Syarikat MLM Terbaik Di Malaysia – Bukan Setakat Pelan Pemasaran

Adakah anda seorang professional yang sedang menceburi industri MLM di Malaysia?

Adakah anda sedang mencari syarikat MLM yang terbaik di Malaysia?

Working Muslim Lady

Jika ya, di harapkan artikal ini dapat membantu anda.

Saya akan berkongsi 6 kunci kejayaan perniagaan MLM selain daripada pelan pemasarannya.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah membina bisnes MLM kami dengan menggunakan platform yang di sediakan oleh sebuah syarikat jualan langsung di Malaysia sejak awal tahun 2018.

Kini, ranking ataupun pangkat kami adalah agak tinggi, iaitu Crown Ambassador.

Kebanyakan orang yang telah bertahun-tahun menceburi di dalam bidang MLM bertanya kepada saya:

“Apa kelebihan syarikat jualan langsung anda?”

“Pelan komisennya macam mana?”

“Apakah perbezaan khas pelan pemasaran anda?”

Jika anda adalah seorang yang berpengalaman di dalam bidang MLM / network marketing dan anda sedang mencari syarikat MLM yang baru di Malaysia, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Saya akan berkongsi satu syarikat MLM baru dengan produk lautan biru (Blue Ocean) dan sedang berkembang di Asia Tenggara.

Klik sini untuk WhatsApp

Di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu anda mengenali dengan lebih dalam lagi kerjaya di industri jualan langsung.

6 kunci kejayaan bisnes MLM baru

Jika anda sedang membina rangkaian untuk pemasaran network marketing anda, tentunya anda telah mengetahui bahawa kejayaan bisnes anda bukannya hanya bergantung pada usaha anda sendiri.

Untuk berjaya di dalam bidang MLM, anda juga perlu bekerjasama dengan sebuah syarikat yang stabil dan sokongan daripada pasukan anda ataupun Line of Sponsorship.

Di bisnes saya dan suami saya, ini di kenali sebagai kunci-kunci kejayaan.

Di bahagian seterusnya, saya akan kongsi 6 kunci kejayaan yang membolehkan syarikat jualan langsung yang kami bekerjasama menjadi salah sebuah syarikat MLM yang berkembang dengan pantas di Asia Tenggara.

1. Tanggapan kerohanian syarikat serta pengasasnya

Syarikat jualan langsung bersebut telah di asaskan pada tahun 2017 oleh 3 individu yang sangat berjaya di bidang Multi-level marketing (MLM).

Pengasas-pengasasnya terdiri daripada:

  • Seorang jurutera yang di iktiraf
  • Seorang akauntan yang menjadi jutawan yang paling muda di bekas syarikat MLM
  • Seorang wanita yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman di industri kecantikan dan MLM. Beliau juga telah berjaya memupuk lebih 21 jutawan sehingga hari ini.

Syarikat tersebut adalah ahli Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Anda boleh meneliti senarai ahli DSAM di sini.

Syarikat tersebut juga adalah ahli Direct Selling Association of Singapore (DSAS). Anda boleh meneliti senarai ahli DSAS di sini.

Pejabat berdaftarnya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ianya juga mempunyai pejabat-pejabat di luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Bandar Seri Begawan, Brunei.

2. Produk unggul

Jika anda ingin membina sebuah rangkaian MLM, pemilihan produk jualan anda adalah sangat penting kerana jualan produk adalah sumber pendapatan anda.

Jika anda menjual produk yang salah untuk bisnes anda, tentunya anda akan mengalami kekecewaan, pendapatan yang kecil serta membuang masa.

Di dalam aspek penyelidikan pasaran dan penjualan produk yang betul, syarikat yang saya dan suami saya sebagai ahli telah membuat yang terbaik.

Saya percaya kejayaan pemasaran produk adalah daripada pengalaman di dalam bidang jualan langsung oleh ketiga-tiga pengasas syarikat.

Pemilihan produk yang di betul untuk bisnes MLM seharusnya unik, berkualiti tinggi dan mempunyai potensi untuk pembelian berulangan oleh pelanggan.

Produk yang di jamin laris untuk syarikat MLM di seluruh dunia adalah di pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu sebab mengapa produk-produk syarikat begitu laris di pasaran seperti adalah perlaksanaan Strategi Lautan Biru.

Blue Ocean Strategy book

Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy adalah buku bisnes dan pemasaran yang sangat popular.

Secara umumnya, strategi yang di syorkan di dalam buku tersebut adalah dengan memperkenalkan ataupun mereka cipta satu kategori ruang pemasaran di mana ruang tersebut tiada persaingan.

Apabila sesuatu produk mempunyai permintaan yang tinggi dan tiada pesaing lain, oleh itu jika anda membina bisnes MLM anda dengan menggunakan platform bisnes yang di sediakan akan menjadi lebih mudah.

Apabila anda menggunakan platform yang di sediakan, anda akan menjual produk-produk yang berkualiti tinggi, bermargin tinggi dan yang paling penting ialah ulangan pembelian daripada pelanggan-pelanggan anda yang tinggi.

3. Pelan pemasaran yang sejajar dengan aliran dunia dan adil

Kebanyakan orang yang berpengalaman di dalam bidang MLM fokus di aspek ini semasa mereka menyelidiki dan menerokai bisnes jualan langsung.

Pelan pemasaran yang saya ikuti menggunakan konsep Satu akaun di seluruh dunia.

Anda boleh menaja atau sponsor ahli baru di tempatan ataupun antarabangsa ke dalam rangkaian anda dengan senang dan lancar.

Kini, ranking saya dengan dengan syarikat adalah Crown Ambassador in Malaysia.

Apabila saya dan suami saya pergi ke Singapura, Brunei ataupun Hong Kong untuk membina rangkaian kami, ranking kami masih kekal Crown Ambassador di negara-negara tersebut.

Itu adalah satu-satunya manfaat satu akaun di seluruh dunia.

4. Pendidikan sistem yang mudah di duplikasi

Apabila anda membina rangkaian anda, salah satu faktor yang penting adalah latihan and pembelajaran untuk ahli-ahli baru.

Bila rangkaian anda masih kecil dengan beberapa ahli yang aktif, anda boleh mengajar ahli-ahli baru secara individu ataupun dalam sessi latihan yang kecil.

Tapi, apakah yang akan berlaku jika anda mempunyai ahli-ahli baru yang berada di bandar, negeri ataupun di luar negara?

Ia adalah mustahil untuk anda melatih and mengajar semua orang!

Apakah penyelesaiannya?

Ya, penyelesaiannya terletak pada kunci yang keempat iaitu pendidikan sistem yang mudah di duplikasi.

Untuk busines saya, program pelajarannya bermula dengan latihan asas sehingga ke latihan pendidikan sistem untuk ahli-ahli yang berpangkat tinggi.

Ketika masa pandemik, semua kelas-kelas latihan kini di adakan di atas talian dengan menggunakan Zoom cloud meetings dan webinars.

Kelas-kelas latihan juga di adakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin dan juga Cantonese.

Apabila rangkaian anda berada di luar negara, anda boleh menggunakan sistem pendidikan yang di sediakan untuk mengajar dan mendidik ahli-ahli anda yang aktif justeru memastikan topik ajaran dan strategi yang terbukti dapat di duplikasikan ke seluruh rangkaian anda.

5. Budaya syarikat

Kunci kejayaan yang seterusnya adalah budayanya.

Budaya syarikat adalah agak sukar untuk di jelaskan. Untuk memahami budayanya, anda perlu menghadiri acara yang di anjurkan oleh syariakt ataupun menghadiri perlancongan kumpulan ke luar negara.

Ada satu perkataan yang saya boleh gunakan untuk menyatakan budaya syarikat iaitu KEKELUARGAAN.

Kesemua ahli-ahli di dalam bisnes saya adalah seperti sebuah keluarga yang besar.

Malangnya, oleh kerana pandemik dunia, pada masa ini anda tidak berpeluang untuk menghadiri acara-acara yang di anjurkan.

Oleh demikian, saya cuma boleh berkongsi gambar-gambar yang di ambil ketika rombongan perlangcongan ke luar negara dengan rakan-rakan saya.

Hokkaido, Japan

Gambar di atas di ambil ketika rombongan incentif ke Hokkaido, Jepun.

Dubai Trip 6

Gambar di atas di ambil ketika rombongan incentif ke Dubai, United Arab Emirates.

Dubai-7

Gambar di atas di ambil dengan pengasas-pengasas syarikat di padang pasir Dubai.

BE International founder

Gambar saya di ambil dengan salah seorang pengasas syarikat.

6. Teknologi inovatif

Kunci yang terakhir kejayaan adalah menggunaan teknologi yang inovatif.

Semenjak hari pertama syarikat tersebut di tubuhkan, pengasas-pengasasnya telah melabur wang yang banyak ke atas sistem komputer dan menggunakan teknologi online untuk menjalankan operasi-operasi harian syarikat.

Laman web dan aplikasi telefon pintarnya adalah sangat canggih.

Cara yang lama membina bisnes MLM adalah dengan mendapatkan barangan jualan daripada stokist and menghantar stok kepada pelanggan.

Untuk bisnes kami, apabila seseorang ahli mendapat jualan, dia cuma perlu menggunakan aplikasi dan masukkan order dengan menggunakan telefon pintarnya.

Pembayaran untuk pembelian juga boleh di buat dengan menggunakan aplikasi smartphone.

Apabila order anda telah di masukkan, operasi pembungkusan di gudang dan penghantaran akan di kendalikan oleh pekerja-pekerja tetap syarikat.

Aplikasi telefon pintar juga boleh melakukan operasi seperti berikut:

  • Pendaftaran ahli baru
  • Pembelian produk-produk di atas talian (online order)
  • Pembayaran dengan menggunakan kad kredit atau pindahan bank (bank transfer)
  • Sistem E-wallet
  • Laporan bonus dan komisen
  • Sistem penjejakan penghantaran produk (product delivery tracking) yang berhubung dengen sistem servis courier
  • Sistem baucer produk
  • Sistem sokongan pelanggan
  • Analisis rangkaian dan ahli-ahli
  • Pembelian produk merentasi sempadan
  • Sistem laporan dan notifikasi
  • Dan lain-lain

Selain menggunakan teknologi untuk operasi-operasi harian, syarikat jualan langsung tersebut juga menggunakan teknologi terkini untuk melancarkan produk baru.

Mereka adalah syarikat jualan langsung pertama di dunia yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) untuk perlancaran produk baru.

Perjalanan saya membina bisnes MLM

Di bahagian ini, saya akan berkongsi perjalanan kerjaya MLM saya dan suami saya dengan syarikat MLM yang kami bekerjasama.

Saya di perkenalkan dengan pelan pemasarannya di bulan November 2017. Ketika itu, saya tidak faham pelan tersebut kerana ianya amat mengelirukan.

Namun demikian, saya nampak potensi produk utama syarikat tersebut justeru saya bersetuju untuk mencubanya.

Selepas 2 minggu menggunakan produk tersebut, saya rasa ianya amat bagus dan berkesan. Pengalaman positif itu memberikan saya keyakinan untuk berkongsi manfaat-manfaat produk tersebut dengan keluarga dan kawan-kawan saya.

Selepas 3 bulan berkongsi manfaat-manfaat produk kepada keluarga, rakan-rakan dan juga orang yang tidak di kenali, saya mula memahami pelan pemasaran syarikat.

Pada mulanya, saya tidak mendapat banyak kejayaan kerana saya tidak pasti apa yang saya harus lakukan.

Banyak aktiviti-aktiviti yang saya buat tidak berkesan.

Saya berbincang dengan suami saya dan dia memberikan beberap cadangan.

Kami mencuba banyak idea baru tetapi kebanyakannya tidak berkesan.

Bisnes kami mula berkembang selepas saya dan suami saya menghadiri satu sessi pengajaran untuk ahli yang baru.

Perkembangan business

Selepas menghadiri sessi pengajaran yang di kenali sebagai Intensive Training 1.0 (IT) pada bulan Januari 2018, bisnes saya mula berkembang dan banyak ahli baru memasuki rangkaian saya.

Aktiviti-aktiviti saya menjadi lebih berkesan kerana saya boleh menjelaskan pelan pemasaran dengan lebih baik.

Saya berjaya memberi keyakinan kepada ahli baru kerana saya betul-betul mempercayai business ini.

Ketika saya membina rangkaian, saya amat rapat dengan mentor saya, Cyndy.

My mentor
Gambar saya, suami saya dan mentor saya, Cyndy

Saya mencapai tonggak sejarah di dalam kerjaya MLM apabila saya mencapai ranking Ambassador pada bulan Mac 2018.

Pada bulan April 2018, saya mambantu 2 rakan bisnes saya menjadi Ambassador, justeru saya di naikkan pangkat ke Ruby Ambassador.

Pada bulan Julai 2018, saya dan suami saya berjaya mencapai ranking Diamond Ambassador apabila kita berjaya menolong 5 rakan bisnes mencapai pangkat Ambassador.

Pada masa itu, saya berjaya mendapatkan Dana Kereta dan Dana Rumah yang di sediakan oleh syarikat.

Dana Kereta adalah satu bonus khas yang di bayar setiap bulan untuk 4 tahun dan Dana Rumah adalah bonus khas yang di bayar setiap bulan untuk 20 tahun!

BE Car Fund & House Fund

Gambar di atas adalah saya bila di anugerahkan Dana Kereta dan Dana Rumah.

31 Oktober 2020 adalah hari yang sangat bermakna untuk saya dan suami saya. Pada hari ini, pinjaman bank untuk membeli rumah baru telah di luluskan.

Hari tersebut, kami menandatangani surat tawaran pinjaman bank untuk membeli rumah baru.

Dana Rumah daripada syarikat jualan langsung telah membolehkan saya membeli rumah idaman keluarga saya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kini anda tahu bahawa kejayaan di dalam bisnes MLM bukan setakat pelan pemasarannya.

Untuk berjaya di dalam perniagaan MLM, syarikat jualan langsung yang anda berkerjasama harus mempunyai 6 kunci-kunci kejayaan yang di nyatakan di atas.

Kunci-kunci kejayaan adalah amat penting jika anda ingin membina rangkaian yang besar dan stabil di tempatan dan antarabangsa.

Syarikat MLM Malaysia Yang Manakah Mempunyai Kesemua 6 Kunci Kejayaan?

Syarikat MLM baru di Malaysia yang manakah mempunyai kesemua 6 kunci kejayaan?

Kalau anda ingin tahu, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-07-24T22:42:32+08:00 March 15th, 2021|Bahasa Malaysia|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Maslina 25/11/2020 at 2:52 pm - Reply

    Hello, boleh saya tanya. Saya sudah join banyak bisnes MLM tapi tak dapat sponsor satu orang pun. Bagaimana nak cari downline untuk bisnes saya? Thank Q…

Leave A Comment