Bagaimana Beli Aulora Pants Di Bukit Jalil HQ BE

Bagaimana untuk beli Aulora Pants dengan Kodenshi di HQ BE di Bukit Jalil?

Anda boleh membeli Aulora Pants tulen melalui 2 cara berikut:

  1. Pembelian terus di HQ BE International Bukit Jalil: Mendaftar sebagai ahli di Kaunter HQ dengan bantuan IBO / penaja sah, buat pembayaran (kad kredit, kad debit / perbankan dalam talian) dan terus ambil stok.
  2. Pembelian Self-Pick Up via Aplikasi BE4U: Mendaftar akaun ahli secara dalam talian, buat pesanan dan pembayaran di aplikasi BE4U, kemudian pilih modul Pengambilan Sendiri (Self-Pick Up) untuk mengambil seluar anda di HQ BE Bukit Jalil pada hari yang sama tanpa menunggu kurier.
Daddy Will IBO BE International

Di atas adalah gambar saya ketika saya mengunjungi Osaka, Jepun.

Untuk pengetahuan, saya dan isteri saya, Lynn telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Disember 2017.

Bisness dengan BE adalah kerjaya kami berdua sepenuh masa.

Salah satu produk yang paling laris daripada BE International adalah pakaian-pakaian Aulora Series dengan Kodenshi yang di import daripada Jepun.

Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants (Wanita & Lelaki)
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Socks (Wanita & Lelaki)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf
  • Aulora Seamless Bra
  • Aulora Polo (Exclusive Collection)
  • Aulora Shawl (Exclusive Collection)

Produk yang paling popular dan laris sudah tentunya ialah Aulora Pants.

Kalau anda membaca artikal ini, ada kemungkinan besar anda bertanya sama ada anda boleh membeli  Aulora Pants dengan Kodenshi di ibu pejabat BE International yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jawapannya ialah anda tentunya boleh!

2 Cara Beli Aulora Pants Original Dari Jepun di Bukit Jalil

Cara 1: Pembelian Terus secara Walk-In di Showroom HQ BE International

Jika anda berada berdekatan Bukit Jalil dan ingin melihat showroom atau terus mendapatkan Aulora Pants, anda boleh terus ke Ibu Pejabat BE International.

  • Lokasi & Alamat HQ BE International: BE International Marketing Sdn. Bhd. C-20-G, Jalil Link 2, No. 5, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi Kaunter & Jualan: Isnin – Jumaat (9:00 AM – 6:00 PM). Tutup pada Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum.
  • Waktu Operasi Showroom: Di buka setiap hari sehingga 11:00 PM.
  • Kaedah Pembayaran: Kad Kredit, Kad Debit, dan Online Banking (Pembayaran TUNAI tidak diterima di kaunter).
  • Kemudahan Parking: Tempat letak kereta khas IBO/Pelawat disediakan percuma selama 1 jam di hadapan pejabat.

Nota: Sebelum hadir secara walk-in, disyorkan untuk menghubungi Penaja/IBO sah terlebih dahulu untuk membantu menguruskan pendaftaran akaun dan pengesahan saiz.

Cara 2: Pembelian Online & Pengambilan Sendiri (Self-Pick Up di HQ Bukit Jalil)

Bermula tahun 2025, BE International menyediakan modul Pengambilan Sendiri dalam aplikasi BE4U. Ini adalah cara terpantas jika anda mahu terus mengambil stok di HQ tanpa menunggu penghantaran kurier.

Langkah-langkah Pembelian Dalam Talian:

  1. Dapatkan Link Pendaftaran daripada Penaja Sah: Hubungi IBO sah untuk mendapatkan pautan pendaftaran. Lengkapkan proses pengesahan identiti (EKYC) menggunakan kad pengenalan anda.
  2. Pilih Saiz Aulora Pants yang Tepat: Ukur bahagian pinggang (paras siku) dan punggung dalam sentimeter (CM). Bandingkan dengan Carta Saiz Aulora Pants di dalam aplikasi.
  3. Pilih Modul “Pengambilan Sendiri” (Self-Pick Up): Semasa proses pembayaran (checkout), pilih HQ Bukit Jalil sebagai lokasi pengambilan, selesaikan pembayaran via kad atau FPX, dan anda boleh terus ke HQ untuk mengambil stok seluar anda pada hari yang sama.
Bukit Jalil IBO Parking

Gambar di atas menunjukkan tempat letak kereta khas untuk IBO di depan pejabat BE.

Soalan Lazim (FAQ) Pembelian Aulora Pants Di Bukit Jalil

1. Bolehkah saya terus beli Aulora Pants tanpa mendaftar sebagai ahli?

Tidak. Produk Aulora Pants yang tulen daripada Jepun dijual secara rasmi terus daripada BE International kepada ahli terdaftar bagi menjamin ketulenan dan jaminan kualiti.

2. Boleh tak cuba (fitting) Aulora Pants di showroom Bukit Jalil?

Di showroom HQ Bukit Jalil, tiada sampel percubaan disediakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi kami (Daddy Will & Mommy Lynn) terlebih dahulu kerana kami menyediakan sampel Aulora Pants untuk dicuba dan mengukur saiz yang tepat sebelum membuat pembelian.

3. Adakah Aulora Pants dijual di Shopee atau Lazada?

Tidak. BE International tidak pernah membenarkan penjualan produk di platform pihak ketiga seperti Shopee, Lazada, atau Qoo10. Produk yang dijual di platform tersebut berisiko tinggi palsu atau tiruan.

4. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk bantuan pembelian di Bukit Jalil?

Saya (Daddy Will) dan isteri saya (Mommy Lynn) merupakan Pemilik Bisnes Bebas (IBO) BE International sepenuh masa sejak Mac 2018. Kami sedia membantu anda menguruskan pendaftaran, pemilihan saiz, dan pembelian Aulora Pants di HQ Bukit Jalil.

5. Selain tempat letak kereta khas untuk IBO, di manakah saya boleh park kereta?

Anda boleh park kereta anda di basement carpark Link 2 Mall Bukit Jali.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.

Anda boleh menghubungi saya melalui:

Nombor WhatsApp: +60176037689

Anda juga boleh klik pautan di bawah untuk direct mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top