5 Sebab Mengapa Anda Harus Membina Bisnes Dari Rumah 2023

Kini kita sampai ke tahun 2023.

Tahun 2022 adalah tahun yang amat mencabar untuk semua rakyat Malaysia.

Wanita mengusahakan bisnes dari rumah

Tahun yang lepas adalah kali pertama saya dan keluarga saya mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Movement Control Order (MCO).

PKP secara tidak langsung telah mengakibatkan banyak rakyat Malaysia mengalami masalah kewangan.

Oleh kerana banyak syarikat tidak dapat beroperasi, pihak pengurusan terpaksa menolak gaji pekerja-pekerja mereka.

Yang tidak bernasib baik, mereka di berhentikan perkerjaan mereka.

Walaupun anda mempunyai kerjaya dan mempunyai perkerjaan tetap sepenuh masa, jika berlaku pandemik dunia sekali lagi, tentunya kewangan anda dan keluarga anda akan terjejas.

Tibalah masa anda mula berfikir untuk mengusahakan bisnes dari rumah sebagai satu jaring keselamatan anda dan keluarga anda sekiranya anda perlu menghadapi situation PKP lagi pada masa depan.

Manfaat membina bisnes dari rumah sendiri

Di artikal ini, saya akan berkongsi 5 sebab mengapa anda harus mengusahakan bisnes dari rumah.

1. Anda boleh menjadi boss sendiri.

Adakah anda kerap menghabiskan masa yang lama di kesesakan traffik ketika pergi ke pejabat?

Jika ya, ini adalah satu penyelesaian.

Salah satu manfaat membina bisnes dari rumah adalah kebebasan masa.

Lebih-lebih lagi, anda juga boleh menjadi boss anda sendiri.

Bila anda mengusahakan bisnes dari rumah, anda boleh menggunakan masa anda dengan lebih bijak.

Anda tidak perlu menghabiskan masa dengan boss ataupun pengurus anda dan tiada lagi masalah politik di pejabat.

Apa yang di perlukan adalah dedikasi, disiplin dan skil pengurusan masa yang bijak.

2. Hasil pendapatan bergantung pada anda.

In adalah satu prinsip yang ringkas.

Jika anda mengusahakan bisnes dari rumah sendiri, jika anda rajin berusaha, lebih banyaklah jumlah pendapatan anda.

Anda tidak perlu lagi menunggung peluang naik gaji ataupun peluang untuk naik pangkat di pejabat.

Anda tidak perlu lagi bermain politik pejabat untuk menawan hati boss anda.

Lebih-lebih lagi, anda juga dapat menjimatkan kos perjalanan ke pejabat dan juga kos makan tengah hari.

3. Meluangkan lebih masa dengan keluarga.

Jika anda mempunyai anak-anak, mengusahakan bisnes dari rumah juga membolehkan anda meluangkan lebih masa dengan mereka.

Tidak perlu lagi anda menghantar anak-anak anda ke pusat penjagaan kanak-kanak kerana anda perlu bekerja di pejabat.

Kalau anak-anak ataupun kaum keluarga jatuh sakit, anda tidak perlu lagi minta cuti daripada pengurus anda.

4. Kurang stres

Bila anda mengusahakan bisnes dari rumah, ianya boleh mengurangkan stres ataupun tekanan kerja anda.

Stres berlaku apabila anda perlu menguruskan aktiviti di pejabat dan pada masa yang sama, anda perlu menguruskan tanggungjawab keluarga anda.

Stres sebegini berlaku terutamanya kepada kaum wanita.

Kaum wanita terpaksa melaksanakan tanggungjawab mereka di pejabat dan pada masa yang sama, tanggungjawab mereka sebagai seorang ibu.

Stres tinggi berlaku bila kesuntukan masa.

Bila anda mempunyai bisnes yang beroperasi dari rumah anda, masalah ini dapat di selesaikan.

5. Pendapatan anda tiada had.

Sebab yang terakhir mengapa anda perlu mengusahakan bisnes dari rumah ialah potensi pendapatan yang tiada had.

Pendapatan anda tidak bergantung kepada boss, pengurus ataupun jabatan sumber manusia (Human Resource department) di pejabat.

Kalau anda rajin belajar dan rajin berusaha, tiada had pada pendapatan anda setiap bulan.

Kesimpulan

Mengusahakan bisnes dari rumah sendiri memberikan banyak manfaat.

Jika anda adalah seorang professional yang mempunyai perkerjaan di syarikat besar, anda harus membina bisnes dari rumah sebagai jaringan keselamatan.

Kita tidak tahu samada pandemik dunia akan berlaku lagi.

Kewangan keluarga anda tidak seharusnya bergantung kepada boss ataupun perkerjaan anda.

Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada anda.

Kalau anda berhasrat untuk membina bisnes dari rumah, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-12-07T15:00:47+08:00 March 19th, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment