Pendaftaran Ahli BE International: ID Penaja (MY43660295)

Cara Daftar Keahlian BE International?

Jika anda ingin membeli Aulora Pants, Belixz Shiruto, Belixz Befil atau produk lain daripada BE International dengan harga ahli, anda memerlukan seorang Independent Business Owner (IBO) atau Pemilik Perniagaan Bebas yang aktif untuk berkongsi pautan pendaftaran ahli BE yang mengandungi ID Sponsor atau Penaja untuk proses pendaftaran dalam talian.

Bagaimana Mendapatkan ID Sponsor Pendaftaran Ahli BE

Untuk melengkapkan pendaftaran ahli BE International, anda boleh guna info saya sebagai sponsor anda:

  • Nama Penaja: Loh Chia Lin
  • ID Ahli Penaja / Kod IBO: MY43660295
  • Pangkat Saya: Crown Council Ambassador (CCA)
Mommy Lynn BE International IBO

Di atas adalah gambar saya semasa memberikan ceramah di HQ BE International di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Apakah itu ID Penaja BE International?

ID Penaja BE International ialah kod ahli penaja anda. Ia adalah rekod unik yang di perlukan oleh BE International semasa pembuatan akaun ahli.

Cara Daftar sebagai Ahli BE International (Langkah demi Langkah)

Ikuti langkah-langkah ini untuk mendaftar terus melalui aplikasi web rasmi BE International:

  1. Dapatkan link pendaftaran ahli BE: Penaja / Sponsor anda akan berkongsi link pendaftaran ahli BE dengan anda. Apabila anda klik pada pautan tersebut, anda akan dibawa ke halaman pendaftaran ahli www.beintl.com.
  2. Mula Pendaftaran: Anda akan mendarat di e-Kad Perniagaan BE penaja anda. Anda akan melihat gambar penaja dan ID ahli mereka. Klik pada butang Join Now (Sertai Sekarang).
  3. Pilih Negara & Bahasa: Pilih negara asal anda (Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Brunei, dll.) dan bahasa pilihan anda. Klik butang OK.
  4. Masukkan Nombor Pengenalan: Masukkan nombor kad pengenalan (IC) atau nombor pasport anda. Klik butang Submit (Hantar) untuk memulakan proses Electronic Know Your Customer (EKYC).
  5. Isi Butiran Peribadi: Selepas maklumat anda disahkan melalui EKYC, masukkan butiran anda yang lain.
  6. Bayar Yuran Pendaftaran Ahli: Klik pada ikon troli beli-belah (Shopping Cart) untuk membayar yuran pendaftaran keahlian.
  7. Pengaktifan Akaun: Sebaik sahaja pembayaran anda diproses, anda akan menerima ID Ahli BE International dan kata laluan anda sendiri serta-merta melalui e-mel.

Mengapa Pilih Saya (MY43660295) Sebagai Penaja Anda?

Apabila mendaftarkan akaun ahli BE International, memilih penaja yang aktif dan berpengalaman memastikan anda mendapat bimbingan, sokongan, dan khidmat pelanggan yang terbaik. Saya adalah:

  • Crown Council Ambassador (CCA) yang Sah: Pemimpin sepenuh masa BE International sejak Disember 2017.
  • Penceramah Rasmi HQ dan Pusat Perniagaan: Penyampai latihan dan penceramah yang diiktiraf di acara ibu pejabat (HQ) BE International.
  • Sokongan Terus: Bantuan peribadi untuk pemilihan saiz produk (terutamanya Aulora Pants), pengesanan pesanan, maklumat produk, dan pengurusan akaun.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana saya boleh menghubungi penaja saya untuk mendapatkan bantuan?Anda boleh menghubungi saya terus di talian +60176037698 atau menghantar mesej melalui WhatsApp.

Adakah saya memerlukan ID penaja untuk mendaftar pada aplikasi web BE4U?Ya, BE International memerlukan ID Penaja yang sah (seperti MY43660295) semasa proses pendaftaran pada aplikasi web BE4U untuk menetapkan IBO bagi khidmat pelanggan dan sokongan.

Bolehkah saya membeli produk BE terus dari akaun ahli BE International saya sendiri?Ya. Sebaik sahaja pendaftaran anda selesai, anda mendapat akses serta-merta untuk membeli semua produk BE International pada harga ahli secara terus di dalam aplikasi.

Mengapa saya perlu memasukkan butiran bank saya?Setiap produk yang anda beli daripada BE International, anda akan menerima rebat / cashback. Butiran bank anda diperlukan supaya BE International boleh memindahkan rebat tersebut ke akaun anda.

Siapakah CCA Loh Chia Lin (Mommy Lynn)?

Saya telah menjadi pengedar dan Pemilik Perniagaan Bebas (IBO) dengan BE International sejak Disember 2017. ID ahli BE International / Kod IBO saya ialah MY43660295.

Bila kami berkahwin, saya mengambil keputusan untuk menjadi seorang suri rumah untuk menjaga kedua anak kami.

Hanya suami saya yang berkerja untuk menjana pendapatan.

Sama seperti kebanyakan pasangan suami dan isteri, kami juga mempunyai impian untuk keluarga kami.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa tahun suami saya bekerja, kami rasa impian kami tetap menjadi angan-angan sahaja kerana kekurangan dari segi kewangan.

Kami rasa seakan tiada harapan untuk kami berdua untuk melangkah kehadapan.

Perasaan tersebut amat menakutkan.

Pada masa itu, saya telah membuat keputusan untuk mencari satu peluang perniagaan.

Tanpa modal yang banyak, apakah jenis bisnes yang kami boleh buat?

Pada masa itu, secara kebetulan, saya terjumpa satu peluang perniagaan pemasaran rangkaian atau network marketing.

Ketika itu, impian saya ialah memiliki sebuah rumah untuk keluarga saya.

Pada masa itu, kami sekeluarga hanya menyewa sebuah rumah kecil di Sri Damansara.

Semasa PKP, suami saya terpaksa bekerja di atas meja makan kerana kekurangan ruang.

Kadang kala, saya terpaksa menggunakan katil di dalam bilik tidur untuk mengadakan perjumpaan Zoom.

Anak-anak saya pulang terpaksa membuat kerja rumah sekolah di atas lantai.

Saya hanyalah seorang suri rumah dan saya rasa impian saya untuk membeli rumah sendiri adalah agak mustahil.

Saya amat bersyukur saya dapat bertemu dengan mentor saya.

Mentor saya memberitahu bahawa impian saya untuk membeli rumah sendiri boleh di capai dengan menggunakan peluang perniagaan pemasaran rangakaian.

Saya mempercayai mentor saya.

Saya menetapkan sasaran saya untuk membeli sebuah rumah baru dalam masa 2 tahun.

Pada bulan Oktober 2021, semasa PKP, saya telah mencapai sasaran saya dan menandatangani contrak S&P apabila pinjaman bank saya untuk membeli rumah telah di luluskan.

Dengan hanya menggunakan penyata pendapatan daripada bisnes network marketing saya dan suami saya, kami berjaya membeli sebuah rumah pegangan bebas yang bernilai hampir RM1 Juta.

Housing loan approved

Di atas adalah gambar saya dan suami saya memegang surat kelulusan pinjaman bank daripada Affin Bank.

Hari itu adalah hari yang paling gembira untuk diri saya.

Jika anda pernah cuma bisnes network marketing atau MLM dan gagal, jangan bimbang kerana banyak orang juga telah cuba dan gagal.

Untuk pengetahuan anda, suami saya telah mencuba bisnes network marketing ketika dia berusia awal 30 dan gagal sebanyak 2 kali!

Apakah rahsia untuk berjaya di dalam bisnes network marketing?

Daripada pengalaman kami, ia bermula dengan memilih sebuah syarikat jualan langsung yang betul.

Apabila anda memilih sebuah syarikat jualan langsung yang betul, secara automatik anda akan dapat menjual produk yang betul, bertemu dengan mentor yang betul dan mempunyai sekumpulan pasukan yang betul untuk membantu anda.

Seterusnya, anda hanya perlu menjalankan langkah berikut:

  • Menggunakan produk-produk syarikat
  • Berkongsi manfaat produk dengan orang lain
  • Ajak orang ramai untuk menerokai peluang perniagaan anda

Apa yang anda perlu buat ialah menetapkan sasaran anda dan melaksanakan 3 langkah di atas.

Berapa lamakah anda harus melaksanakan 3 langkah di atas?

Jawapannya ialah sehingga anda berjaya!

Untuk pengetahuan, sehingga hari ini, saya dan suami saya masih melaksanakan 3 langkah di atas.

Sepanjang perjalanan, anda akan mendapat ilmu dan pengalaman yang baru dan mengalamai perkembangan diri (self development).

Mommy Lynn & Will

Di atas adalah gambar saya dan suami saya apabila kami mencapai ranking Crown Council Ambassador (CCA) pada bulan Ogos 2022.

Mommy Lynn CCA

Di atas adalah video apabila kami mendapat anugerah Crown Council Ambassador (CCA) yang baru di atas pentas.

Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.

Perlancongan

Jika anda suka berlancong ke luar negara, anda tentu akan suka kempen rombongan ke luar negara yang di tawarkan oleh peluang perniagaan network marketing.

Sejak muda lagi, saya amat suka melancong ke luar negara tetapi saya tidak kesempatan kerana tiada bajet.

Dengan bisnes pemasaran rangkaian kami, saya dan suami saya telah pun melancong ke:

  • Hokkaido, Jepun (video)
  • Melbourne, Australia 2019 (video)
  • Dubai, United Arab Emirates (UAE) (video)
  • Osaka, Jepun (video)
  • Seoul, Korea Selatan 2024 (video)
  • Taipei, Taiwan (video)
  • Hong Kong & Macau (video)
  • Perth, Australia (video)
  • Shanghai, Hangzhou & Suzhou, China (video)
  • Tokyo, Jepun (video)
  • Melbourne, Australia 2025 (video)
  • Beijing, China (video)
  • Seoul, Korea Selatan 2026

Ke semua trip-trip perlancongan ke luar negara kami di bayar sepenuhnya oleh syarikat apabila kami layak dalam kempen Lifestyle Travel yang di adakan dua kali setahun.

Sehingga hari ini, saya dan suami saya telahpun layak sebanyak 16 kali dalam kempen tersebut!

BE Dubai Trip

Di atas adalah gambar saya ketika saya dan suami pergi ke Dubai, United Arab Emirates (UAE).

Osaka Castle

Di atas adalah gambar saya dan suami saya apabila kami pergi ke Osaka Castle Park di Osaka, Jepun.

Mommy Lynn @Shanghai

Di atas adalah gambar kami menziarahi Menara Oriental Pearl di Shanghai, China.

Mommy Lynn at Tokyo, Japan

Di atas adalah gambar saya ketika saya dan suami saya menziarahi Meiji Shrine di Shibuya di Tokyo, Jepun.

Lynn and Will at Maru Koala & Animal Park, Australia

Di atas adalah gambar saya dan suami saya menziarahi Maru Koala & Animal Park di Victoria, Australia.

Bolehkah anda mencapai impian anda dengan bisnes network marketing?

Di sini saya perlu menulis satu penafian.

Jika anda membuat pencarian di Google, anda akan mendapati bahawa 99.96% orang yang cuba bisnes network marketing telah gagal.

Itu bermaksud hanya 0.04% orang yang cuba bisnes network marketing berjaya di dalam usaha mereka.

Adakah anda di golongan 99.96% ataupun 0.04%?

Sebenarnya, saya tidak peduli dengan statistik orang yang berjaya atau gagal.

Saya tidak peduli berapa peratus orang yang telah gagal kerana saya percaya kepada diri saya sendiri.

Saya nak menjadi seorang “role model” untuk anak-anak saya.

Oleh itu, saya PERCAYA yang saya boleh berjaya di dalam bisnes ini.

Statistik itu tidak penting untuk saya.

Yang penting ialah kepercayaan saya pada diri untuk mencapai impian saya.

Kalau anda mempunyai minda, kepercayaan diri dan minda yang kuat, anda juga boleh berjaya di dalam bisnes network marketing.

Ayuh, marilah ambil langkah pertama untuk mendekati impian anda hari ini!

Sampai sini sahaja perkongsian saya.

Di harapkan cerita saya dan suami saya di dalam perjalanan kami di bisnes network marketing dapat memberikan inspirasi kepada anda.

Kalau anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top