Cara Penjagaan Aulora Pants & Aulora Socks Yang Betul

Terima kasih kerana mengunjungi Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Washing Aulora Garment

Di artikal ini, saya akan berkongsi tips-tips penjagaan untuk pakaian-pakaian Aulora Series dengan Kodenshi daripada BE International.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya.

Saya adalah seorang suri rumah dengan dua orang anak.

Saya dan suami saya Will telah berkecimping di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Di bawah adalah gambar saya dan suami saya ketika kami mengunjungi Universal Studio di Osaka, Jepun pada bulan November 2022.

Will & Lynn

Kami dapat pergi ke Osaka, Jepun dengan percuma apabila kami layak dan mendapat 2 tiket perlancungan melalui kempen BE Lifestyle Travel 2022.

BE Lifestyle Travel adalah salah satu manfaat peluang perniagaan BE International.

Setakat ini, pakaian-pakaian Aulora daripada BE International terdiri daripada:

  • Aulora Pants (Lelaki dan wanita)
  • Aulora Socks
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Scarf
  • Aulora Arm Sleeves

Cara untuk mencuci kesemua pakaian Aulora adalah sama.

Di bawah, saya akan berkongi 3 langkah ringkas bagaimana untuk mencuci Aulora Pants.

  1. Gunakan sabun pencuci yang lembut – Untuk mencuci Aulora Pants, gunakanlah sabun yang lembut.

    Biasanya, saya akan menggunakan produk Beyang Delicate Laundry Wash daripada BE International untuk mencuci semua pakaian Aulora Series.

    Cecair pencuci Beyang Delicate Laundry Wash mempunyai formula yang lembut untuk fabrik yang halus.

    Anda boleh mencuci Aulora Pants dengan menggunakan baldi ataupun basin.

    Wash Aulora Pants in sink
  2. Bilas dengan air – Selepas seluar Aulora di cuci, bilas dengan air yang bersih.
  3. Keringkan seluar dengan angin – Setelah di bilas dengan air, langkah seterusnya adalah untuk mengeringkan seluar tersebut.

    Cara yang terbaik untuk mengeringkan Aulora Pants adalah dengan angin.

    Saya akan biarkan air menitis daripada seluar yang masih basah.

    Selepas air berhenti menitis, anda boleh menggunakan penyangkut baju atau clothes hanger untuk menggantungkan Aulora Pants anda.

    Anda boleh menggantung Aulora Pants di belakang pintu ataupun di atas kerusi untuk kering.

    Anda juga boleh menggunakan kipas angin untuk mempercepatkan proses pengeringan seluar anda.

    Tips: Berhati-hati bila anda menggunakan penyangkut pakaian.

    Pastikan penyangkut pakaian yang di gunakan tidak mempunyai bucu-bucu yang tajam.

    Kain Aulora Pants mungkin akan tersangkut pada bucu tajam bila anda tarik seluar anda daripada penyangkut.

    Saya mempunyai beberapa orang pelanggan dengan Aulora Pants koyak di sebabkan seluar mereka tersangkut pada penyangkut pakaian semasa seluar mereka di keringkan.

    Oleh itu, berhati-hati semasa menggunakan penyangkut pakaian yang di perbuat daripada bahan plastik.

    Air drying the Aulora Pants behind a door

Anda boleh keringkan Aulora Pants di belakang pintu seperti gambar di atas.

Ingat, jangan menggunakan mesin basuh untuk mencuci Aulora Pants anda!

Fungsi putar kering atau spin dry mesin basuh akan mengoyakkan Aulora Pants anda.

Beyang Delicate Laundry Wash

Beyang Delicate Laundry Wash daripada BE International adalah cecair pencuci pakaian yang pekat tapi lembut.

Formula pencuci ini boleh membersihkan pakaian halus dan memberikan penjagaan kulit pada masa yang sama.

Ia adalah produk terbaik untuk penjagaan produk-produk Aulora Series.

Kesimpulan

Proses pencucian dan penjagaan pakaian-pakaian Aulora Series adalah amat mudah.

Anda cuma perlu mengikuti 3 langkah yang tertera di atas.

Tiga perkara yang anda perlu ingat adalah:

1) Cuci Aulora Pants dengan tangan dan gunakan sabun pencuci yang lembut.

2) Kalau boleh, gunakan produk Beyang Delicate Laundry Wash.

3) Keringkan Aulora Pants di bawah kipas angin. Jangan keringkan Aulora Pants di bawah cahaya matahari yang terik.

Untuk memastikan Aulora Pants anda mempunyai jangka hayat yang panjang,

  • Jangan cuci dengan mesin cuci
  • Jangan menggunakan berus
  • Jangan menggunakan bahan peluntur atau bleach
  • Jangan menggunakan sterika

Apakah yang akan terjadi jika Aulora Pants anda di keringkan di bawah cahaya matahari?

Sebenarnya, tiada apa-apa yang akan berlaku.

Aulora Pants anda masih berfungsi.

Kalau terlalu banyak kali anda mengeringkan Aulora Pants di bawah cahaya matahari, seluar anda akan kehilangan keanjalannya kerana bahan elastik getah sudah menjadi keras.

Kain Aulora Pants anda juga akan menjadi kasar.

Jangka hayat Aulora Pants

Di atas adalah rakaman video suami saya menjelaskan jangka hayat Aulora Pants.

Sila klik gambar di atas untuk menonton videonya di YouTube.

Bagaimana pula jangka hayat Aulora Socks dengan Kodenshi?

Jangka hayat Aulora Socks

Suami saya juga telah merakam satu video di TikTok dan menjelaskan 2 faktor yang mempengaruhi jangkan hayat Aulora Socks.

Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di TikTok.

Oleh kerana Aulora Panties, Aulora Boxer, Aulora Socks, Aulora Basic Top, Aulora Scarf and Aulora Arm Sleeves juga di perbuat daripada fabrik Kodenshi, oleh itu cara pencuci dan penjagaanya adalah sama dengan Aulora Pants.

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

By | 2023-06-28T23:53:57+08:00 June 27th, 2023|Bahasa Malaysia|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. Nms 14/01/2023 at 8:17 am - Reply

    Bagaimana jika saya secara tidak sengaja telah basuh aulora pants saya dgn washing machine dan keringkan in dryer?
    Adakah function pants tidak lagi seperti yang sepatutnya? 😫

    • Lynn 14/01/2023 at 4:22 pm - Reply

      Fungsi Kodenshi masih ada walaupun seluar di cuci dengan mesin basuh dan dryer. Masalahnya ialah “spin cycle” mesin basuh akan mengakibatkan kain Aulora Pants koyak. Dryer juga akan menjadikan bahan getah seluar menjadi keras. Bila bahan getah menjadi keras, seluar akan hilang elastiksitinya.

  2. Siti 21/10/2023 at 10:26 pm - Reply

    Bagaimana jika stokin aulora women yg melekat habuk2 kain/cadar menyebabkan stokin jadi seperti bebulu? Bolehkah kita mencabutnya? Jika dicabut adakah akan merosakkan stokin atau mengurangkan fungsinya?

    • Lynn 21/10/2023 at 10:47 pm - Reply

      Hi Siti. Berdasarkan pengalaman saya, bulu-bulu kapas pada Aulora Socks boleh di cabut tanpa mengurangkan fungsinya.

Leave A Comment