Kebaikan Aulora Seamless Bra Membantu Kurangkan Sakit Di Bahu

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya berasal dari Kuala Lumpur.

Di atas adalah gambar saya memakai Aulora Seamless Bra dengan Kodenshi.

Izinkan saya memperkenalkan diri saya.

Saya adalah seorang suri rumah tangga dengan 2 orang anak.

Saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants
  • Aulora Socks
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf
  • Aulora Seamless Bra

Di artikal ini, saya akan berkongsi pengalaman saya memakai Aulora Seamless Bra.

Apakah kebaikan yang anda boleh nikmati apabila pakai coli Kodenshi daripada Jepun?

Sekiranya anda membuat pencarian di laman sosial, anda akan mendapati banyak orang telah berkongsi pengalaman mereka selepas memakai Aulora Bra.

Terdapat pelbagai manfaat yang di nikmati selepas memakai bra tersebut dan ianya bergantung kepada individu.

Selepas saya pakai Aulora Bra, ia telah membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian bahu dan belakang saya.

Izinkan saya berkongsi cerita saya.

Pengenalan produk baru

Kali pertama saya memperkenali Aulora Seamless Bra ialah pada bulan November 2023.

Saya dan suami saya di berikan peluang untuk membeli Aulora Bra sebelum ia di lancarkan di pasaran kerana kami telah layak ke kempen BE Lifestyle Travel.

Ketika itu, saya amat teruja kerana ini adalah produk Aulora Series yang baru.

Saya di beritahu oleh mentor saya bahawa Aulora Bra adalah sejenis pakaian dalam yang sangat selesa kerana ianya tiada underwire.

Bra tersebut juga di buat dengan menggunakan fabrik Kodenshi daripada Jepun.

Saya sedang menggunakan produk-produk Aulora Series terutamanya Aulora Pants dan saya tahu keberkesanan produk tersebut.

Saya membuat keputusan untuk membeli 2 set Aulora Seamless Bra di pejabat urusan BE International di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Video TikTok di bawah adalah rakaman semasa saya membuat unboxing Aulora Bra yang baru di terima.

Masalah sakit belakang

Sebelum saya menggunakan produk-produk Aulora, saya mengalami masalah sakit belakang yang teruk.

Saya mengalami sakit belakang yang kronik kerana saya telah menyusukan anak bongsu saya selama hampir tiga tahun.

Apabila saya berdiri untuk tempoh masa yang lama, seperti ketika memasak atau membuat kerja-kerja rumah, ia akan mengakibatkan sakit belakang saya bertambah teruk.

Rasa sakit adalah sangat teruk sehingga saya terpaksa berbaring untuk mendapatkan kelegaan.

Selain sakit belakang, saya juga mengalami kekejangan otot di bahagian bahu dan leher yang kerap menyebabkan migrain.

Apakah solusi saya ketika itu?

Untuk mengurangkan rasa sakit, suami saya akan mengurut belakang dan bahu saya.

Saya juga memakai Aulora Pants untuk membantu dengan sakit belakang saya.

Kini, saya ada satu lagi solusi untuk membantu mengurangkan sakit belakang iaitu Aulora Bra.

Kali pertama memakai

Kali pertama saya memakai Aulora Seamless Bra, saya terkejut dengan keselesaannya.

Ini kerana, bra tersebut tiada underwire dan kainnya rasa lembut dan sejuk.

Bahan elastik Aulora Bra sangat baik dengan tali bahu yang lebar.

Tali bahu yang lebar tidak akan jatuh kerana ia kekal di tempatnya, tidak seperti bra biasa saya yang selalu tergelincir.

Bra Aulora di perbuat daripada bahan Flex Move yang sangat elastik dan sentiasa mengekalkan bentuknya.

Kainnya lembut, ringan dan memberikan sokongan yang optimum.

Reka bentuknya termasuk jahitan sisi yang tinggi memberikan sokongan konsisten dan kontur badan yang cantik.

Aulora Bra juga mempunyai liputan sepenuhnya di bahagian belakang yang membantu meratakan bonggol-bonggol di bahagian tepi dan belakang badan.

Semenjak saya mendapat Aulora Bra, saya memakainya setiap hari, sama ada untuk pergi ke mesyuarat, temu janji dan juga ketika waktu tidur.

Ia sangat membantu semasa perjalanan kereta yang panjang dan ketika saya memasak atau berdiri untuk tempoh masa yang lama.

Sejak mula memakai Aulora Bra, sakit belakang saya telah berkurangan dengan ketara.

Saya tidak lagi mengalami kekejangan otot di bahagian bahu atau leher.

Bra ini bukan sahaja membantu dengan sakit belakang tetapi juga memperbaiki postur saya.

Apabila postur saya baik, ia membantu melegakan rasa sakit di belakang saya.

Aulora Seamless Bra kini menjadi pakaian yang saya pakai setiap hari.

Saya akan memakainya ketika keluar dari rumah dan juga semasa bersenam.

Ia memberikan sokongan dan keselesaan yang lebih baik berbanding dengan bra biasa.

Selain daripada keselesaan Aulora Bra, saya juga amat suka dengan rekaanya.

Reka bentuk Aulora Seamless Bra sangat unik!

Rekaan di bahagian leher berbentuk V nampak bergaya dan meningkatkan keyakinan diri saya.

Reka bentuk belakang yang meliputi belakang sepenuhnya juga membantu mengurangkan bonggol-bonggol lemak 🙂

Oleh itu, bila saya memakai Aulora Bra bentuk badan saya kelihatan lebih baik justeru meningkatkan keyakinan diri saya.

Mommy Lynn Aulora Seamless Bra

Kini, saya hanya mempunyai Aulora Bra berwarna hitam dan saya bercadang untuk mendapatkan Aulora Bra Macadamia soft beige untuk di padankan dengan pakaian-pakaian saya yang berwarna terang.

Bagaimana pula dengan penjagaan Aulora Seamless Bra?

Apakah cara untuk mencucinya?

Penjagaan Aulora Bra mudah sahaja.

Saya akan mencucinya dengan tangan dan keringkannya di bawah tempat yang berteduh.

Dengan cara itu, bra akan kekal dalam keadaan baik dan tahan lama.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, pengalaman saya memakai Aulora Seamless Bra adalah sangat positif.

Bra Kodenshi memberikan kelegaan yang sangat di perlukan daripada sakit belakang yang kronik, memperbaiki postur saya dan meningkatkan keyakinan diri saya.

Jika anda sedang mencari bra yang selesa dan memberikan sokongan yang optimum, cubalah Aulora Seamless Bra daripada BE International.

Sampai sini sahaja perkongsian saya.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-06-18T15:45:18+08:00 June 18th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment