Kalau Aulora Pants dengan Kodenshi daripada BE International terkoyak, apakah yang anda boleh lakukan?
Di artikal ini, saya akan berkongsi cara-cara untuk membaiki Aulora Pants dengan lobang koyak yang kecil dan juga koyak yang besar.
Koyak kecil
Kalau Aulora Pants anda ada lobang koyak yang kecil, cara untuk membaiki adalah mudah sahaja.
Ada cuma perlu menggunakan cecair pengilat kuku jari yang tidak berwarna.
Sila ikuti 4 langkah di bawah untuk teknik penggunaan mengikat kuku untuk lobang yang kecil pada Aulora Pants.
1) Cari lobang koyak
Langkah pertama, cari lokasi lobang yang koyak pada seluar Aulora anda.
Anda boleh sarung seluar pada tangan anda untuk mencari lobang tersebut.
2) Cari larian jahitan
Setelah anda tahu di mana lobang yang koyak, tengok di bahagian mana pada lobang tersebut yang boleh mengakibatkan “larian jahitan” yang lebih banyak.
Teknik menggunakan pengilat kuku jari bukan untuk menutup lobang koyak, ia adalah untuk mencegah larian jahitan yang lebih besar.
Larian jahitan pada lobang koyak di Aulora Pants biasanya berlaku secara menegak.
3) Dedahkan lobang koyak
Langkah seterusnya adalah dedahkan bahagian lobang yang akan menghasilkan larian jahitan dengan jari anda.
Kemudian, sapu cecair pengilat kuku jari di bahagian yang boleh mengakibatkan larian jahitan.
Notis: Kalau anda nampak benang jahitan yang terkeluar, jangan memotongnya!
4) Biar kering
Untuk langkah yang terakhir, biarkan cecair pengilat kuku yang baru di sapu kering.
Cecair pengilat kuku jari yang telah kering akan menjadi keras justeru menghalang berlakunya larian jahitan.
Koyak besar
Kalau Aulora Pants anda mempunyai lobang koyak yang besar, teknik penggunaan cecair pengilat kuku jari tidak boleh di guna.
Untuk lobang koyak yang besar, anda perlu mengeluarkan jarum dan benang jahitan untuk menutup lobang tersebut.
Oleh kerana Aulora Pants adalah sejenis seluar mampatan (compression) yang mempunyai bahan elastik, anda memerlukan sejenis benang yang khas untuk menjahitnya.
Benang tersebut di kenali sebagai wooly nylon thread.
Apa itu wooly nylon thread?
Mengikut laman ageberry.com:
“Wooly nylon thread is a specially designed stretch thread that is made from 100% nylon to use for sewing mostly very stretchy fabrics like spandex and other 4-way stretch knit fabrics.”
Wooly nylon thread adalah berbeza dengan benang kapas biasa kerana ia mempunyai tahap elastiksiti yang tinggi, lebih lembut dan boleh tahan lebih lama.
Benang wooly nylan di gunakan khas untuk menjahit pakaian sukan seperti baju berenang, baju untuk berlari, legging sukan, lingerie dan juga pakai dalam wanita.
Bagaimana untuk menjahit lubang besar pada Aulora Pants?
Anda boleh klik gambar di bawah untuk menonton video teknik jahitan di YouTube.
Gambar-gambar di bawah adalah Aulora Pants dengan lobang koyak yang besar selepas di jahit.
Gambar di atas adalah Aulora Pants pelanggan-pelanggan saya.
Sampai sini sahaja artikal saya.
Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.
Leave A Comment