Tukar Ke Peluang Bisnis MLM Baru: Bilakah Masa Terbaik?

Terima kasih kerana mengunjungi Mommy Lynn Blog.

Working Muslim Lady

Nama saya Lynn dan saya dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Saya dan suami saya adalah pengusaha perniagaan MLM dan kini kami mempunyai rangkai kami di Malaysia, Singapore, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Di artikal ini, saya akan berbincang satu topik yang kerap di alami oleh kebanyakan ketua-ketua rangkaian MLM iaitu tukar syarikat MLM mereka ataupun mencari peluang MLM yang baru.

Terlebih dahulu, mengapa seorang ketua atau leader dalam sebuah syarikat MLM ingin bertukar ke syarikat MLM yang lain?

Sebenarnya, ada banyak sebabnya.

Sebagai seorang pengusaha bisnes MLM, saya tahu matlamat utama kami berkecimpung di dalam industri jualan langsung adalah untuk menjana pendapatan yang pasif.

Tetapi, ia adalah agak mustahil jika anda kerap bertukar syarikat MLM yang anda bekerjasama.

Kalau boleh, anda seharusnya bekerjasama dengan hanya satu syarikat MLM walaupun terdapat cabaran dan halangan.

Daripada pengalaman saya, tiada syarikat MLM yang sempurna.

Tentu adanya perkara-perkara yang anda tidak akan suka terhadap sesebuah syarikat.

Walaupun ada masalah dan cabaran, anda seharusnya mencari penyelesaian.

Apabila seseorang ketua rangkaian ingin keluar daripada sesebuah syarikat MLM, tentunya masalah yang di hadapi agak serius.

Daripada pengetahuan saya, kebanyakan orang tukar syarkat MLM adalah kerana:

1) Terlampau gemar MLM

Ada segelintir masyarakat yang sangat gemar dengan bisnes MLM.

Oleh itu, mereka akan mendaftar sebagai ahli syarikat MLM baru setiap 30 – 90 hari.

Mereka suka perasaan gembar-gembur dan kesoronokan bila mereka mendaftar dengan syarikat yang baru.

Mereka juga sangat suka dengan peluang perniagaan MLM yang baru yang orang lain belum lagi temui.

Apabila perasaan keterujaan telah menyusut, mereka akan mencari peluang perniagaan MLM yang lain.

Untuk orang yang terlampau gemar MLM, tiada apa-apa yang anda boleh lakukan untuk mereka.

2) Tidak dapat menjana perdapatan

Sebab kedua mengapa seseorang kerap menukar syarikat MLM ialah kerana mereka tidak dapat menjana pendapatan.

Malangnya, jika mereka gagal menjana pendapatan daripada perniagaan MLM, masalahnya bukan pada syarikat MLM tersebut.

Masalahnya adalah mereka sendiri.

Jika mereka membawa tingkah laku dan aktiviti yang sama ke syarikat MLM yang baru, keputusannya adalah sama.

Mereka juga tidak akan dapat menjana apa-apa pendapatan.

Secara umum, apabila anda mendaftar dengan peluang MLM yang baru, anda tidak akan menjana pendapatan yang lumayan dalam tempoh masa 1 ke 2 tahun yang pertama.

Untuk membina sebuah rangkaian yang stabil, anda memerlukan masa.

Oleh itu, anda haruslah bersabar.

3) Sponsor telah berhenti

Sebab ketiga mengapa seseorang menukar syarikat MLM kerana sponsor mereka telah berhenti.

Ini adalah satu tindakan yang salah!

Anda tidak perlu seorang sponsor untuk berjaya dalam bisnes.

Anda hanya memerlukan sebuah kumpulan atau team.

Jika anda bergantung kepada sponsor anda untuk berjaya, tentunya anda akan gagal dalam perniagaan MLM.

Anda harus bertanggungjawab untuk memastikan anda berjaya dalam MLM, bukannya sponsor anda.

4) Syarikat MLM tutup

Kalau sesebuah syarikat MLM gulung tikar, ini adalah sebab yang sah untuk mencari syarikat MLM yang baru.

5) Pergabungan syarikat MLM

Jika sesebuah syarikat MLM bergabung dengan syarikat MLM yang lain dan pelan pemasaran telah di tukar, anda berhak untuk menukar ke syarikat MLM yang baru.

Jika pelan pemasaran kekal seperti lama dan syarikat MLM baru mempunyai prinsip yang sama, tidak perlulah anda bertukar ke syarikat yang lain.

Seorang ketua yang berkaliber akan cuba bekerjasama dengan syarikat MLM setelah pengabungan pihak pengurusan.

6) Pertukaran pelan pemasaran

Kadang kala, syarikat MLM akan menukar pelan pemasaran untuk sebab-sebab yang tertentu.

Jika situasi ini berlaku, anda harus mengawal emosi anda dan hanya membuat keputusan selepas membuat kajian yang teliti.

Pastikan anda faham mengapa dan apa perubahan yang akan di buat pada pelan pemasaran.

Adakah pelan pemasaran yang baru akan menjejaskan perniagaan anda?

Dengan minda yang jelas, barulah anda membuat keputusan sama ada untuk terus bekerjasama dengan syarikat MLM atau pun meletakkan jawatan.

7) Kes mahkamah

Kadang kala, syarikat MLM mungkin akan di dakwa di mahkamah.

Jika syarikat MLM yang anda bekerjasama di dakwa dan mungkin akan di arahkan oleh mahkamah untuk berhenti operasi, anda berhak untuk mencari syarikat MLM yang baru.

Jangan membuat keputusan secara tergesa-gesa dan biarkan proses mahkamah di jalankan.

Apakah langkah-langkah yang anda boleh ambil sebelum anda menukar ke syarikat MLM yang baru?

Beberapa langkah yang anda boleh ambil adalah:

  • Berdoa dan minta ilahi untuk tunjukkan jalan.
  • Ambil masa yang di perlukan untuk membuat keputusan.
  • Berbincang dengan mentor anda.
  • Jual rangkaian anda – Sesetengah syarikat MLM membenarkan anda untuk menjual rangkaian anda kepada orang lain.
  • Berdiam diri – Menjadikan diri anda sebagai seorang ahli yang tidak aktif. Anda tidak lagi perlu menghadiri acara-acara yang di anjurkan oleh syarikat MLM anda.

Kesimpulan

Saya berpendapat, anda mempunyai tiga sebab yang sah untuk menukar atau mencari peluang perniagaan MLM yang baru.

Sebab pertama ialah apabila syarikat tersebut tidak mampu beroperasi lagi kerana mengalami kerugian yang besar.

Sebab yang kedua ialah apabila syarikat tersebut menukar model perniagaannya.

Jika syarikat tersebut tidak berhasrat untuk menggunakan model MLM, maka anda boleh meletakkan jawatan anda dan menukar ke syarikat MLM lain.

Sebab yang ketiga ialah isu yang melibatkan integriti pengasas dan pihak pengurusan syarikat MLM.

Kalau anda tidak lagi percaya kepada kepimpinan syarikat kerana isu yang melibatkan moral dan etikal, maka anda berhak untuk menukar ke syarikat MLM yang baru.

Ingat, semua syarikat MLM mempunyai masalah tersendiri.

Tiada sebuah syarikat yang sempurna.

Jangan membuat keputusan dengan tergesa-gesa.

Fikir baik-baik kerana keputusan anda akan melibatkan keluarga anda juga.

Apakah pendapat anda mengenai isu tukar syarikat MLM yang baru?

Sila berikan pandangan anda di Seksyen Komen di bawah.

Kalau anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk menghantar mesej ke WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-08-08T09:46:42+08:00 August 6th, 2022|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment