Shiruto Dari BE International Review – Vitamin Imuniti Anda

Apa itu Shiruto?

Shiruto by BE International

Belixz Shiruto merupakan produk kesihatan terbaru keluaran BE International Marketing yang berfungsi sebagai vitamin kepada sistem imun tubuh manusia.

Mikrofaj

Apa yang boleh Shiruto buat untuk anda?

Untuk menjawab soalan tersebut, anda perlu memahami fungsi makrofaj dalam tubuh manusia.

Setiap hari, kita bersentuhan, menyedut dan menyerap berjuta-juta patogen.

Patogen ini terdiri daripada pelbagai mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit dan kesakitan dalam tubuh kita. Antaranya, bakteria, parasit, kulat, virus, habuk, jerebu, debunga dan pelbagai lagi.

Untuk memerangi patogen, tubuh kita telah dilengkapi dengan sistem imun yang canggih dan istimewa. Sistem imun ini menyediakan perisai pertahanan 24 jam sehari untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit.

Makrofaj merupakan sel terpenting untuk sistem imun kita bagi memerangi penyakit dalam tubuh.

Makrofaj memainkan pelbagai peranan dalam sistem imun. Antaranya, melindungi tubuh, mengawalselia sistem imun, menyingkirkan sel penuaan dan sel tidak normal serta memperbaiki sel tubuh.

Malangnya, seperti kebanyakan sel atau organ lain dalam tubuh, kekuatan dan keberkesanan makrofaj juga boleh menjadi lemah daripada semasa ke semasa.

Penambahan usia, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi, perubahan suhu dan gaya hidup adalah elemen yang mempengaruhi makrofaj dalam tubuh manusia.

Apabila makrofaj mulai lemah, ia akan memberi kesan kepada sistem imun dalam tubuh. Keadaan tersebut akan membuatkan tubuh terdedah kepada patogen yang mendatangkan penyakit dan membahayakan kesihatan.

Bagaimanakah caranya untuk memastikan makrofaj dapat berfungsi dengan normal dalam tubuh?

Cara yang terbaik ialah dengan menggunakan vitamin untuk mengaktifkan fungsi makrofaj.

Perisai badan

Membawa maksud perisai dalam bahasa Jepun, Shiruto merupakan perisai yang melindungi tubuh daripada serangan patogen penyebab penyakit.

Immunity shield

Terdapat empat elemen perubatan yang terkandung  dalam Shiruto iaitu:

1. Ramuan yang unik

Shiruto mengandungi ramuan unik iaitu Immunopotentiator from Pantoea agglomerans 1 atau IP-PA1 sebagai bahan utama.

Apa itu IP-PA1?

Secara ringkasnya, IP-PA1 merupakan ekstrak gandum yang dihasilkan menerusi proses penapaian berpaten.

Ia adalah vitamin penting untuk sel-sel imun tubuh.

Gabungan IP-PA1 dengan reseptor TLR4 mampu mengaktifkan mikrofaj.

Pada tahun 2011, tiga orang saintis yang menemui prinsip utama pengaktifan sistem imun telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang perubatan.

Bruce A. Beutler dan Jules A. Hoffman telah menerima Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi atau Perubatan kerana menemui prinsip utama dalam pengaktifan imuniti.

Manakala Ralph M. Steinman pula dianugerahkan Hadiah Nobel kerana penemuannya berkaitan sel dendritik dan peranannya dalam imuniti adaptif. (Sumber: Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan 2011. NobelPrize.org. Nobel Media AB 2018. Fri. 14 Dec 2018)

Selain IP-PA1, Shiruto turut mengandungi serbuk blueberry, Maltitol, vitamin C, ekstrak yis dan silicon dioksida.

Adakah Shiruto halal?

Ya, Shiruto adalah produk halal yang dihasilkan oleh kilang berstatus halal di Jepun.

Shiruto Halal
Shiruto is certified Halal

2) Proses penapaian dan pengekstrakan berpaten

Shiruto dihasilkan menerusi proses unik dan berpaten untuk memastikan fungsi IP-PA1 terpelihara serta berada di tahap optimum.

Proses penghasilan unik telah mengaktifkan Makrofaj. Pengaktifan ini turut mengaktifkan sistem imun yang berupaya menyekat jangkitan, mengawal metabolism dan menggalakkan penyembuhan luka.

Selain itu, ia juga membantu mencegah dan merawat jangkitan, alahan, dermatitis, ulser perut, osteoporosis dan hyperlipidemia.

3) Pengaktifan Mikrofaj terbukti secara klinikal

Kehebatan IP-PA1 yang terkandung dalam setiap paket Shiruto telah terbukti secara klinikal. IP-PA1 dapat melindungi tubuh dengan mengurangkan kadar kematian akibat jangkitan parasit (bowworm).

Malah ia juga berupaya untuk mengurangkan masalah kulit dermatitis sehingga 71 peratus.

Ujian klinikal juga mendapati IP-PA1 berkesan untuk mengawal dan mengatur sistem imun tubuh dengan mengurangkan tindakbalas alahan.

Selain itu, ia juga membantu menyingkirkan sel penuaan dan sel tidak normal dengan mengurangkan kolesterol tinggi secara berkesan.

4) Ramuan PERTAMA dan TUNGGAL yang diiktiraf oleh Control Of Innate Immunity Technology Research Association (CIITRA Jepun)

Secara asasnya, CIITRA merupakan satu persatuan untuk mengkaji dan mempromosikan sains dan teknologi yang berkaitan dengan sistem imun. Namun, satu-satunya ramuan yang diiktiraf oleh CIITRA adalah IP-PA1.

Berikut adalah kronologi penemuan IP-PA1 oleh CIITRA.

Ramuan Imun Semulajadi

1982 – Profesor Kehormat Den’ichi Mizuno dari Universiti Tokyo, Jepun telah memulakan projek bagi mengkaji fungsi makrofaj terhadap kesihatan. Kajian ini turut disertai oleh Profesor Gen-Ichiro Soma dan Profesor Hiroyuki Inagawa.

1988 – Komponen aktif makrofaj yang diekstrak daripada gandum, IP-PA1 telah ditemui.

1990 – Bermulanya penyelidikan berkaitan pencegahan dan penambahbaikan pelbagai penyakit menerusi pengambilan IP-PA1.

1992 – Kertas penyelidikan mengenai kesan IP-PA1 terhadap penyakit atopik dermatitis, pembaikan hiperlipidemia, pencegahan ulser gastrik dan penurunan kolesterol LDL telah diterbitkan.

1997 – Dr. Charles Janeway dari Amerika Syarikat telah menemui reseptor IP-PA1 yang terdapat dalam makrofaj bersama mekanisme IP-PA1 pengaktifan makrofaj. Penemuan ini telah mendatangkan banyak kejayaan dalam penyelidikan imun semula jadi.

Pada tahun 2011, tiga orang saintis telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Perubatan kerana menemui prinsip utama dalam pengaktifan sistem imun.

2006 – IP-PA1 telah diiktiraf sebagai ramuan berfungsi di Jepun.

2010 – Kini – Persatuan Penyelidikan Teknologi Kawalan Imunologi Semulajadi (CIITRA) yang diiktiraf kerajan Jepun untuk melakukan pembangunan dan penggunaan IP-PA1.

Bermula dari tahun 2010 hingga sekarang CIITRA yang diiktiraf Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan R&D berkaitan IP-PA1.

Cara pengambilan Shiruto

Untuk dewasa, dicadangkan untuk meminum satu paket Shiruto pada waktu pagi dan 1 paket lagi pada waktu malam selepas makan.

Jumlah pengambilan yang dicadangkan?

Jumlah pengambilan maksimum Shiruto bagi individu dewasa adalah 4 paket sehari.

Manakala pengambilan maksimum untuk kanak-kanak pula adalah satu paket sehari.

Shiruto Shielded

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel berkaitan Shiruto.

Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberikan informasi berkaitan produk dan kebaikan yang boleh anda peroleh jika mengamalkannya.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Infomasi di atas adalah untuk pembelajaran sahaja. Keberkesanan produk adalah bergantung kepada individu dan mungkin tidak ada berkesan untuk anda.

Kalau anda mempunyai apa-apa soalan, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp chat

By | 2021-09-28T07:55:00+08:00 August 31st, 2019|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment