3 Kebaikan & Fungsi Belixz Livcore Dari BE International

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Mommy Lynn Livcore

Di atas adalah gambar saya ketika acara perkenalan dan latihan untuk Belixz Livcore di ibu pejabat BE International.

Di artikal ini, saya akan berkongsi 3 kebaikan dan fungsi produk Belixz Livcore daripada BE International.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Peluang perniagaan BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk makan berfungsi daripada BE ialah Belixz Livcore.

Terlebih dahulu, sebagai penafian, saya bukan seorang doktor.

Info-info yang saya berkongsi di dalam artikal ini adalah berdasarkan pencarian dan pembacaan saya di internet daripada laman-laman web yang bereputasi.

Saya juga akan memaparkan pautan ke laman-laman tersebut sebagai rujukan anda.

Kalau anda tidak pasti, sila buat pembacaan dan rujukan anda sendiri.

Artikal ini adalah untuk perkongsian info sahaja.

Kalau anda mempunyai isu-isu yang di sebabkan oleh penyakit yang serius, saya akan cadangkan anda dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal atau doktor-doktor pakar.

Info produk

Apa itu Belixz Livcore?

Livcore adalah sejenis makanan yang berfungsi khas untuk penjagaan kesihatan hati kita.

Mengapa organ hati begitu penting?

Hati kita terlibat dalam pelbagai fungsi di dalam tubuh badan

Berdasarkan laman Columbia Surgery, beberapa fungsi penting hati kita adalah seperti:

  • Pengeluaran albumin
  • Pengeluaran hempedu
  • Menapis darah
  • Mengawal asid amino
  • Penghasilan protein bergantung pada asid amino
  • Mengawal pembekuan darah
  • Menentang jangkitan
  • Menyimpan vitamin dan mineral
  • Memproses glukosa

Livcore bukan sejenis ubat, oleh itu, kalau anda mempunyai isu-isu yang di sebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius, sila dapatkan nasihat daripada seorang doktor pakar.

Jenama Belixz Livcore di milik oleh syarikat BE International.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BE juga mempunyai pejabat dan saluran pemasaran dan pengedaran produknya di negara lain seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Belixz Livcore di lancarkan di Malaysia oleh BE International pada 1 haribulan April 2024.

Sejak perlancarannya, produk Livcore telah mendapat sambutan yang amat baik di pasaran.

Apakah fungsi Livcore?

Apakah manfaat-manfaat kegunaan Livcore?

Livcore memberikan 3 manfaat kepada hati anda iaitu:

  • Detoksifikasi – Menyinkirkan toksin dan kotoran yang terkumpul.
  • Melindungi – Melindungi hati dengan melawan radikal bebas, melindunginya daripada kerosakan yang mungkin berlaku.
  • Memberi tenaga – Memberi tenaga kepada hati untuk memudahkan proses penyingkiran toksin yang berterusan, melengkapkan kitaran untuk menjana semula fungsi hati.

Livcore dapat memberikan 3 fungsi di atas dengan menggunakan 5 bahan daripada sumber semulajadi yang terbukti berkesan memberikan manfaat kepada hati kita berdasarkan kajian-kajian klinikal.

Berdasarkan produk katalog yang di bekalkan oleh syarikat BE, 5 bahan aktif di dalam Livcore adalah:

  1. Ekstrak biji brokoli
  2. Ekstrak milk thistle
  3. Ekstrak articok
  4. Ekstrak kunyit
  5. Ekstrak oakwood Perancis

Kalau anda berminat untuk mendapatkan katalog Livcore, anda boleh mesej saya di WhatsApp dan saya akan berkongsi file PDF katalog tersebut.

Kapsul Livcore

Produk Belixz Livcore di edarkan dengan menggunakan botol plastik kecil.

Setiap botol Livcore mempunyai 30 kapsul.

Berat kandungan setiap kapsul Livcore ialah 460 mg.

Belixz Livcore 30 capsule

Di atas adalah gambar sebotol Belixz Livcore.

Apakah bahan yang di gunakan untuk membuat kapsul Livcore?

Seorang rakan bisnes saya pernah tanya saya soalan di atas.

Rakan bisnes saya di dalam perniagaan BE telah menjual satu botol produk Livcore kepada seorang pelanggannya.

Kali pertama pelanggan rakan bisnes saya nampak kapsul Livcore, di rasa amat kuatir.

Kapsul Livcore adalah lutsinar dan nampak seperti bahan plastik.

Saya menasihati rakan bisnes saya supaya jangan bimbang.

Sarung kapsul Livcore sebenarnya di buat dengan menggunakan bahan tumbuhan.

Ia adalah sejenis kapsul sayuran yang di perbuat daripada sumber organik.

Kapsul sayuran merupakan bahan alternatif semula jadi yang mesra alam dan lebih baik jika berbanding dengan sarung kapsul gelatin tradisional yang di perbuat daripada sumber haiwan.

Sarung kapsul tumbuhan yang di gunakan oleh produk Livcore mempunyai 4 manfaat iaitu:

1) Mesra alam sekitar – Sarung kapsul boleh biodegradasi secara semula jadi dan lebih mesra alam sekitar.

2) Halal dan mesra vegan – Mematuhi serta memenuhi piawaian Halal dan bahan-bahannya berasaskan tumbuhan.

3) Selamat dan mudah di hadam – Membantu di dalam proses penyerapan bahan-bahan aktif dengan lebih cepat.

4) Selamat untuk di makan – Tiada risiko penyakit bawaan haiwan seperti Penyakit Lembu Gila (mad cow disease) atau Bovine spongiform encephalopathy (BSE).

Kapsul tumbuhan Belixz Livcore

Di atas adalah poster daripada BE International yang menjelaskan kebaikan sarung kapsul tumbuhan Livcore.

Bagaimana untuk tahu samada Livcore berkesan atau tidak untuk kesihatan hati?

Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan di atas, sila baca artikal ini.

Notis terbaru

Adakah terdapat Belixz Livcore yang palsu atau tiruan di pasaran?

Jawapannya ialah Ya, terdapat produk Livcore yang bukan original di pasaran.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Semenjak produk Livcore di lancarkan di pasaran, ia telah mendapat sambutan yang amat baik.

Apabila sesuatu produk mendapat permintaan yang tinggi, tentunya ada orang yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk menjana peruntungan yang cepat.

Oleh itu, mereka telah mula menjual Livcore tiruan di laman-laman ketiga atau laman-laman e-commerce.

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan Belixz Livcore yang tulen dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapat produk yang original adalah dengan mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian terus dengan syarikat BE.

Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.

Untuk memastikan para pengguna mendapat produk Livcore yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya JANGAN membeli Livcore tiruan daripada laman-laman ketiga atau laman-laman e-commerce.

Di bawah adalah notis tersebut.

Notis Livcore tiruan

Seperti yang tertera di dalam notis, syarikat BE ingin memaklumkan bahawa terdapat produk tiruan Belixz Livcore yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak sah.

BE memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.

Yang paling buruk, produk tiruan tersebut akan membawa risiko kepada kesihatan para pengguna.

Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan botol Livcore dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.

Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.

Apakah langkah lain yang di ambil syarikat BE untuk melindungi para pengguna?

Untuk melindungi para pengguna daripada produk-produk tiruan, syarikat BE telah menyertai HKRMA.

Kerjasama HKRMA

Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.

HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.

Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.

BE International dan HKRMA

Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.

Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.

Kesimpulan

Jika anda berminat dengan Belixz Livcore dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima produk tulen adalah dengan mendaftar sebagai BE dan buat pembelian terus dengan syarikat.

Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.

Untuk memastikan para pengguna mendapat produk yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya jangan membeli produk-produknya daripada laman-laman platform pihak ketiga.

BE juga telah menyertai HKRMA dan komited dengan Skim No Fake Pledge persatuan tersebut.

Anda sebagai seorang pengguna yang bijak, berwaspadalah dengan produk tiruan!

Jangan terpedaya dengan tawaran produk Livcore yang murah di atas talian.

Jangan mengambil risiko!

Jangan sekali-kali membeli Livcore yang murah di platform pihak ketiga kerana anda mungkin membeli produk palsu yang akan memudaratkan kesihatan anda dan keluarga anda.

Daftarlah sebagai ahli BE International dan membeli Livcore tulen daripada syarikat BE.

Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.

Kalau anda ada isu-isu yang di sebabkan penyakit yang serius, anda harus dapatkan nasihat daripada doktor-doktor medikal yang pakar.

Berapakah harga ahli Livcore?

Bagaimana membeli Livcore secara online?

Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-10-08T10:24:12+08:00 October 6th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment