Terima kasih kerana melayari blog Mommy Lynn.
Nama saya Will Yap.
Di artikal ini, saya akan berkongsi info mengenai leader-leader di dalam industri network marketing atau pemasaran rangkaian di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industi network marketing sejak bulan Mac tahun 2018.
Syarikat direct sale di Malaysia yang kami bekerjasama di kenali sebagai BE International.
BE International adalah sebuah syarikat yang berdaftar.
BE juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaannya.
BE kini mempunyai pejabat and operasi di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis stokin yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang kenali sebagai Aulora Socks dengan Kodenshi.
Anda mungkin pernah nampak testimoni-testimoni stokin tersebut di medan sosial kerana ia adalah sangat popular.
Di dalam peluang perniagaan BE International, ia adalah sama seperti kebanyakan peluang perniagaan di pasaran.
Ianya mempunyai ranking atau pangkat tertentu.
Ranking yang paling tinggi di BE di kenali sebagai Royal Crown Council Ambassador atau RCCA.
Bagaimana seseorang dapat mencapai ranking RCCA?
Untuk criterianya, anda mesti ada sekurang-kurangnya 7 barisan leadership dan satu jumlah pendapatan yang di terima daripada BE dalam jangka masa 24 bulan.
Criteria RCCA agak tinggi, oleh itu hanya segelintir pengusaha-pengusaha yang dapat mencapainya.
Kalau anda perpeluang untuk bertemu dengan seorang RCCA daripada BE International, anda tahu dia adalah seorang leader yang sangat berkaliber di dalam industri network marketing.
Setakat ini, BE International ada berapa orang RCCA?
Biar saya jelaskan.
BE International di tubuhkan pada akhir tahun 2017.
BE adalah sebuah syarikat yang agak muda, tetapi ia sedang berkembang dengan pesat.
Pada masa saya menulis artikal ini, syarikat BE berumur lebih kurang 4 1/2 tahun.
Dalam masa yang pendek ini, BE telah melahirkan 49 RCCA!
Kebanyakan RCCA baru telah di lahirkan pada tahun 2020 dan 2021 apabila Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anda mungkin bertanya, orang bagaimanakah yang dapat mencapai ranking RCCA?
Apakah latar belakang mereka?
Itulah sebabnya saya menulis artikal iniā¦untuk berkongsi latar belakang dan cerita RCCA BE International.
Untuk artikal ini, saya akan berkongsi cerita seorang pemilik bisnes logistik dan isterinya seorang bekas eksekutif pemasaran.
Mereka adalah RCCA Kelvin Yeap dan Cyndy Gooi.
Cyndy Gooi pernah berimpian untuk menjadi seorang ahli perniagaan, mungkin sebuah butik fesyen atau kedai haiwan kesayangan.
Namun, impiannya tidak pernah menjadi kenyataan kerana kekurangan modal.
Suaminya pula mempunyai sebuah perniagaan logistik dan pembinaan, dan melalui beliau, Cyndy sedar bahawa menjadi seorang peniaga tradisional tidak semewah yang difikirkannya.
Sejak di universiti, Kelvin berimpian untuk memandu kereta mewah dan menjalani kehidupan yang selesa, dan dia berpendapat bahawa menjalankan perniagaan sendiri merupakan cara untuk mencapainya.
Tetapi setelah menjalankan perniagaannya selama lebih 12 tahun, kehidupan Kelvin bertentangan dengan impiannya.
Kelvin selalu sibuk, tertekan dan bimbang perniagaannya yang akan di pengaruhi oleh faktor di luar kawalannya seperti krisis ekonomi dan pandemik.
Sebagai seorang suri rumah, Cyndy membuat keputusan untuk mencuba perniagaan BE setelah mengetahui potensi MLM.
Peluang perniagaan BE International merupakan suatu peluang yang baik untuk suri rumah kerana ia sejenis perniagaan berisiko rendah yang memerlukan modal rendah dan di lengkapi dengan pakej lengkap iaitu sistem, garis panduan dan yang paling penting, mentor.
Sebagai seorang ahli perniagaan, Kelvin mengalu-alukan peluang perniagaan BE.
Model perniagaan asasnya adalah sama.
Perbezaanya cuma perniagaan tradisional ialah model B2B manakala jualan langsung ialah model B2C atau business to consumer.
Dalam beberapa tahun yang lalu, Kelvin mendapati bahawa industri MLM memiliki potensi besar dan dia terpesona dengan perkembangan rangkaian dan pendapatan, sesuatu yang sukar dicapai dalam perniagaan konvensional.
Pada mulanya, Cyndy tidak dapat menjual produk dalam urusniaga perniagaan BEnya.
Tetapi, setelah dia mengalami dan memperoleh manfaat daripada produk BE, keyakinannya bertambah dan ketika itulah beliau menyedari bahawa kunci dalam perniagaan ini adalah menyayangi dan mengambil berat.
Dia mendapat banyak maklum balas positif daripada perkongsiannya dan orang ramai menghargai pertolongannya.
Kini, Cyndy amat menikmati kegembiraan dalam berkongsi dengan orang lain tentang bagaimana dia dan keluarganya memperoleh manfaat daripada produk BE.
Berbeza daripada Cyndy, Kelvin tidak menghadapi sebarang cabaran awal dalam perniagaan BE.
Sebarang perniagaan akan menghadapi masalah.
Tetapi masalah yang di hadapi di BE amat kecil berbanding dengan perniagaan konvensional.
Dalam perniagaan Kelvin dahulu, kesalahan kecil boleh mengakibatkan kerugian yang besar.
Tetapi di BE, mereka mempunyai upline dan sokongan khidmat pelanggan syarikat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.
Kelvin dan Cyndy bersetuju bahawa memilih peluang perniagaan yang tepat adalah mustahak untuk berjaya.
Ini adalah komen daripada Kelvin yang saya ingin berkongsi:
“Memilih peluang perniagaan yang tepat adalah seperti memilih pasangan hidup yang tepat untuk kehidupan yang bahagia selamanya, di mana terdapat banyak persefahaman dan kedua-duanya berfokus untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan menjadi teladan yang baik kepada anak-anak kita”.
Inilah cerita RCCA Kelvin Yeap dan Cyndy Gooi.
Di atas, saya telah membuat satu rakaman video untuk berkongsi cerita Kelvin dan Cyndy.
Sila klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.
Sampai sini sahaja perkongsian saya.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.
Kandungan di artikal ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Kalau ada adalah seorang pengusaha bisnes network marketing (pemasaran rangkaian) dan anda sedang mencari sebuah syarikat jualan langsung yang sedang berkembang dengan pesat, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana untuk bekerjasama.
Leave A Comment