Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.
Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Universal Studio, Osaka, Jepun.
Pakej perlancongan saya ke Jepun di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda bekerjasama dengan syarikat BE.
Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Banyak orang pernah tanya kami, mengapa kami membuat keputusan untuk join peluang perniagaan BE?
Di Malaysia ada banyak syarikat jualan langsung, betul tak?
Mengapa kami pilih BE International dan bukan syarikat lain?
Di artikal ini, saya akan berkongsi beberapa sebab mengapa kami pilih BE.
Ia ada kena mengena dengan polisi ranking di dalam bisnes BE.
Kalau anda pernah buat bisnes pemasaran rangkaian atau network marketing, anda tentu akan tahu di dalam pelan pemasaran syarikat adanya ranking atau pangkat tertentu.
Ranking tersebut adalah untuk memperbezakan pengguna produk sahaja dan orang yang giat mengusahakan bisnes MLM tersebut.
Setiap syarikat jualan langsung mempunyai pelan pemasaran mereka sendiri.
Kebanyakan pelan pemasaran terdiri daripada sistem unilevel, binary, matrix, hybrid dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, syarikat BE International menggunakan pelan pemasaran unilevel.
Oleh itu, tiada had untuk anda menaja atau sponsor barisan depan atau frontline anda.
Setiap individu yang mendaftar sebagai ahli BE International di kenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owners (IBO).
Walaupun banyak orang yang berkecimpung di dalam bisnes MLM, namun statistik menunjukkan kebanyak orang gagal menjana sebarang pendapatan daripada bisnes mereka.
Berdasarkan laporan di laman www.newswire.com, 97% orang yang menceburi industri network marketing atau pemasaran rangkaian semuanya gagal.
Mengapa begitu tinggi peratus orang yang gagal dalam bisnes MLM?
Salah satu sebabnya ialah memilih syarikat jualan langsung yang salah.
Apabila anda memilih sebuah syarikat jualan langsung yang betul, anda telah mencapai 50% kejayaan dalam usaha anda.
Untuk meningkatkan peluang untuk anda berjaya di dalam MLM, anda seharusnya memilih syarikat dengan pelan pemasaran yang telah terbukti boleh tahan lama.
Pelan memasaran unilevel telah pun terbukti boleh tahan berpuluh-puluh tahun.
Syarikat jualan langsung yang paling besar dan paling tua di Malaysia juga menggunakan pelan pemasaran unilevel.
Pelan pemasaran
Di BE International, ia menggunakan pelan pemasaran One world, One account.
Gambarajah di atas menunjukkan semua ranking-ranking di dalam bisnes BE.
Ranking di dalam perniagaan BE International adalah:
- Independent Business Owner (IBO)
- Ambassador
- Sapphire Ambassador
- Ruby Ambassador
- Emerald Ambassador
- Diamond Ambassador
- Crown Ambassador
- Royal Crown Council Ambassador (RCCA)
Semua orang boleh mendaftar sebagai ahli BE dan bermula di ranking Independent Business Owner (IBO).
Kalau anda berhasrat untuk menjana pendapatan daripada bisnes network marketing, ranking pertama yang anda harus capai ialah ranking Ambassador di mana seorang IBO biasa perlu mencapai sasaran jualan yang telah di tetapkan dalam masa satu bulan.
Peluang perniagaan BE menyediakan 9 jenis komisen dan bonus seperti:
1) Keuntungan runcit
2) Bonus prestasi
3) Bonus Ambassador
4) Bonus pencapaian Ambassador
5) Bonus kepimpinan
6) Bonus pembangunan
7) Bonus akhir tahun
8) Dana kereta
9) Dana rumah
Seorang IBO baru yang membina bisnes BE akan naik ranking menjadi Ambassadors dan seterusnya naik ranking lagi ke Sapphire, Ruby, Emerald, Diamond, Crown dan Royal Crown Council Ambassador (RCCA).
Setiap kali anda naik ke ranking baru, anda akan dapat membuka bonus baru yang di sediakan oleh peluang perniagaan BE.
Dengan bisnes BE, anda boleh sponsor ahli baru ke dalam rangkaian anda dari Malaysia ataupun luar negara dengan mudah.
Ranking anda juga akan kekal di pasaran luar negara.
Sebagai contoh, saya dan suami saya kini di ranking Crown-CCA di pasaran Malaysia.
Di atas adalah gambar saya dan suami saya ketika kami menerima anugerah Crown Council Ambassador (CCA) dengan BE International pada tahun 2022.
Apabila kami membina bisnes dan rangkaian kami di Singapura, Brunei, Hong Kong atau Indonesia, ranking kami akan kekal sebagai Crown-CCA di negara tersebut.
Ranking yang anda telah capai pula tidak akan jatuh.
Satu lagi sebab mengapa saya dan suami saya pilih BE International ialah ranking anda tidak akan jatuh!
Banyak orang tidak tahu mengenai konsep ini.
Apabila anda mencapai sesuatu ranking di bisnes BE, ranking anda tidak akan jatuh.
Izinkan saya menjelaskan polisi “ranking tidak akan jatuh”.
Di dalam peluang perniagaan BE International, apabila anda mencapai sesuatu ranking, anda akan dapat membuka komisan dan bonus baru untuk ranking tersebut.
Berdasarkan jumlah jualan kumpulan anda, anda akan mendapat peratusan income yang lebih apabila anda naik ranking.
Kebanyakan syarikat jualan langsung mempunyai konsep yang sama.
Walau bagaimanapun, sesetengah bisnes MLM, jika agen atau downline yang tidak dapat mengekalkan jumlah jualan bulanan minimum ranking mereka, ranking mereka akan di turunkan pada bulan seterusnya.
Apabila ranking mereka jatuh, bonus yang telahpun di buka akan di tarik balik.
Apakah akibat jika ranking anda boleh jatuh?
Kalau ranking anda boleh jatuh, ini akan menghasilkan satu budaya di mana agen-agen yang tiada jual terpaksa membeli dan simpan stok produk semata-mata untuk mengekalkan ranking dan bonus mereka.
Ini adalah satu praktis yang tidak baik dan tidak dapat kekal lama.
Agen-agen yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk beli stok akan menghadapi masalah kewangan.
Stok produk berlebihan yang tidak dapat di jual pula akan di lelong dengan harga yang murah justeru mengakibatkan kerugian kepada agen tersebut.
Oleh itu, kalau sesebuah bisnes MLM yang ada polisi ranking jatuh, ia akan mengakibatkan stres yang tinggi, kebimbangan dan juga hutang kewangan kepada agen semata-mata untuk mengekalkan ranking mereka.
Kalau anda pernah buat bisnes MLM dengan serius, saya pasti anda akan faham situasi di atas.
Dengan BE International, ranking anda tidak akan jatuh!
Ini adalah salah satu sebab mengapa saya dan suami saya memilih BE International.
Sampai sini sahaja artikal ini.
Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.
Kalau anda mempunyai soalan mengenai peluang perniagaan BE International, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment