3 Langkah Untuk Membeli Aulora Seamless Bra Tulen Dari Jepun

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya berasal dari Kuala Lumpur.

Wearing Aulora Seamless Bra with Kodenshi

Di atas adalah gambar saya memakai Aulora Seamless Bra dengan Kodenshi.

Izinkan saya memperkenalkan diri saya.

Saya adalah seorang suri rumah tangga dengan 2 orang anak.

Pada bulan Disember 2017, yang di perkenalkan kepada syarikat BE International.

Saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018 sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO).

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants
  • Aulora Socks
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf
  • Aulora Seamless Bra

Salah satu produk Aulora Series yang sangat popular adalah Aulora Seamless Bra.

Oleh kerana produk Aulora Bra sangat popular di pasaran, ada orang mengambil kesempatan untuk menjual pakaian dalam palsu atau tiruan di laman-laman online.

Bagaimanakah anda dapat memastikan Aulora Seamless Bra dengan Kodenshi yang anda beli di laman-laman online adalah yang tulen?

Saya kerap mendapat soalan di atas daripada pembaca-pembaca blog saya.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menulis artikal ini untuk memberikan jawapannya.

Ciri-ciri bra tulen

Di bahagian ini, saya akan berkongsi ciri-ciri yang terdapat pada Aulora Seamless Bra yang original.

Yang pertama, Aulora Bra yang tulen datang dengan kotak saiz segi empat tepat.

Di dalam setiap kotak, terdapat 2 helai Aulora Seamless Bra dengan sarung plastik individu.

New Aulora Seamless Bra

Di atas adalah gambar saya dengan 2 kotak Aulora Bra baru.

Sarung plastik Aulora Bra pula mempunyai sticker keselamatan hologram di bahagian tengah seperti gambar di bawah.

Aulora Bra hologram sticker

Apablia sticker hologram di tanggalkan, ianya tidak boleh di tampal semula.

Oleh itu, sticker hologram yang lengkap membuktikan bahawa Aulora Bra tersebut tidak pernah di keluarkan daripada sarung plastiknya.

Logo Aulora pada Aulora Bra

Bra yang tulen mempunyai logo AULORA di bahagian depan dan bawah kanan seperti gambar di atas.

Di bahagian dalam, terdapat saiz bra tersebut, komposisi bahan kain dan juga ayat “Made In Japan”.

Aulora Bra seam

Aulora Bra original tiada sebarang tanda jahitan benang seperti gambar di atas.

Itulah sebabnya, ia di kenali sebagai seamless bra.

Aulora Seamless Bra dalam

Bahagian dalam Aulora Bra juga tiada sebarang kesan jahitan.

Aulora Bra padding

Aulora Seamless Bra mempunyai 2 keping padding yang padat tapi lembut.

Kedua-dua padding juga boleh di keluarkan untuk di cuci.

Gambar-gambar di atas menunjukkan beberapa ciri pada Aulora Bra yang tulen.

Apa yang saya tidak dapat tunjukkan adalah kelembutan bahan kain Bra Kodenshi.

Walaupun sekarang anda kenali ciri-ciri Aulora Bra yang tulen, anda masih perlu berhati-hati apabila membuat pembelian secara online.

Ada kemungkinan, penjual online mungkin hantar Aulora Seamless Bra tiruan kepada anda.

Pasti tulen!

Bagaimana untuk mendapat guarantee atau jaminan yang Aulora Seamless Bra yang di beli secara online adalah produk tulen yang di import daripada Jepun?

Di bahagian ini, saya akan berkongsi 3 langkah untuk memastikan Aulora Bra yang anda beli adalah coli Kodenshi yang original.

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa pemilik jenama Aulora Seamless Bra adalah syarikat BE International yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar di Malaysia.

Ianya juga adalah ahli:

  • Direct Selling Association Malaysia (DSAM)
  • Direct Selling Association Singapore (DSAS)
  • Asosiasi Penjualan Langsung Indonesia (APLI)
  • Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)

Aulora Seamless Bra dengan Kodenshi adalah salah satu produk yang di jual di pasaran Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Brunei.

Oleh kerana bra Aulora adalah amat popular di pasaran, terdapat banyak pihak yang tidak bertanggungjawab menjual baju dalam sukan biasa yang berwarna hitam dan membuat tuntutan bahawa ianya adalah produk yang tulen di laman-laman seperti Lazada, Shopee, Mudah, Qoo10, Tokopedia, Bukalapak dan lain-lain.

Jika anda tertipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab, tentunya bra tersebut tidak akan berkesan.

Aulora Bra bukannya sejenis baju dalam yang biasa.

Ianya adalah sejenis pakaian dalam yang berteknologi.

Ia adalah seperti sejenis Peranti yang boleh di pakai.

Aulora Seamless Bra di perbuat dengan menggunakan teknologi fabrik Kodenshi dari Jepun.

Jika anda tidak pernah melihat Aulora Bra yang tulen, kemungkinan besar anda tidak dapat membezakan bra Kodenshi tulen dengan yang palsu ataupun tiruan.

Baiklah, seterusnya saya akan berkongsi 3 langkah untuk menjamin bra yang anda beli secara online adalah produk tulen yang di import daripada Jepun.

1) Mendaftar sebagai ahli BE International

Langkah yang pertama untuk guaranti bra yang di beli adalah produk tulen ialah dengan mendaftar sebagai ahli BE International.

Pendaftaran ahli boleh di buat atas talian.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE International, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.

Tanggungjawab penaja anda adalah memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.

Jika anda mempunyai soalan mengenai Aulora Seamless Bra ataupun produk-produk daripada BE, sponsor anda adalah orang yang boleh menolong anda.

Yuran pendaftaran ahli adalah RM60.00 dan tempoh keahlian adalah sah untuk satu tahun (12 bulan).

Apabila anda membuat sebarang pembelian, tempoh keahlian anda akan di tambah 12 bulan secara automatik.

2) Muat turun aplikasi BE4U

Setelah anda mendaftar sebagai ahli BE International, anda akan menerima nombor keahlian anda.

Langkah kedua, anda perlu muat turun aplikasi BE International yang di panggil BE4U.

Aplikasi BE4U boleh di muat turun dari laman Google Playstore, Huawei AppGallery dan Apple Appstore secara percuma.

Anda hanya perlu masukkan nombor ahli anda dan kata laluan (password) anda untuk memasuki aplikasi BE4U.

BE4U application

Gambar di atas menunjukkan aplikasi BE4U yang boleh di muat turun secara percuma di atas talian.

3) Buat pembelian dalam aplikasi BE4U

Langkah ketiga adalah membuat pembelian Kodenshi Bra dengan menggunakan aplikasi BE4U.

Setelah anda membuat pembelian, anda akan menerima invois pembelian rasmi daripada BE International.

Setiap pembelian Aulora Seamless Bra daripada app BE4U, penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei, Hong Kong adalah percuma.

Pembayaran untuk pembelian Aulora Bra melalui aplikasi BE4U boleh di buat dengan menggunakan kad kredit, kad debit ataupun dengan perbankan online melalui proses Financial Process Exchange (FPX).

Kerjasama HKRMA

Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.

HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.

Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.

BE International dan HKRMA

Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.

Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.

Kesimpulan

Jika anda berminat dengan Aulora Seamless Bra dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima bra tulen yang di impot dari negara Jepun adalah dengan mengikuti 3 langkah yang tertera di atas.

Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.

Untuk memastikan para pengguna mendapat produk yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya jangan membeli produk-produknya daripada laman-laman seperti Lazada, Shopee, Mudah, Qoo10, Tokopedia, Bukalapak dan lain-lain.

Di bawah adalah notis tersebut.

Notis BE

Oleh itu, jangan membeli produk-produk Aulora Series seperti Aulora Pants, socks, panties, boxer, T-shirt, scarf, arm sleeves dan seamless bra daripada laman penjualan yang lain.

Anda mungkin terbeli produk-produk tiruan ataupun palsu yang tidak berkesan sama sekali.

Produk palsu atau produk tiruan akan menyebabkan kerugian kepada anda.

Pastikan anda mendaftar sebagai ahli BE International dan mendapatkan produk yang tulen terus daripada syarikat dengan menggunakan aplikasi telefon pintar BE4U.

Oleh itu, untuk memastikan anda membeli Aulora Bra yang tulen, ikutilah 3 langkah yang saya telah berkongsi di atas.

Bermulalah dengan mendaftar sebagai ahli BE International.

Peluang perniagaan

Tahu tak di sebalik pembelian Aulora Seamless Bra yang tulen, terdapat juga peluang perniagaan?

Jika anda berminat untuk berniaga separuh masa (part time) untuk penjana pendapatan sambilan, anda boleh menggunakan peluang perniagaan BE International dengan menjual produk-produk Aulora Series.

Apakah manfaat Aulora Series sebagai produk jualan perniagaan anda?

Produk-produk Aulora Series adalah sejenis “peranti yang boleh di pakai” yang berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah di dalam badan kita.

Jika peredaran darah di dalam badan tidak bagus, ia akan mengakibatkan pelbagai masalah dari segi kesihatan.

Peredaran darah yang tidak lancar dapat menjadi penyebab masalah kesihatan serius. Darah merupakan bagian penting dalam tubuh yang berfungsi untuk membawa nutrisi makanan dan oksigen ke seluruh tubuh. Proses peredaran darah yang tidak lancar akan membuat menurunnya kinerja organ tubuh lainnya.

Detik Health

Apabila peredaran darah di dalam badan kita lancar, badan kita secara semula jadi akan menjadi lebih sihat.

Pada masa kini, golongan masyarakat tidak kira tua atau muda mengalami banyak masalah kesihatan yang di sebabkan oleh gaya hidup and pemakanan yang tidak baik.

Penyelesaian yang sedia ada untuk mengatasi masalah kesihatan adalah dengan berjumpa dengan doktor dan makan ubat.

Aulora Series adalah sejenis penyelesaian alternatif yang semula jadi.

Ia adalah sejenis peranti yang boleh di pakai yang boleh membantu untuk mengembalikan kesihatan kepada anda.

Berapakah keuntungan yang anda boleh dapat dengan menjual produk Aulora Series?

Kalau anda berminat dengan peluang perniagaan BE International, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan memberikan pencerahan.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-09-23T11:06:43+08:00 March 14th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment