Di artikal ini, saya akan berkongsi info mengenai leader-leader di dalam industri network marketing atau pemasaran rangkaian di Malaysia.
Mungkin anda tidak tahu, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industi MLM sejak awal tahun 2018.
Syarikat MLM yang kami bekerjasama di panggil BE International.
BE International adalah sebuah syarikat Malaysia yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL).
BE juga mempunyai syarikat di Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
Salah satu produk syarikat BE yang paling laris adalah Seluar Aulora dengan Kodenshi daripada negara Jepun.
Anda mungkin pernah nampak seluar tersebut di medan sosial.
Untuk bisnes kami, saya telah mencipta sebuah jenama online atau Online Brand untuk isteri saya iaitu Mommy Lynn.
Anda juga boleh mengikuti perjalanan dan perkembangan kami di blog ini.
Di dalam peluang perniagaan BE International, ia adalah sama seperti kebanyakan peluang perniagaan di pasaran.
Ianya mempunyai ranking atau pangkat tertentu.
Ranking yang paling tinggi di BE di kenali sebagai Royal Crown Council Ambassador atau RCCA.
Bagaimana seseorang dapat mencapai ranking RCCA?
Untuk criterianya, anda mesti ada sekurang-kurangnya 7 barisan leadership dan satu jumlah pendapatan yang di terima daripada BE dalam jangka masa 24 bulan.
Criteria RCCA agak hebat dan bukan semua orang boleh mencapainya.
Kalau anda perpeluang untuk bertemu dengan seorang RCCA daripada BE International, anda tahu dia adalah seorang leader yang berkaliber di dalam industri MLM.
Setakat ini, BE International ada berapa orang RCCA?
Biar saya jelaskan.
BE International di tubuhkan pada akhir tahun 2017.
BE adalah sebuah syarikat yang muda, tetapi ia sedang berkembang pesat.
Pada masa saya menulis artikal ini, syarikat BE berumur lebih kurang 4 1/2 tahun.
Dalam masa yang pendek ini, BE telah melahirkan 49 RCCA!
Kebanyakan RCCA tersebut telah di lahirkan pada tahun 2020 dan 2021, apabila Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anda mungkin bertanya, orang bagaimanakah yang dapat mencapai ranking RCCA?
Apakah latar belakang mereka?
Itulah sebabnya saya menulis artikal iniā¦untuk berkongsi latar belakang dan cerita RCCA BE International.
Untuk artikal ini, saya akan berkongsi cerita RCCA Chua Tee Khoon.
Kali pertama saya dengar Tee Khoon berceramah di atas pentas adalah pada BE Convention 2019 di Kuala Lumpur.
Tee Khoon adalah seorang penceramah yang amat hebat.
Di atas pentas, dia penuh dengan semangat dan karisma.
Dia juga seorang penceramah yang sangat kelakar.
Kalau anda tidak kenal Tee Khoon, anda mungkin tidak percaya bahawa di adalah seorang yang sangat tegas dan tidak bercakap banyak.
Ini tidak menghairankan kerana beliau pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia.
Dia juga memegang tali pinggang hitam peringkat 2 Dan dalam Teakwondo serta memiliki Ijazah Sarjana atau Master Degree dalam Pengurusan Pembinaan.
Tetapi, perjalannya di dalam bisnes MLM telah mengubah dirinya.
Saya masih ingat, semasa di BE Convention, Tee Khoon bertanya kepada hadirin dalam Bahasa Malaysia yang fasih, “Kenapa kita belajar bersungguh-sungguh?” dan dengan segera menjawab soalannya sendiri.
“Kerana kita inginkan kerjaya yang lebih baik dan kehidupan yang lebih baik!”, jawab Tee Khoon.
Ini adalah aspirasi Tee Khoon semasa beliau memulakan kehidupan selepas tamat pengajiannya.
Dengan kelayakannya, Tee Khoon mempunyai banyak pilihan kerjaya.
Dia boleh menjadi seorang pensyarah atau jurulatih Taekwondo ataupun terus berkhidmat dalam tentera laut.
Sebaliknya, dia memilih industri MLM.
Tee Khoon sangat menghargai mentornya, RCCA Chong Chee Ann yang telah membuka mindanya terhadap perniagaan MLM.
Saya pernah buat satu rakaman video di mana saya telah berkongsi cerita dan latar belakang RCCA Chong Chee Ann.
Dia juga adalah seorang leader yang sangat hebat.
Saya telah membuat satu rakaman video di mana saya berkongsi cerita dan latar belakang Tee Khoon.
Anda boleh klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.
Saya nak berkongsi satu petikan yang saya pernah baca mengenai Chua Tee Khoon.
Tee Khoon mengakui bahawa pada permulaan perjalanan MLMnya, beliau hanya ingin meraih kejayaan material di sebabkan beliau membesar dalam serba kekurangan.
Tetapi peluang perniagaan MLM yang betul mengajar dia untuk tidak mengejar kekayaan material, tetapi kekayaan rohani melalui tubuh dan minda yang sihat, hati yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri, dan nilai-nilai yang baik.
Itulah cerita RCCA Chua Tee Khoon.
Seorang pemegang Ijazah Sarjana, seorang pegawai di Tentera Laut Di Raja Malaysia yang berjaya di industri MLM.
Sampai sini sahaja perkongsian saya dan di harapkan artikal ini dapat membantu anda.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.
Kandungan di artikal ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Kalau ada adalah seorang pengusaha bisnes network marketing (pemasaran rangkaian) dan anda sedang mencari sebuah syarikat jualan langsung yang sedang berkembang dengan pesat, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana untuk bekerjasama.
Leave A Comment