BE International Pulau Pinang – Cerita Kejayaan

Terima kasih kerana mengunjungi Mommy Lynn Blog.

Nama saya ialah Will Yap.

BE International Bukit Jalil

Di artikal ini, saya akan berkongsi info mengenai leader-leader di dalam industri network marketing atau pemasaran rangkaian di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industi network marketing sejak bulan Mac tahun 2018.

Syarikat jualan langsung yang kami bekerjasama di kenali sebagai BE International.

BE International adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia.

BE juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaannya.

BE kini mempunyai pejabat and operasi di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis makanan berfungsi yang di import daripada negara Jepun yang kenali sebagai Belixz Shiruto.

Anda mungkin pernah nampak produk tersebut kerana ia telah menjadi viral di medan sosial sejak beberapa tahun yang lalu.

Di dalam peluang perniagaan BE International, ia adalah sama seperti kebanyakan peluang perniagaan di pasaran. Ianya mempunyai ranking atau pangkat tertentu.

Ranking yang paling tinggi di BE di kenali sebagai Royal Crown Council Ambassador atau RCCA.

Bagaimana seseorang dapat mencapai ranking RCCA?

Untuk criterianya, anda mesti ada sekurang-kurangnya 7 barisan leadership dan satu jumlah pendapatan yang di terima daripada BE dalam jangka masa 24 bulan.

Criteria RCCA agak tinggi, oleh itu hanya segelintir pengusaha-pengusaha yang dapat mencapainya.

Kalau anda perpeluang untuk bertemu dengan seorang RCCA daripada BE International, anda tahu dia adalah seorang leader yang sangat berkaliber di dalam industri network marketing.

Setakat ini, BE International ada berapa orang RCCA?

Biar saya jelaskan.

BE International di tubuhkan pada akhir tahun 2017.

BE adalah sebuah syarikat yang agak muda, tetapi ia sedang berkembang dengan pesat.

Pada masa saya buat rakaman video ini, syarikat BE berumur lebih kurang 4 1/2 tahun.

Dalam masa yang pendek ini, BE telah melahirkan 49 RCCA!

Kebanyakan RCCA baru telah di lahirkan pada tahun 2020 dan 2021 apabila Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda mungkin bertanya, orang bagaimanakah yang dapat mencapai ranking RCCA?

Apakah latar belakang mereka?

Itulah sebabnya saya menulis artikal iniā€¦untuk berkongsi latar belakang dan cerita RCCA BE International.

Untuk artikal ini, saya akan berkongsi cerita pasangan suami isteri yang memiliki pelbagai perniagaan daripada Pulau Pinang.

Nama mereka adalah RCCA Jonard Teh dan Jaslyn Yeoh.

RCCA Jonard & Jaslyn

Jonard dan Jaslyn memulakan perjalanan keusahawanan mereka ketika mereka baru berusia 19 tahun.

Pada satu ketika, mereka pernah memiliki tujuh perniagaan konvensional dengan pendapatan 5 angka.

Tetapi kini, mereka hanya memiliki satu perniagaan – iaitu bisnes BE mereka.

Muda dan gemar akan cabaran, pasangan ini bekerja keras untuk mencapai dan mengekalkan suatu gaya hidup yang selesa.

Oleh itu, mereka mempelbagaikan perniagaan mereka dengan pantas, dengan harapan dapat menggandakan pendapatan mereka.

Malangnya, tragedi melanda apabila mereka mengalami satu pelaburan yang gagal pada tahun 2005.

Pelaburan yang gagal itu telah mengakibatkan mereka berhutang besar dengan 9 bank dan 5 penghutang.

Semua perniagaan lain mereka juga berada dalam bahaya dan untuk menyelamatkan perniagaan dan membayar hutang, mereka membuat keputusan untuk mencuba MLM.

Jonard dan Jaslyn mendapati bahawa MLM ialah cara yang boleh menyelamatkan perniagaan dan membayar hutang mereka kerana kos permulaan yang rendah dan prinsip penggandaannya.

Pada tahun 2006, mereka bertemu dengan mentor mereka, Ir Lee Suet Sen dan Ho Huey Chuin yang sudah merupakan pemimpin yang berjaya dalam industri MLM.

Apabila Ir Lee bertanya kepada Jaslyn apakah yang mendorongnya untuk bekerja keras, beliau menjawab, “Untuk membekalkan kebahagiaan, dan segala yang terbaik dalam hidup kepada keluarga!”

Ir. Lee kemudian bertanya, “Jadi setelah bertahun-tahun bekerja keras, adakah anda gembira?”

Soalan Ir. Lee telah membuatkan pasangan tersebut sedar bahawa mereka begitu sibuk mengejar kejayaan kerjaya dan wang sehingga mereka lupa tentang impian mereka.

Saat itulah, Jonard dan Jaslyn membuat ikrar untuk mengikuti mentor mereka dan menjadikan mereka sebagai teladan.

Izinkan saya berkongsi satu komen daripada Jaslyn:

“Sebagai ahli perniagaan, kami hanya mempedulikan margin keuntungan. Kini, kami mengambil berat tentang kejayaan dan impian downline.

Sebagai pasangan yang menjalankan perniagaan yang berbeza, kami sering bertengkar.

Kini, kami belajar bagaimana melihat sesuatu dari sudut orang lain, kami berkongsi misi yang sama dan kami membincangkan impian, rangkaian dan masa depan kami.”

Berikut adalah komen daripada Jonard:

“Saya dulu memikirkan kejayaan saya sendiri, supaya saya dapat menjadi kebanggaan keluarga saya.

Tetapi sekarang, saya ingin menolong lebih banyak orang mengubah hidup mereka dan berjaya, dan menjadikan mereka kebanggaan keluarga mereka juga!”

Kini, mereka berharap dapat membantu lebih ramai orang untuk memulakan perniagaan dan merealisasikan impian mereka secara mudah melalui peluang perniagaan BE International.

Inilah cerita RCCA Jonard Teh dan Jaslyn Yeoh.

RCCA Jonard Jaslyn video

Di atas, saya telah membuat satu rakaman video untuk berkongsi cerita RCCA Jonard dan Jaslyn.

Sila klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.

Sampai sini sahaja perkongsian saya.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di artikal ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau ada adalah seorang pengusaha bisnes network marketing (pemasaran rangkaian) dan anda sedang mencari sebuah syarikat jualan langsung yang sedang berkembang dengan pesat, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana untuk bekerjasama.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-04-13T08:31:37+08:00 March 22nd, 2022|Stories|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment