Bagaimana Jadi Agen Menjual Collagen Plus Di Kota Kinabalu?

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang agen penjualan Belixz Collagen Plus di kawasan Kota Kinabalu (KK), Sabah.

Mommy Lynn Seoul Korea

Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Peluang perniagaan BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu kategori produk makanan berfungsi yang paling laris daripada BE di kenali sebagai Belixz.

Produk-produk di dalam kategori ini adalah seperti:

  • Belixz Shiruto
  • Belixz Befil
  • Belixz Collagen Plus
  • Belixz Zencoso Chewable Ball
  • Belixz I-Vxion
  • Belixz Livcore
  • Belixz Spirulina
  • Belixs SlendGlow
  • Belixz SlendMeal PRO
  • Belixz N’exBio

Salah satu produk produk kategori Belixz yang paling popular ialah Collagen Plus.

Collagen Plus Malaysia

Di atas adalah kotak Collagen Plus.

Apakah fungsi utama produk Belixz Collagen Plus?

Secara ringkas, manfaat-manfaat pengambilan produk tersebut ialah:

1) Membina semula struktur kulit dan menggalakkan kepejalan kulit
2) Mengurangkan kedutan
3) Meningkatkan kelembapan kulit
4) Mengurangkan masalah kulit kering
5) Anti-sinar UV
6) Anti-peradangan
7) Perlindungan DNA

Produk Collagen Plus kini sedang trending di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.

Kemungkinan anda juga pernah nampak video testimoni di TikTok dan juga video yang mengajak orang ramai menjadi IBO BE untuk jual Collagen Plus.

Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang cari satu peluang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, berisiko rendah dan tidak perlu simpan stok.

Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual produk Belixz Collagen Plus secara professional di kawasan Kota Kinabalu?

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang agen dengan syarikat BE International untuk menjual produk Collagen Plus.

Produk Collagen Plus

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa produk Belixz Collagen Plus adalah sejenis minuman kolagen yang halal.

Di bawah adalah sijil halal Collagen Plus yang di keluarkan oleh JAKIM.

Nombor sijil halal Collagen Plus ialah MS 1500: 1 037 – 01/2018.

Collagen Plus sijil halal

Gambar di atas menunjukkan logo Halal JAKIM yang di cetak pada kotak Belixz Collagen Plus.

Pemilik jenama Belixz Collagen Plus adalah syarikat BE International yang berpejabat di Kuala Lumpur.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:

  • Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
  • Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
  • Indonesian Direct Selling Association (APLI)
  • Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)

Ibu pejabat BE International terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di pejabat tersebut, terdapat showroom yang mempamerkan semua produk-produk BE seperti:

  • Pakaian infra merah jauh Aulora Series
  • Produk makanan berfungsi Belixz
  • Produk penjagaan kulit Beyul dengan Postbiotics dari Korea Selatan
  • Produk FMCG Beyang

Collagen Plus adalah sejenis produk minuman kolagen halal yang sangat popular dan laris di pasaran.

Ia juga adalah sejenis produk yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Kelebihan Collagen Plus

Di bahagian ini, saya akan berkongsi 5 sebab mengapa produk Belixz Collagen Plus sangat hebat untuk di jadikan sebagai produk utama untuk membina bisnes BE anda di kawasan KK.

1) KK pusat ibu negeri Sabah dengan gaya hidup moden

Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah dan menjadi tumpuan utama penduduk bandar serta kawasan sekitarnya.

Ramai wanita di sini semakin mengambil berat tentang penampilan diri, kecantikan kulit dan kesihatan dalaman kerana gaya hidup moden yang sibuk.

Belixz Collagen Plus, sebagai minuman kolagen halal sangat sesuai untuk memenuhi keperluan wanita di Kota Kinabalu yang mahu mengekalkan kecantikan serta keyakinan diri.

Pasaran di KK besar kerana ramai yang mencari produk premium tetapi selamat dan mudah diamalkan setiap hari.

2) Pejabat rasmi BE di Kota Kinabalu

Kelebihan ini besar untuk sesiapa yang ingin bina bisnes ini ialah BE International sudah ada Business Centre di Kota Kinabalu.

Ini sangat memudahkan urusan seperti pendaftaran ahli, pembelian produk serta menghadiri training atau event syarikat.

Dengan pusat operasi yang dekat, lebih mudah untuk prospek dan pelanggan membina keyakinan kerana mereka nampak syarikat kukuh dan serius di Sabah.

3) Kuasa beli penduduk Kota Kinabalu semakin meningkat

Ramai wanita di Kota Kinabalu bekerja sama ada dalam sektor kerajaan, swasta, atau mempunyai bisnes kecil sendiri.

Dengan pendapatan yang stabil, mereka sanggup melabur untuk kesihatan dan kecantikan, terutama produk yang mempunyai kualiti antarabangsa seperti Collagen Plus.

Harga produk premium bukanlah halangan besar kerana mereka faham nilai jangka panjang untuk kesihatan kulit dan kecantikan.

Ini menjadikan Kota Kinabalu lokasi strategik untuk memasarkan produk ini.

4) Produk Collagen Plus ada sijil halal

Di Sabah, kebanyak penduduk adalah beragama Islam.

Faktor halal sangat penting dalam pemilihan produk, terutama minuman kesihatan.

Collagen Plus telah menerima sijil halal, jadi wanita Muslim di Kota Kinabalu boleh mengamalkannya tanpa ragu-ragu.

Ini memberikan kelebihan besar berbanding banyak jenama lain yang tidak ada sijil halal.

Jadi, pasaran anda lebih luas dan mudah diterima oleh komuniti setempat.

5) Budaya wanita Sabah yang suka kekal cantik dan menjaga kesihatan

Wanita di Kota Kinabalu terkenal dengan gaya hidup aktif, mereka suka menghadiri majlis, bekerja dalam persekitaran profesional, dan menjaga penampilan diri.

Kolagen ialah antara produk yang sentiasa dicari kerana ia membantu kulit nampak lebih muda, lebih anjal, dan berseri.

Dengan produk Collagen Plus, anda bukan sahaja menjual kolagen biasa, tetapi kolagen premium yang berkualiti tinggi.

Ini memberi keyakinan tambahan kepada wanita Kota Kinabalu untuk mencubanya dan konsisten mengamalkannya.

Menjadi agen

Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO).

Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.

Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 1 tahun.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.

Tanggung jawab seorang penaja adalah menjelaskan pelan bisnes BE, memberikan khidmat pelanggan atau customer servic dan sokongan kepada anda.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Collagen Plus atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.

Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.

Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk Collagen Plus.

Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF di dalam peluang perniagaan BE.

Agen Shiruto

Di atas adalah gambar saya (di kanan) menjelaskan manfaat-manfaat produk BE kepada pelanggan saya.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.

Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

BE International penaja

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.

Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.

Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.

Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?

Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.

Matlamat Bank Negara Malaysia dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.

Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.

Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen.

Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.

EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.

Kelebihan seorang agen

Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.

Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.

Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.

Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.

Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Collagen Plus.

Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Collagen Plus yang anda perlu lakukan?

Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Collagen Plus.

Yang pertama sekali, saya telah menggunakan produk Collagen Plus sejak Februari 2026.

Saya tahu bagaimana rasa dan efeknya apabila saya mengambil Collagen Plus.

Oleh itu, saya boleh berkongsi cerita dan pengalaman saya menggunakan produk Collagen Plus untuk menjaga kesihatan kulit saya.

Aktiviti pemasaran untuk Collagen Plus adalah dengan hanya berkongsi cerita dan pengalaman saya menggunakannya.

Gambar di bawah adalah “sebelum dan selepas” saya minum suplemen kolagen.

Collagen Plus results Malaysia
Collagen Plus age spots lighten

Daripada gambar di atas, titik-titik di muka saya telah kurang setelah mengambil Collagen Plus.

Kalau anda nak jadi agen menjual Collagen Plus, langkah pertama yang anda perlu buat adalah beli dan cuba produk Collagen Plus untuk diri sendiri.

Bila anda menggunakan Collagen Plus, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.

Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Collagen Plus?

Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog ini dan juga media sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube, TikTok dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti pemasaran Collagen Plus bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk online dan medan sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.

Semua aktiviti pemasaran Collagen Plus anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.

Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Collagen Plus.

Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Collagen Plus, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?

Bila ada prospek yang menghubungi anda, anda boleh bertemu dengan prospek tersebut.

Kalau lokasi mereka di sekitar kawasan Kota Kinabalu, anda boleh bertemu mereka di Pejabat Urusan BE International yang terletak Luyang Commercial Centre , Kota Kinabalu, Sabah.

BE International Kota Kinabalu

Di atas adalah gambar pejabat BE International di Kota Kinabalu dari luar.

Mengapa anda harus membawa prospek ke pejabat urusan BE di KK?

Kerana di sana ada showroom yang memaparkan semua produk-produk BE.

Terdapat juga meja, kerusi, air dan kopi di showroom BE yang anda boleh gunakan untuk berbincang dengan prospek anda.

Oleh itu, kalau prospek anda berada di kawasan Kota Kinabalu, saya akan galakkan anda bawa prospek ke pejabat BE untuk menjalankan aktiviti sales anda.

Kalau prospek anda sudi untuk membeli produk Belixz Collagen Plus, mereka boleh terus mendaftar sebagai ahli BE, order dan ambil stok serta merta.

Di pejabat BE di Luyang Commercial Centre, anda juga boleh “pinjam kuasa” daripada leader-leader lain untuk meningkatkan lagi keyakinan prospek anda terhadap syarikat BE.

Bagaimana pula kalau prospek berada to luar kawasan KK?

Kalau begitu, anda boleh pergi ke rumah mereka ataupun bertemu di cafe atau restauran yang berdekatan dengan mereka.

Jika prospek anda sudi untuk membeli Collagen Plus, anda boleh bantu mereka membuat pendaftaran ahli dan beli Collagen Plus secara online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar BE4U.

Pembayaran untuk pembelian Collagen Plus prospek anda boleh di buat dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau dengan perbankan online melalui sistem FPX di dalam app BE4U.

Apabila prospek anda membuat pembelian, syarikat BE akan menghantar parcel ke alamat mereka di dalam 3 – 5 hari bekerja dengan menggunakan servis kurier.

Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes sendiri, peluang perniagaan BE dengan aplikasi BE4U memang canggih, cepat dan mudah sekali.

Berapa jauhkah anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian produk Collagen Plus dengan prospek anda?

Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.

Saya dan suami saya kerap pergi ke tempat yang jauh untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Collagen Plus dan produk-produk lain daripada BE melalui kami.

Untuk menjadi seorang agen Collagen Plus yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.

3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.

Kesimpulan

Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Belixz Collagen Plus adalah mudah sahaja.

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.

Yuran pendaftaran cuma RM60.00.

Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.

Kalau anda ingin menjual produk Belixz Collagen Plus sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.

Untuk menjadi seorang ahli bisnes BE yang berjaya, anda seharusnya memberikan servis extra atau “go the extra mile” untuk membezakan diri anda dengan agen BE yang lain di Kota Kinabalu.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2026-03-02T21:57:28+08:00 March 1st, 2026|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment