Hello, terima kasih kerana mengunjungi Mommy Lynn blog. Nama saya Lynn.
Saya dan suami saya Daddy Will berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.
Kini, kita sudah sampai ke tahun 2024.
Pandemik global Covid-19 adalah masa yang sangat mencabar untuk kebanyakan rakyat Malaysia di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kami amat bersyukur kerana PKP telahpun tamat.
Selepas cabaran PKP berakhir, satu lagi cabaran baru telah muncul di depan kita.
Cabaran baru tersebut adalah inflasi!
Apa itu inflasi?
Mengikut Utusan Malaysia:
“Secara umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu.”
Mungkin ada pun dapat perasan kebanyak barang-barangan keperluan asas di Malaysia semakin mahal.
Bagaimana kita menangani kesan inflasi?
Oleh kerana inflasi, kebanyakan orang di Malaysia kini menghadapi cabaran hidup yang baru.
Walaupun hidup kita mempunyai pelbagai cabaran, ia tidak bermaksud kita tidak boleh mencapai impian kita.
Saya faham kehidupan kebanyak orang di Malaysia semakin mencabar.
Saya tahu anda masih mempunyai impian, tetapi anda mungkin rasa impian anda tidak mungkin di capai.
Anda mungkin bertanya,
“Mengapa anda masih tidak mencapai impian anda setelah kian lama bekerja dan berusaha?”
Jika anda nak hidup anda berubah, anda sendiri perlu berubah dahulu, betul tak?
Tetapi, apakah perubahan yang anda perlu buat untuk mengambil langkah untuk mendekati impian anda?
Saya akan mencadangkan supaya anda menukar cara anda menjana pendapatan.
Kalau anda adalah seorang pekerja sepenuh masa, mungkin anda perlu buat bisnes part time.
Bisnes part time apakah yang anda boleh buat?
Saya akan cadangkan bisnes network marketing atau pemasaran rangkaian.
Sebuah bisnes pemasaran rangkaian yang boleh menjana pendapatan RM500 – RM1000 setiap bulan boleh menukar hidup anda dan keluarga anda.
Saya tahu kerana saya sendiri telah mengalami perubahan tersebut pada keluarga saya.
Pada tahun 2018, salah satu impian saya adalah memiliki rumah saya sendiri.
Pada masa itu, saya dan keluarga saya tinggal di sebuah rumah sewa satu tingkat kecil di Kuala Lumpur, Malaysia.
Rumah tersebut adalah amat kecil dan kami sekeluarga kekurangan ruang.
Semasa PKP, suami saya terpaksa bekerja di atas meja makan.
Kadang kala, saya terpaksa menggunakan katil di dalam bilik tidur untuk mengadakan perjumpaan Zoom.
Anak-anak saya pulang terpaksa membuat kerja rumah sekolah di atas lantai.
Pada masa itu, saya hanyalah seorang suri rumah dan saya rasa impian saya untuk membeli rumah sendiri adalah agak mustahil.
Saya amat bersyukur saya dapat bertemu dengan mentor saya.
Mentor saya memberitahu bahawa impian saya untuk membeli rumah sendiri boleh di capai dengan menggunakan peluang perniagaan pemasaran rangakaian.
Saya mempercayai mentor saya.
Saya menetapkan sasaran saya untuk membeli sebuah rumah baru dalam masa 2 tahun.
Pada bulan Oktober 2021, semasa PKP, saya telah mencapai sasaran saya dan menandatangani contrak S&P apabila pinjaman bank saya untuk membeli rumah telah di luluskan.
Dengan hanya menggunakan penyata pendapatan daripada bisnes network marketing saya dan suami saya, kami berjaya membeli sebuah rumah pegangan bebas yang bernilai hampir RM1 Juta.
Di atas adalah gambar saya dan suami saya memegang surat kelulusan pinjaman bank daripada Affin Bank.
Hari itu adalah hari yang paling gembira untuk diri saya.
Jika anda pernah cuma bisnes network marketing atau MLM dan gagal, jangan bimbang kerana banyak orang juga telah cuba dan gagal.
Untuk pengetahuan anda, suami saya telah mencuba bisnes network marketing ketika dia berusia awal 30 dan gagal sebanyak 2 kali!
Apakah rahsia untuk berjaya di dalam bisnes network marketing?
Daripada pengalaman kami, ia bermula dengan memilih sebuah syarikat jualan langsung yang betul.
Apabila anda memilih sebuah syarikat jualan langsung yang betul, secara automatik anda akan dapat menjual produk yang betul, bertemu dengan mentor yang betul dan mempunyai sekumpulan pasukan yang betul untuk membantu anda.
Seterusnya, anda hanya perlu menjalankan langkah berikut:
- Menggunakan produk-produk syarikat
- Berkongsi manfaat produk dengan orang lain
- Ajak orang ramai untuk menerokai peluang perniagaan anda
Apa yang anda perlu buat ialah menetapkan sasaran anda dan melaksanakan 3 langkah di atas.
Berapa lamakah anda harus melaksanakan 3 langkah di atas?
Jawapannya ialah sehingga anda berjaya!
Untuk pengetahuan, sehingga hari ini, saya dan suami saya masih melaksanakan 3 langkah di atas.
Sepanjang perjalanan, anda akan mendapat ilmu dan pengalaman yang baru dan mengalamai perkembangan diri (self development).
Di atas adalah gambar saya dan suami saya apabila kami mencapai ranking Crown Council Ambassador (CCA) pada bulan Ogos 2022.
Di atas adalah video apabila kami mendapat anugerah Crown Council Ambassador (CCA) yang baru di atas pentas.
Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.
Perlancongan
Jika anda suka berlancong ke luar negara, anda tentu akan suka kempen rombongan ke luar negara yang di tawarkan oleh peluang perniagaan network marketing.
Sejak muda lagi, saya amat suka melancong ke luar negara tetapi saya tidak kesempatan kerana tiada bajet.
Dengan bisnes pemasaran rangkaian kami, saya dan suami saya telah pun melancong ke:
- Hokkaido, Japan
- Melbourne, Australia
- Dubai, United Arab Emirates (UAE)
- Osaka, Japan
- Seoul, South Korea
- Taipei, Taiwan
- Hong Kong & Macau
- Perth, Australia
- Shanghai, Hangzhou & Suzhou, China
Ke semua trip-trip perlancongan ke luar negara kami di bayar sepenuhnya oleh syarikat apabila kami layak dalam kempen Lifestyle Travel yang di adakan dua kali setahun.
Sehingga hari ini, saya dan suami saya telahpun layak sebanyak 14 kali dalam kempen tersebut!
Di atas adalah gambar saya dan suami saya apabila kami pergi ke Osaka Castle Park di Osaka, Jepun.
Di atas adalah gambar kami menziarahi Menara Oriental Pearl di Shanghai, China.
Bolehkah anda mencapai impian anda dengan bisnes network marketing?
Di sini saya perlu menulis satu penafian.
Jika anda membuat pencarian di Google, anda akan mendapati bahawa 99.96% orang yang cuba bisnes network marketing telah gagal.
Itu bermaksud hanya 0.04% orang yang cuba bisnes network marketing berjaya di dalam usaha mereka.
Adakah anda di golongan 99.96% ataupun 0.04%?
Sebenarnya, saya tidak peduli dengan statistik orang yang berjaya atau gagal.
Saya tidak peduli berapa peratus orang yang telah gagal kerana saya percaya kepada diri saya sendiri.
Saya nak menjadi seorang “role model” untuk anak-anak saya.
Oleh itu, saya PERCAYA yang saya boleh berjaya di dalam bisnes ini.
Statistik itu tidak penting untuk saya.
Yang penting ialah kepercayaan saya pada diri untuk mencapai impian saya.
Kalau anda mempunyai minda, kepercayaan diri dan minda yang kuat, anda juga boleh berjaya di dalam bisnes network marketing.
Ayuh, marilah ambil langkah pertama untuk mendekati impian anda hari ini!
Sampai sini sahaja perkongsian saya.
Di harapkan cerita saya dan suami saya di dalam perjalanan kami di bisnes network marketing dapat memberikan inspirasi kepada anda.
Kalau anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment