal khas untuk Marina menjelasan cara untuk rank up ke Supervisor Shaklee dengan menggunakan teknik internet marketing.

Strategi internet marketing yang saya kongsi juga boleh di gunakan oleh leader-leader Shaklee yang ingin mencapai ranking yang lebih tinggi.

Kalau anda adalah leader Shaklee di ranking Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator ataupun Master Coordinator, di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu anda.

Strategi internet

1) Sediakan website

Tip pertama saya untuk sesiapa yang ingin mencapai ranking yang lebih tinggi dengan Shaklee ialah dapatkan laman, website atau blog sendiri.

Kalau anda nak membina perniagaan Shaklee sebagai kerjaya anda, jangan gunakan servis Blogspot yang percuma.

Semasa saya membuat research leader-leader Shaklee yang lain, kebanyakan menggunakan laman Blogspot sebagai website mereka.

Mengapa saya tidak recommend Blogspot?

Kalau anda menggunakan Blogspot, ia adalah sama seperti anda menyewa sebuah rumah?

Website atau blog tersebut bukannya aset anda!

Blogspot boleh menutup website atau blog anda bila-bila masa.

Kalau Blogspot anda di tutup, anda akan kehilangan semua artikal dan kandungan yang anda telah meluangkan masa untuk menulis.

Saya akan recommend supaya anda membeli domain dan juga server hosting sendiri.

Kos untuk membeli domain tidak mahal dan anda boleh mendapatkan domain sendiri kurang daripada RM100.00.

Kos untuk hosting pula kena bayar setiap bulan.

Servis hosting untuk blog sendiri boleh di dapati dengan harga RM50.00 ke RM150.00 setiap bulan.

Anggapkan wang yang di keluarkan setiap bulan untuk blog sendiri sebagai kos untuk menjalankan bisnes Shaklee anda.

Untuk naik pangkat yang lebih tinggi, anda bukan sahaja perlu mendapatkan blog untuk diri sendiri.

Malah, anda juga perlu menggalakkan downline anda untuk mendapatkan blog peribadi mereka.

Mengikut pelan pemasaran Shaklee, untuk rank up menjadi Senior Supervisor, anda perlu menghasilkan Cabang Baru seorang Pengedar Bebas Shaklee.

Apabila anda mempunyai Cabang Pemimpin Perniagaan dengan seorang Pemimpin Perniagaan Efektif Generasi 1, anda akan menjadi Senior Supervisor.

Untuk mencapai ranking yang lebih tinggi, anda cuma perlu duplikasi strategi anda.

Dengan adanya sebuah blog peribadi untuk downline anda, tentunya ia akan membantu untuk menaikkan hasil jualan produk.

2) Tulis artikal

Setelah anda mempunyai blog sendiri, tip kedua adalah mula menulis artikal.

Artikal apa yang anda perlu tulis?

Kalau anda nak rank up, saya akan recommend anda mula tulis artikal mengenai produk-produk dan juga peluang perniagaan Shaklee.

Contohnya, anda boleh menulis artikal dan berkongsi pengalaman anda menggunakan Healthy Radiance Set daripada Shaklee.

Anda juga boleh berkongsi manfaat-manfaat peluang perniagaan Shaklee.

Setiap artikal seharusnya mempunyai 500 – 1000 perkataan.

Tulis artikal dan terbitkan artikal 2 atau 3 kali setiap minggu.

Galakkan downline anda untuk menulis dan menerbitkan artikal dalam blog peribadi mereka.

Apabila downline anda menulis artikal-artikal mengenai produk Shaklee, mereka akan mendapat trafik ke website mereka daripada Google.

Pembaca-pembaca artikal downline anda adalah prospek mereka untuk mendapatkan pelanggan baru.

3) Pautan WhatsApp

Tip ketiga ini sangat penting.

Anda harus meletakkan link atau pautan untuk menghubungi anda dan juga downline anda di WhatsApp.

Kalau pembaca artikal tidak dapat menghubungi anda atau downline anda, sia-sia sahaja usaha menulis dan menerbitkan artikal di blog.

Oleh itu, pastikan di akhir artikal ada pautan untuk menghubungi pemilik blog di WhatsApp.

Apabila seseorang pembaca blog klik link untuk menghubungi downline anda di WhatsApp, mereka telahpun mendapat seorang prospek untuk membeli produk Shaklee dengan menggunakan teknik internet marketing.

Kesimpulan

Kalau anda berhasrat untuk mencapai ranking yang lebih tinggi seperti Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator dan Master Coordinator dengan Shaklee, penggunaan strategi dan teknik-teknik internet marketing boleh membantu anda.

Dengan adanya laman web atau blog peribadi, ia boleh membantu downline-downline anda untuk meningkatkan Unit Volume (UV) dengan menjual produk-produk Shaklee.

Untuk menjual produk, mereka perlu mendapatkan customer atau pelanggan.

Untuk pendapat seorang pelanggan, terlebih dahulu mereka perlu mendapatkan beberapa orang prospek.

Untuk mendapatkan prospek melalui internet, mereka perlu mengikut tiga tip-tip di atas.

Untuk sesiapa yang ingin rank up di bisnes MLM Shaklee seperti Marina, di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.

Sebagai penafian sekali lain, saya BUKAN agen Shaklee.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.

Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih tip-tip teknik internet marketing untuk membina bisnes MLM, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-09-14T17:07:05+08:00 September 13th, 2022|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment