Mengapa Tiada Duplikasi Di Dalam Rangkaian MLM Anda?

Adakah anda seorang ketua atau leader di dalam industri MLM?

Duplikasi rangkaian

Jika ya, tentunya anda akan bertanya soalan di atas.

Kalau anda adalah seorang ketua dalam bisnes MLM, saya pasti anda akan bertanya mengapa tiada aktiviti duplikasi di dalam rangkaian anda.

Tahu tak bagaimana saya tahu perkara ini?

Saya tahu kerana saya juga adalah seorang ketua di dalam perniagaan MLM dengan beratus-ratus orang di dalam rangkaian saya dan saya kerap bertanya mengapa tiada duplikasi oleh downline saya.

Bisnes pemasaran rangkaian ataupun network marketing beroperasi dengan konsep duplikasi atau duplication.

Duplikasi oleh downline andalah yang membolehkan anda menikmati pendapatan pasif atau passive income.

Malangnya, duplikasi 100% di dalam rangkaian anda adalah satu perkara yang jarang berlaku.

Kebanyakan downline anda mungkin akan duplikasi 50% atau hanya 10% aktiviti-aktiviti anda di dalam business MLM.

Kita tahu, untuk mencari seorang pejuang atau fighter dalam rangkaian, kita terpaksa merekrut berpuluh-puluh downline baru.

Kebanyakan downline anda akan menjadi pengguna produk sahaja.

Cuma sekumpulan yang kecil sahaja yang akan membina perniagaan MLM mereka.

Kalau anda adalah orang baru di dalam industri MLM, anda mungkin berasa sedih apabila anda mengetahui situasi ini.

Mengapakah situasi begini berlaku?

Mengapa setelah anda bertungkus-lumus merekrut agen-agen baru, mereka tidak langsung duplikasi aktiviti dan pengajaran dari sistem syarikat MLM yang anda bekerjasama.

Nak tahu jawapannya?

Ini berlaku kerana kebanyakan orang yang membina bisnes MLM mencari dan merekrut orang-orang yang salah.

Kebanyak orang tersebut tidak sesuai untuk membina bisnes network marketing.

Mereka cuma adalah pelanggan atau customer sahaja dan bukan seorang pejuang.

Kumpulan ini mungkin berminat dengan potensi pendapatan yang tinggi daripada bisnes network marketing atau potensi menjana pendapatan pasif, tetapi mereka tidak mempunyai kemahuan ataupun desire yang tinggi.

Anda mungkin bertanya, bagaimana anda mencari orang-orang yang betul-betul berpotensi, mempunyai kemahuan yang tinggi dan juga berminat dengan bisnes model MLM?

Kalau anda dapat mencari golongan prospek yang berkaliber tinggi, tentunya mereka akan duplikasi aktiviti-aktiviti anda di dalam rangkaian anda.

Justeru, aktiviti-aktiviti anda untuk merekrut dan mengekalkan downline-downline di dalam rangkaian anda tentunya akan menjadi 10,000X lebih berkesan.

Ada beberapa cara anda boleh lakukan untuk menarik perhatian prospek-prospek yang berkaliber tinggi.

Salah satu cara yang saya sendiri gunakan adalah dengan “Penjenamaan Diri” ataupun personal branding.

Kalau anda berminat untuk mengetahui topik Penjenamaan Diri dengan lebih lanjut, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-09-13T14:22:38+08:00 September 12th, 2021|Perniagaan|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Farehanan 13/09/2021 at 1:14 pm - Reply

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya juga membina bisnes MLM. Memang downline jarang ikut cakap upline 🙂

    • Lynn 13/09/2021 at 2:21 pm - Reply

      Hi Farehanan. Terima kasih atas komen anda. Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Leave A Comment