Cara Rank Up Supervisor Shaklee Dengan Internet

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini. Nama saya Lynn. Saya daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Internet marketing

Mengapa saya menulis artikal ini?

Ceritanya begini.

Saya adalah seorang leader dalam bisnes MLM atau network marketing di Malaysia.

Tetapi, saya BUKAN leader syarikat Shaklee.

Saya membina bisnes MLM saya dengan syarikat lain.

Walau bagaimanapun, untuk membina bisnes MLM, saya banyak menggunakan strategi dan teknik internet marketing atau pemasaran internet.

Baru-baru ini, ada seorang pembaca blog saya menghubungi saya melalui WhatsApp.

Dia adalah seorang agen Shaklee di Malaysia bernama Marina.

Di dalam WhatsApp, Marina tanya saya cara untuk berjaya dalam Shaklee.

Saya menjelaskan kepada Marina bahawa saya tidak buat bisnes Shaklee.

Marina adalah seorang gadis yang muda dan dia memang ingin membina bisnes Shaklee.

Matlamatnya adalah rank up menjadi Supervisor Shaklee dalam masa 6 bulan.

Oleh kerana semangat dan dedikasi Marina, saya sudi membantunya walaupun dia bukan dalam kumpulan saya.

Artikal ini, saya menulis khas untuk Marina.

Saya akan berkongsi 3 tips penggunaan strategi internet marketing untuk membina bisnes MLM.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu agen-agen Shaklee lain yang ingin menjadi Supervisor.

Strategi internet

1) Sediakan website

Tip pertama saya untuk sesiapa yang ingin menjadi Supervisor Shaklee ialah dapatkan laman, website atau blog sendiri.

Kalau anda nak membina perniagaan Shaklee sebagai kerjaya anda, jangan gunakan servis Blogspot yang percuma.

Semasa saya membuat research leader-leader Shaklee yang lain, kebanyakan menggunakan laman Blogspot sebagai website mereka.

Mengapa saya tidak recommend Blogspot?

Kalau anda menggunakan Blogspot, ia adalah sama seperti anda menyewa sebuah rumah?

Website atau blog tersebut bukannya aset anda!

Blogspot boleh menutup website atau blog anda bila-bila masa.

Kalau Blogspot anda di tutup, anda akan kehilangan semua artikal dan kandungan yang anda telah meluangkan masa untuk menulis.

Saya akan recommend supaya anda membeli domain dan juga server hosting sendiri.

Kos untuk membeli domain tidak mahal dan anda boleh mendapatkan domain sendiri kurang daripada RM100.00.

Kos untuk hosting pula kena bayar setiap bulan.

Servis hosting untuk blog sendiri boleh di dapati dengan harga RM50.00 ke RM150.00 setiap bulan.

Anggap wang yang di keluarkan setiap bulan untuk blog sendiri sebagai kos untuk menjalankan bisnes Shaklee anda.

2) Tulis artikal

Setelah anda mempunyai blog sendiri, tip kedua adalah mula menulis artikal.

Artikal apa yang anda perlu tulis?

Kalau anda nak rank up menjadi Supervisor, saya akan recommend anda mula tulis artikal mengenai produk-produk Shaklee.

Contohnya, anda boleh menulis artikal dan berkongsi pengalaman anda menggunakan Healthy Radiance Set daripada Shaklee.

Setiap artikal seharusnya mempunyai 500 – 1000 perkataan.

Tulis artikal dan terbitkan artikal 2 atau 3 kali setiap minggu.

Apabila anda menulis artikal mengenai produk Shaklee, anda akan mendapat trafik ke website anda daripada Google.

Pembaca-pembaca artikal anda adalah prospek anda untuk mendapatkan pelanggan baru.

3) Pautan WhatsApp

Tip ketiga ini sangat penting.

Anda harus meletakkan link atau pautan untuk menghubungi anda di WhatsApp.

Kalau pembaca artikal tidak dapat menghubungi anda, sia-sia sahaja anda menulis dan menerbitkan artikal di blog anda.

Oleh itu, pastikan di akhir artikal ada pautan untuk menghubungi anda di WhatsApp.

Apabila seseorang pembaca blog klik link untuk menghubungi anda di WhatsApp, anda telahpun mendapat seorang prospek untuk membeli produk Shaklee anda dengan menggunakan teknik internet marketing.

Kesimpulan

Pada pendapat saya, untuk mencapai ranking Supervisor dengan Shaklee tidak susah.

Anda cuma perlu menjana 2500 UV atau 21%.

Untuk mendapat Unit Volume (UV), anda perlu menjual produk-produk Shaklee.

Untuk menjual produk, anda perlu ada customer atau pelanggan.

Untuk pendapat seorang pelanggan, anda perlu mendapatkan seorang prospek.

Untuk mendapatkan prospek melalui internet, anda perlu mengikut tiga tips di atas.

Untuk sesiapa yang ingin rank up menjadi Supervisor Shaklee seperti Marina, di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.

Sebagai penafian sekali lain, saya BUKAN agen Shaklee.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.

Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih tip-tip teknik internet marketing untuk membina bisnes MLM, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-09-13T17:41:54+08:00 September 13th, 2022|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment