Shiruto Dari BE International Review – Vitamin Imuniti Anda

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Di artikal ini, saya akan berkongsi info seperti fungsi dan manfaat produk Belixz Shiruto daripada BE International.

Mommy Lynn with Shiruto

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Shiruto.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Peluang perniagaan BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk makan berfungsi yang paling laris daripada BE ialah Belixz Shiruto yang di import daripada negara Jepun.

Terlebih dahulu, sebagai penafian, saya bukan seorang doktor.

Info-info yang saya berkongsi di dalam artikal ini adalah berdasarkan pencarian dan pembacaan saya di internet daripada laman-laman web yang bereputasi dan di percayai.

Saya juga akan memaparkan pautan ke laman-laman tersebut sebagai rujukan anda.

Kalau anda tidak pasti, sila buat pembacaan dan rujukan anda sendiri.

Artikal ini adalah untuk perkongsian info sahaja.

Kalau anda mempunyai isu-isu yang di sebabkan oleh penyakit yang serius, saya akan cadangkan anda dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal atau doktor-doktor pakar.

Info produk

Apa itu Belixz Shiruto?

Di dalam bahasa Jepun, Shiruto bermaksud “perisai”.

Shiruto adalah sejenis makanan yang berfungsi khas untuk sistem imunisasi badan kita.

Oleh kerana produk Shiruto sedang trending di medan sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya, banyak orang menganggapnya sebagai sejenis ubat.

Shiruto bukan sejenis ubat!

Shiruto hanyalah sejenis makanan yang berfungsi.

Oleh itu, kalau anda mempunyai isu-isu kesihatan yang di sebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius, sila dapatkan nasihat daripada seorang doktor pakar.

Jenama Belixz Shiruto di milik oleh syarikat BE International.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BE juga mempunyai pejabat dan saluran pemasaran dan pengedaran produknya di negara lain seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Belixz Shiruto di lancarkan di Malaysia oleh BE International pada bulan Januari 2019.

Sejak perlancarannya, produk Shiruto telah mendapat sambutan yang amat baik di pasaran.

Apakah fungsi Shiruto?

Apakah manfaat-manfaat kegunaan Shiruto?

Sebelum saya menjelaskan keunikan Shiruto, anda perlu mengetahui peranan dan kepentingan sejenis cell di dalam badan kita yang di kenali sebagai Makrofaj.

Apa itu makrofaj?

Mengikut portal MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

“Makrofaj berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorganisma di dalam sel.

Kehadiran bakteria akan menyebabkan makrofaj mengeluarkan sejumlah bahan kimia dan sitokin serta merangsang pengaktifan sel T.”

Makrofaj adalah sel-sel yang amat penting untuk badan kita kerana ia dapat melaksanakan banyak fungsi.

Berdasarkan satu artikal yang bertajuk “Exploring the full spectrum of macrophage activation” yang di terbitkan di journal Nature Reviews Immunology:

“In this Review we suggest a new grouping of macrophage populations based on three different homeostatic activities — host defence, wound healing and immune regulation.”

Berikut adalah info-info yang saya dapati daripada katalog produk Belixz Shiruto yang di sediakan oleh BE International.

Makrofaj memainkan pelbagai peranan dalam sistem imun seperti:

  • Melindungi badan
  • Mengawalatur sistem imuniti
  • Penyinkiran sel
  • Membaik pulih sel

1) Melindungi badan – Salah satu fungsi makrofaj ialah menentang dan menelan patogen.

Ia juga berkomunikasi dengan sel-sel imun lain untuk menyerang patogen bersama-sama.

2) Mengawalatur sistem imuniti – Makrofaj juga berfungsi mengawalatur sel-sel imuniti badan kita untuk menghentikan serangan.

3) Penyinkiran sel – Makrofaj menyinkirkan sel yang tua dan sel-sel yang tidak normal.

4) Membaikpulih sel – Makrofaj juga berfungsi untuk membaikpulihkan sel-sel badan.

Ia akan melepaskan faktor-faktor imun untuk menggalakkan pembaikan tisu sel yang rosak.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan katalog Belixz Shiruto, anda boleh mesej saya di WhatsApp dan saya akan berkongsi file PDF katalog tersebut.

Sel makrofaj

Walaupun sel makrofaj penting untuk sistem imuniti kita, kadangkala ia akan menjadi tidak aktif.

Terdapat banyak sebab mengapa sel makrofaj menjadi tidak aktif.

Contoh sebab-sebab yang menjadikan makrofaj tidak aktif yang tertera di dalam katalog Belixz Shiruto adalah:

  • Peningkatan umur
  • Percemaran persekitaran
  • Suhu tinggi
  • Suhu rendah
  • Bunyi bising
  • Gaya hidup

Makrofaj yang tidak aktif akan mengganggu sistem imuniti badan kita.

Bagaimana kita boleh memastikan makrofaj berfungsi normal 24 jam sehari?

Apakah cara untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj yang tidak aktif?

Di sinilah Belixz Shiruto dapat memberikan kebaikan dan fungsinya.

Bahan aktif di dalam kandungan Shiruto di kenali sebagai IP-PA1.

Apa itu IP-PA1?

IP-PA1 adalah ramuan yang unik di dalam Shiruto yang di dapati daripada ekstrak kulit gandum yang melalui proses penapaian yang berpaten di Jepun.

Pada tahun 2011, tiga orang saintis memperoleh Hadiah Nobel dalam Perubatan kerana menemui prinsip utama pengaktifan sistem imun.

Bruce A. Beutler dan Jules A. Hoffman telah menerima Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi atau Perubatan kerana menemui prinsip utama dalam pengaktifan imuniti.

Manakala Ralph M. Steinman pula di anugerahkan Hadiah Nobel kerana penemuannya berkaitan sel dendritik dan peranannya dalam imuniti adaptif. (Sumber: Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan 2011. NobelPrize.org. Nobel Media AB 2018. Fri. 14 Dec 2018)

Bila makrofaj di aktifkan, ianya dapat melakukan fungsi-fungsi seperti:

  • Melindungi badan
  • Mengawalatur sistem imuniti
  • Menyingkirkan sel penuan dan sel tidak normal
  • Membaik pulihkan sel-sel badan

Oleh itu, penggunaan Shiruto adalah bermanfaat kerana kandungan utamanya, IP-PA1 dapat mengaktifkan sel-sel makrofaj di dalam badan kita.

Selain IP-PA1, Belixz Shiruto turut mengandungi serbuk blueberry, Maltitol, vitamin C, ekstrak yis dan silicon dioksida.

Adakah produk Shiruto halal?

Ya, Shiruto adalah produk halal yang dihasilkan oleh kilang berstatus halal di Jepun.

Di iktiraf CIITRA

Shiruto adalah ramuan pertama dan tunggal yang di iktiraf oleh Control Of Innate Immunity Technology Research Association (CIITRA Jepun).

Secara asasnya, CIITRA merupakan satu persatuan untuk mengkaji dan mempromosikan sains dan teknologi yang berkaitan dengan sistem imun.

Namun, satu-satunya ramuan yang di iktiraf oleh CIITRA adalah IP-PA1.

Berikut adalah kronologi penemuan IP-PA1 oleh CIITRA.

Ramuan Imun Semulajadi

1982 – Profesor Kehormat Den’ichi Mizuno dari Universiti Tokyo, Jepun telah memulakan projek bagi mengkaji fungsi makrofaj terhadap kesihatan.

Kajian ini turut disertai oleh Profesor Gen-Ichiro Soma dan Profesor Hiroyuki Inagawa.

1988 – Komponen aktif makrofaj yang diekstrak daripada gandum, IP-PA1 telah ditemui.

1990 – Bermulanya penyelidikan berkaitan pencegahan dan penambahbaikan pelbagai penyakit menerusi pengambilan IP-PA1.

1992 – Kertas penyelidikan mengenai kesan IP-PA1 terhadap penyakit atopik dermatitis, pembaikan hiperlipidemia, pencegahan ulser gastrik dan penurunan kolesterol LDL telah diterbitkan.

1997 – Dr. Charles Janeway dari Amerika Syarikat telah menemui reseptor IP-PA1 yang terdapat dalam makrofaj bersama mekanisme IP-PA1 pengaktifan makrofaj.

Penemuan ini telah mendatangkan banyak kejayaan dalam penyelidikan imun semula jadi.

Pada tahun 2011, tiga orang saintis telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Perubatan kerana menemui prinsip utama dalam pengaktifan sistem imun.

2006 – IP-PA1 telah diiktiraf sebagai ramuan berfungsi di Jepun.

2010 – Kini – Persatuan Penyelidikan Teknologi Kawalan Imunologi Semulajadi (CIITRA) yang diiktiraf kerajan Jepun untuk melakukan pembangunan dan penggunaan IP-PA1.

Bermula dari tahun 2010 hingga sekarang CIITRA yang di iktiraf Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun telah di pertanggungjawabkan untuk mengendalikan R&D berkaitan IP-PA1.

Pengambilan Shiruto

Untuk dewasa, di cadangkan untuk ambil satu sachet Shiruto pada waktu pagi dan 1 sachet lagi pada waktu malam selepas makan.

Berapakah jumlah pengambilan Shiruto yang di cadangkan?

Jumlah pengambilan maksimum Shiruto bagi individu dewasa adalah 6 sachet sehari.

Manakala pengambilan maksimum untuk kanak-kanak pula adalah satu paket sehari.

Shiruto Shielded

Sampai sini sahajalah perkongsian saya.

Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.

Kalau anda ada isu-isu yang di sebabkan penyakit yang serius, anda harus dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal yang pakar.

Berapakah harga ahli Shiruto?

Bagaimana membeli Shiruto secara online?

Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-02-08T09:46:02+08:00 February 7th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment