Terima kasih kerana melayari blog ini. Nama saya Will dan saya daripada Kuala Lumpur, Malaysia.
Di atas adalah gambar saya ketika saya mengunjungi Osaka, Jepun.
Untuk pengetahuan, saya dan isteri saya, Lynn telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Bisness dengan BE adalah kerjaya kami berdua sepenuh masa.
Salah satu produk yang paling laris daripada BE International adalah pakaian-pakaian Aulora Series dengan Kodenshi yang di import daripada Jepun.
Aulora Series terdiri daripada:
- Aulora Pants (Wanita & Lelaki)
- Aulora Basic Top (T-shirt)
- Aulora Socks (Wanita & Lelaki)
- Aulora Panties
- Aulora Boxer
- Aulora Arm Sleeves
- Aulora Scarf
- Aulora Seamless Bra
Produk yang paling popular dan laris sudah tentunya ialah Aulora Pants.
Aulora Pants sekarang telah trending di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Kalau anda membaca artikal ini, ada kemungkinan besar anda bertanya sama ada anda boleh membeli Aulora Pants dengan Kodenshi di ibu pejabat BE International yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Jawapannya ialah anda tentunya boleh!
Terlebih dahulu, izinkan saya jelaskan apa itu Aulora Pants.
Seluar Aulora
Aulora Pants dengan Kodenshi adalah sejenis pakaian berteknologi yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di buat 100% di negara Jepun.
Pemilik jenama Aulora Pants adalah syarikat BE International.
BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang mempunyai pejabat operasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan yang bertauliah seperti:
- Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
- Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
- Indonesian Direct Selling Association (APLI)
- Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)
Ibu pejabat BE International terletak di Link 2, Bukit Jalil.
Di pejabat Bukit Jalil, terdapat showroom besar yang mempamerkan semua produk-produk daripada BE seperti Aulora Series, makanan berfungsi Belixz, produk kesihatan kulit Beyul dan produk Fast Moving Consumer Goods (FMCG) Beyang.
Di bawah saya telah merakam virtual tour showroom syarikat BE International di Bukit Jalil, KL.
Anda boleh klik video di atas untuk menonton virtual tour showroom BE International di TikTok.
Alamat HQ BE
Berikut adalah alamat dan masa operasi ibu pejabat BE International:
BE International Marketing Sdn. Bhd.
C-20-G, Jalil Link 2, No. 5, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel no: +603 8605 8500
Apakah jam operasi showroom BE International di Bukit Jalil?
Masa operasi showroom pejabat BE ialah dari 9:00 am – 6:00 pm pada hari Isnin hingga Jumaat.
Pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum, pejabat dan counter sales akan di tutup.
Apakah cara terbaik untuk menghubungi khidmat pelanggan BE di Bukit Jalil?
Cara yang terbaik ialah dengan menghubungi nombor telefon utama syarikat BE.
Notis: Untuk pengetahuan, saya BUKAN pekerja atau staff di pejabat BE di Bukit Jalil.
Saya dan isteri saya adalah Pemilik Bisnes Bebas atau Indepent Business Owner (IBO) dengan BE International.
Gambar di atas menunjukkan tempat letak kereta khas untuk IBO di depan pejabat BE.
IBO di benarkan untuk letak kereta dengan percuma selama 1 jam sahaja.
Adakah perlu membuat janji terlebih dahulu sebelum ke pejabat BE di Bukit Jalil?
Showroom BE di Bukit Jalil adalah di buka kepada orang umum.
Oleh itu, anda tidak perlu membuat temu janji.
Walau bagaimanapun, sebelum anda pergi ke sana, adalah baik kalau anda menghubungi seorang agen yang aktif di dalam bisnes BE untuk membantu anda dengan penjelasan manfaat-manfaat produk.
Adakah ada promosi atau potongan harga yang tersedia untuk Aulora Pants di Bukit Jalil?
Tiada promosi atau potongan harga untuk Aulora Pants di sana.
Jika ingin mendapatkan tawaran yang lebih berbaloi, anda boleh dapatkan pakej Aulora Pants Pack Kembar yang mempunyai 2 helai seluar dengan hadiah percuma.
Adakah anda berpeluang untuk mencuba Aulora Pants di showroom BE di Bukit Jalil?
Di showroom BE, anda tidak berpeluang untuk mencuba Aulora Pants.
Jika anda ingin cuba pakai Aulora Pants sebelum buat pembelian, anda boleh hubungi saya kerana saya ada sample Aulora Pants yang boleh di cuba.
Produk tulen
Kebanyakan orang yang menghubungi saya melalui blog ini berminat untuk membeli Aulora Pants.
Mereka telah menonton banyak testimoni-testimoni daripada pengguna Aulora Pants di TikTok dan ingin cuba memakai seluar Kodenshi daripada Jepun tersebut.
Tetapi, kebanyak orang tidak pasti bagaimana untuk membeli Aulora Pants.
Kalau mereka membeli daripada laman penjualan online seperti Shopee dan Lazada, mereka juga bimbang produk yang di beli adalah palsu.
Bagaimana untuk memastikan Aulora Pants yang di beli secara online adalah produk tulen daripada Jepun?
Untuk memastikan Aulora Pants yang di beli adalah produk tulen, cara yang terbaik ialah dengan mendaftar sebagai ahli BE International dan membuat pembelian terus dengan syarikat.
Oleh itu, anda boleh pergi ke HQ BE di Bukit Jalil untuk membuat pendaftaran sebagai ahli, order, buat bayaran dan ambil stok Aulora Pants pada masa yang sama.
Apakah kaedah pembayaran yang di terima di pejabat BE Bukit Jalil?
Anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit, kad debit dan juga perbankan secara online.
Walau bagaimanapun, TIADA kaedah pembayaran secara wang tunai di pejabat BE di Bukit Jalil.
Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.
Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.
Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Aulora Pants atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.
Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.
Pendaftaran online
Jika anda tidak dapat pergi ke pejabat BE di Bukit Jalil, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli dan order secara online.
Prosesnya adalah amat mudah.
Anda cuma perlu mengikuti 3 langkah di bawah:
Langkah 1
Anda perlu seorang penaja atau sponsor untuk berkongsi link pendaftaran ahli BE International dengan anda.
Pastikan penaja anda berpengalaman dan tahu proses pendaftaran ahli BE secara online.
Proses pendaftaran menjadi ahli BE akan menggunakan sistem Electronic Know Your Customer atau EKYC.
Proses EKYC memerlukan anda mengambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera smartphone anda.
Segelintir pengguna akan rasa keliru bagaimana untuk membenarkan browser seperti Google Chrome atau Safari untuk akses kamera smartphone.
Oleh itu, penaja anda perlu membantu jika anda tidak pasti bagaimana menjalankan proses EKYC.
Untuk saya dan isteri saya, jika prospek kami tinggal di Kuala Lumpur atau di kawasan Selangor, kami anda bertemu secara offline dan menolong prospek kami untuk menjalankan proses EKYC.
Selepas EKYC selesai, proses selanjutnya hanya masukkan butir-butir peribadi untuk pendaftaran ahli.
Selepas anda membayar yuran pendaftaran ahli, anda akan menerima Welcome email daripada BE.
Di dalam email tersebut, ada kod keahlian dan juga kata laluan sementara untuk akses aplikasi telefon pintar khas untuk ahli BE yang di kenali sebagai BE4U.
Langkah kedua
Langkah kedua untuk membeli Aulora Pants secara online ialah muat turun aplikasi BE4U.
Aplikasi BE4U boleh di muat turun secara percuma dari Google Playstore, Huawei AppGallery dan Apple Appstore.
Anda boleh menggunakan kod keahlian BE anda dan juga kata laluan sementara untuk akses app tersebut.
Langkah ketiga
Langkah ketiga adalah menentukan saiz Aulora Pants yang sesuai untuk anda.
Untuk membuat demikian, anda perlu mengambil ukuran di bahagian pinggang dan punggung dalam CM.
Ukuran bahagian pinggang di ambil di tahap siku anda.
Seterusnya, gunakan carta saiz Aulora Pants di bawah untuk menentukan saiz seluar anda.
Untuk wanita yang tidak muat saiz Aulora Pants saiz 2XL, mereka boleh memakai Aulora Pants Lelaki yang saiznya sampai 5XL.
Jika anda tidak pasti saiz apa yang sesuai, anda boleh dapatkan bantuan daripada sponsor anda.
Selepas anda memilih saiz Aulora Pants yang sesuai, anda boleh buat pembayaran di dalam aplikasi BE4U dengan menggunakan kad kredit, kad debit ataupun perbankan secara online.
Notis penting:
Patutkah anda membeli Aulora Pants daripada laman-laman seperti Lazada, Shopee, Qoo10, Bukalapak dan sebagainya?
Nasihat saya ialah JANGAN!
BE International tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjual produk-produknya di laman-laman platform ketiga.
Jika anda nampak produk-produk BE yang murah di laman-laman tersebut, anda harus berhati-hati.
Kebanyakan produk-produk yang di senaraikan di laman-laman tersebut adalah palsu atau tiruan.
BE International telahpun mengeluarkan notis di atas untuk menasihati orang ramai supaya jangan membeli produk-produk BE yang di senaraikan di laman-laman ketiga.
Jangan tertipu dengan harga yang murah!
Daftarlah sebagai ahli BE International supaya Aulora Pants yang di beli di jamin tulen daripada negara Jepun.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.
Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment