Terima kasih kerana melayari blog Mommy Lynn.
Nama saya Will Yap.
Di artikal ini, saya akan berkongsi info mengenai leader-leader di dalam industri network marketing atau pemasaran rangkaian di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industi network marketing sejak bulan Mac tahun 2018.
Syarikat jualan langsung di Malaysia yang kami bekerjasama di kenali sebagai BE International.
BE International adalah sebuah syarikat yang berdaftar.
BE juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaannya.
BE kini mempunyai pejabat and operasi di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis stokin yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang kenali sebagai Aulora Socks.
Anda mungkin pernah nampak stokin tersebut kerana ia telah menjadi viral di medan sosial sejak beberapa tahun yang lalu.
Di dalam peluang perniagaan BE International, ia adalah sama seperti kebanyakan peluang perniagaan di pasaran.
Ianya mempunyai ranking atau pangkat tertentu.
Ranking yang paling tinggi di BE di kenali sebagai Royal Crown Council Ambassador atau RCCA.
Bagaimana seseorang dapat mencapai ranking RCCA?
Untuk criterianya, anda mesti ada sekurang-kurangnya 7 barisan leadership dan satu jumlah pendapatan yang di terima daripada BE dalam jangka masa 24 bulan.
Criteria RCCA agak tinggi, oleh itu hanya segelintir pengusaha-pengusaha yang dapat mencapainya.
Kalau anda perpeluang untuk bertemu dengan seorang RCCA daripada BE International, anda tahu dia adalah seorang leader yang sangat berkaliber di dalam industri network marketing.
Setakat ini, BE International ada berapa orang RCCA?
Biar saya jelaskan.
BE International di tubuhkan pada akhir tahun 2017.
BE adalah sebuah syarikat yang agak muda, tetapi ia sedang berkembang dengan pesat.
Pada masa saya menulis artikal ini, syarikat BE berumur lebih kurang 4 1/2 tahun.
Dalam masa yang pendek ini, BE telah melahirkan 49 RCCA!
Kebanyakan RCCA baru telah di lahirkan pada tahun 2020 dan 2021 apabila Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anda mungkin bertanya, orang bagaimanakah yang dapat mencapai ranking RCCA?
Apakah latar belakang mereka?
Itulah sebabnya saya menulis artikal iniā¦untuk berkongsi latar belakang dan cerita RCCA BE International.
Untuk artikal ini, saya akan berkongsi cerita seorang bekas pemilik restoran.
Namanya ialah RCCA Donny Chong.
Rata-rata seseorang akan bertukar pekerjaan 5 ke 7 kali sepanjang hayat kerjanya, menurut statistik perubahan kerjaya.
Namun, pada usia 27 tahun, Donny Chong telah bertukar pekerjaan sebanyak 23 kali.
Anda boleh mengatakan bahawa hobi terbesarnya ketika itu adalah menukar bos.
Donny akhirnya menjadi bosnya sendiri apabila beliau terlibat dalam kerjaya MLM.
Donny mula bekerja sebaik sahaja menamatkan Tingkatan 5.
Dia sangat percaya bahawa ketekunan tidak akan mengkhianati anda.
Donny percaya apa yang dia perlu saya lakukan hanyalah bekerja keras.
Donny merebut pekerjaan yang tidak memerlukan sijil dan melakukan banyak pekerjaan, termasuk kerja kolar biru.
Setiap kali dia mendapat tawaran yang lebih baik, beliau akan menukar pekerjaan.
Pada usia 27 tahun, beliau sudah mulai letih dan memutuskan untuk memulakan perniagaannya sendiri.
Donny memulakan perniagaanya sendiri sebanyak 3 kali.
Perniagaan pertamanya gagal, tetapi perniagaan kedua agak berjaya.
Perniagaan keduanya adalah sebuah kedai aksesori di pusat bandar KL.
Perniagaannya amat baik malangnya dia terpaksa menutupnya pada tahun kedua ketika tuan tanah mengambil balik lot kedai tersebut.
Perniagaan ketiga Donny ialah sebuah restoran.
Selama dua tahun, Donny bekerja di restoran dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam tanpa hari cuti dan tiada masa untuk bersuka ria.
Kemudian, Donny di perkenalkan kepada MLM dan belajar mengenai kuasa duplikasi yang luar biasa.
Kata Donny, pelanggan di restorannya kebanyakan dari kawasan kejiranan, tetapi perniagaan MLM membolehkannya menjangkau jauh.
Seperti kebanyakan orang, halangan utama yang di hadapi oleh Donny pada awalnya ialah lingkaran sosialnya yang kecil dan kekurangan hubungan.
Ini kerana Donny keseorangan diri ketika mengusahakan perniagaan restoran dan lingkaran sosialnya terdiri daripada pekerja asing dan pembekal.
Ini adalah cara corak pemikiran Donny.
Donny menganggap, mengapa dia harus di hambat oleh lingkaran sosial kecilnya?
Mengapa memilih untuk mencari prospek?
Dengan produk dan peluang yang baik seperti BE, dia boleh berkongsi dengan sesiapa sahaja.
Sesiapa sahaja boleh menjadi prospeknya dan dia hanya perlu berkongsi dengan mereka dan membiarkan mereka membuat keputusan untuk merebut peluang itu atau tidak.
Dengan falsafah ini, Donny mendapati bahawa tidak ada halangan yang terlalu besar untuk di atasi.
Saya ingin berkongsi satu komen daripada Donny:
“Hadapi rintangan anda dan ambil tindakan. Kemudian, kejayaan akan menerpa. Tidak ada tindakan, tidak ada kejayaan”.
Setelah berada di industri MLM selama lebih dari 10 tahun, Donny mengembangkan falsafahnya mengenai kejayaan hidup.
Kejayaan sebenar adalah tentang keupayaan untuk menggandakan kejayaan iaitu membantu orang lain untuk berjaya.
Seorang doktor atau peguam mungkin sangat berjaya. Dia mungkin sangat kaya.
Tetapi ia adalah sukar bagi mereka untuk menolong orang lain menjadi profesional atau kaya seperti diri mereka.
Bisnes MLM berbeza kerana ia menggunkan konsep duplikasi.
Yang anda perlukan hanyalah peluang yang tepat untuk memperbaiki kehidupan anda.
Tiada orang lain yang dapat melakukannya untuk anda melainkan diri anda.
Anda harus berani untuk mencuba.
Ini adalah sama seperti kisah kejayaan Li Ka-shing daripada Hong Kong yang hebat.
Ceritanya mengajar kita untuk merebut peluang yang tepat, oleh itu anda juga dapat mengubah kehidupan anda sendiri.
Inilah cerita RCCA Donny Chong.
Di atas, saya telah membuat satu rakaman video untuk berkongsi cerita Donny Chong.
Sila klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.
Sampai sini sahaja perkongsian saya.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.
Kandungan di artikal ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Kalau ada adalah seorang pengusaha bisnes network marketing (pemasaran rangkaian) dan anda sedang mencari sebuah syarikat jualan langsung yang sedang berkembang dengan pesat, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana untuk bekerjasama.
Leave A Comment